Showing posts with label pengalaman. Show all posts
Showing posts with label pengalaman. Show all posts

Friday, 4 May 2012

Hari ni di Pesta Buku

Dah lama tak buat entri yang cakap benda-benda macam "hari ni aku pergi jalan-jalan" atau "hari ni kat sekolah..." ataupun "hari ni kan, blablablabla" maka hari ni aku nak buat entri yang mula dengan "hari ni".

Hari ni aku ke pesta buku. Sebenarnya niat awal ialah menemani Mama ke Tabung Haji, tapi Mama dapat parking kat LRT pun dah nak pukul 12, bila sampai sana mesti dah lunch hour yang bermakna Tabung Haji akan tutup sampai jam 2:45 petang. Maka aku terus belikan Mama token ke Masjid Jamek. Lepas tu tersedar yang lagi senang kalau aku terus beli token ke PWTC tapi apakan daya, proses pembelian sudah berlalu. Nak tak nak kat Masjid Jamek kena beli token baru ke PWTC.

Sesampainya di sana kami terus masuk ke dewan yang namanya Bilik Mawar. Kat sini banyak penerbit buku agama, Al-Qur'an, Dawama dan sebagainya. Yang paling awal menarik perhatian aku ialah booth Balai Seni Lukis Negara. Eh...salah...namanya dah tukar menjadi Balai Seni Visual Negara. Aku lagi suka nama lama tapi nama baru ni lebih tepat sebab dekat sana mereka bukan setakat pamerkan hasil karya seni lukis tetapi juga arca, catan dan lain-lain hasil seni.

Ada buku di booth tersebut yang mempamerkan gambar Bujang Berani karya Bayu Utomo Radjikin. Macam mana rupa bujang berani tu? Inilah dia, hebat kan?


Bila dah tengok benda-benda ni memang fikiran aku terarah kepada zaman itu, zaman Seni Visual STPM, boleh dikatakan merupakan sebahagian daripada hidup ketika itu. Projek, lawatan, kelas intensif, kelas melukis, kelas 'shading' bersama pelukis Zaim Darulaman, penyerapan diri ke dalam setiap buku-buku yang mempamerkan hasil seni pengkarya Malaysia dan luar negara, Gunung Ledang oleh Syed Ahmad Jamal, Lang Kacang yang karya Bayu Utomo Radjikin, Starry starry Night karya Vincent van Gogh, perjalanan mencari peralatan, kanvas, akrilik, oil paint, dan macam-macam lagi. Report nak kena tebal 4cm, haha...those were the days. Sungguhpun zaman Form 6 terlalu pahit untuk dikenang, tetapi Seni Visual seolah menculik diri aku dari setiap kepahitan yang lainnya. Ianya jalan keluar yang paling meletihkan (kerana kerja yang banyak) tetapi paling berbaloi. Hahaha merepek sudah.

Aku juga menemukan gambar Umpan karya Syed Ahmad Jamal dalam salah sebuah buku di booth tersebut. Ini juga merupakan 'makanan' kami semasa menjadi pelajar Seni Visual STPM 2008 dahulu.


Dan kerana aku teringatkan Lang Kacang, nah ini gambarnya aku kongsikan :)


Rupa mukanya~ picture credit to this awesome place

Selesai melihat di booth ni, aku mencari Mama. Alamak sudah kehilangan jejak kerana aku terlalu khusyuk di booth Balai Seni Visual tadi. Pusing sikit dewan itu dan aku menemukan sebuah buku yang menarik tetapi tidak kubeli. Karya Faisal Tehrani. Aku baca sedikit sahaja maka tak dapat aku menceritakan tentangnya sangat. Inilah kulit bukunya buat yang berminat :) RM14 sahaja. Ianya memuatkan kritikan filem-filem dari sudut yang lebih terarah kepada agama, unsur Yahudi dan sebagainya.

picture from here
Dipendekkan cerita, aku bertemu Mama di hujung dewan, nampaknya Mama sudah kurang bersemangat maka kami haruslah meneruskan perjalanan ke Tabung Haji. Tak tengok sangat pun dewan lain, Karangkraf memang bosan nak pergi kerana sudah tahu jenis buku di sana dan amaun manusia yang pasti berasak-asak di dalamnya. Sebelum pulang aku membeli ini:



Biasanya senaskhah RM10, kali ni cuma RM9 sahaja :) Dapatkanlah majalah ini sekarang juga! 

*promo ends*

^__^

Friday, 20 April 2012

Best Friend = Kawan Terbaik

Kawan terbaik. Bukan senang nak jumpa kan?
Nak cari memang senang. Kalau ikutkan ramai yang boleh menjadi calon pada pertemuan awal.
Kononnyalah semuanya pun boleh jadi kawan terbaik kita.
Bermula dengan pertemuan yang tanpa disengajakan, pertemuan demi pertemuan.
Dapatkah kamu bayangkan bagaimanakah itu dapat terjadi.
Paling mudah, di sekolah, di kuliah. (di sekolah lebih-lebih lagi)

Walaupun duduk macam buat benda sendiri, tak kisah pun apa yang orang lain buat, tapi kadang-kadang kita mesti bertegur juga. Nak pinjam pemadam, nak pinjam water colour. Nak pergi jumpa cikgu tapi takut dan ternampak dia kita terus ajak teman. Kita nampak dia pun selalu duduk senyap-senyap, macam kita (cewah).

Kita pun mula tanya dia tinggal kat mana. Mungkin sebab kebetulan hari tu kita jalan seorang diri. Andaikata satu hala, kita boleh jalan sama. Ataupun kita tanya sebab hari ni mak kita ambil, mungkin boleh tolong hantarkan. Atau mungkin juga sebab tadi dia bagi kita minyak kapak masa kita mengadu sakit perut lepas makan nasi lemak kat kantin.

Sebenarnya...sebenarnya lah, itu semua alasan semata. Sebenarnya kita memang dah rasa seolah nak rapat sikit dengan dia.

Tapi proses ni bukan senang. Sebab mencari dan mendapatkan kawan terbaik tidak semudah membeli sayuran. Kawan terbaik...sejenak terasa dialah kawan terbaik kita. Semakin lama kenal semakin masak dengan dirinya. Kadang-kadang terkecil hati, kita menjauh diri. Tetapi jika saat itu kita merasakan lohong yang menjerat, seakan memanggil dia tetapi mulut tidak terucap, mungkin dialah yang kita inginkan menjadi kawan terbaik itu. Bukan didorong rasa bersalah, cuma rasa itu muncul sahaja.

Lalu kita rapat kembali. Kadang-kadang kalau sudah terlalu lama, kalau terasa bahawa hati kita dan hati dia sudah tersasar jauh, saat rapat kembali itu mungkin hadir bersama air mata kesyukuran, memikirkan akhirnya kita tidak kehilangannya. Akhirnya kita dapat bersama semula, seakan berseri kembali dunia kita dengan harapan yang baru.

Segala kekurangannya sudah tidak lagi menjadi masalah. Macamlah kita tak ada kekurangan kan? Maka kita menerima dia. Kerana kelebihannya dan keserasian bersamanya melebihi segala kekurangannya. Jarang kita berkecil hati dengannya lagi. Kerana apa? Kerana kita tidak lagi takut memberi pendapat dan pandangan dengannya. Dan kita tahu, bahawa jika kita berkecil hati dengan kekurangannya, bagaimana pula dia dapat menerima kekurangan kita? Kehidupan bukanlah semata-mata taman bunga yang subur dengan hujan yang ideal dan cahaya matahari yang sekali-sekala diteduh awan. Kadang hidup kita dilanda kemarau, itulah waktu yang menguji.

Bagaimana pula kalau...kalau rupanya kita tersilap dalam percaturan inginkan seseorang menjadi kawan terbaik kita? Hm, kadang-kadang sedih kan? Sebab awalnya kita rasa kita serasi bersamanya, selalu menghubungi bila kita saling memerlukan. Mungkin semasa ingin memilih baju untuk ke jamuan, semasa tak ada kawan nak makan sama, semasa merancang jamuan untuk...untuk...cikgu atau pensyarah mungkin.

Tiba-tiba kita cepat percayakannya. Tiba-tiba kita rasa kita 'meant to be together' kononnya. Dan tiba-tiba juga kita kecewa bila dia tidak berlaku jujur, tidak amanah, mengata buruk tentang kita,

Kenapa? Kita berfikir.
Lalu kita menjauhkan diri, tidak terasa untuk menjadikannya kawan terbaik. Kita lupa, kerana keseronokan dan kegembiraan tanpa isi yang dibawanya telah membuai perasaan. Bila kita fikir kembali, tak seronok pun berkawan dengannya. Wang banyak terbazir kerana hiburan-hiburan kosong yang dirancangnya untuk mendekatkan persahabatan, beli baju yang tidak perlu, masa terbuang, menunggu dia muncul pada hari yang kita paling tidak bersemangat untuk keluar, tetapi kita keluar juga kerana pada masa itu fikiran bodoh menyuruh kita untuk mengorbankan perasaan dan firasat demi mendapat seorang kawan terbaik. Pathetic sungguh kita pada waktu itu. Bila fikir macam sedih, tapi bila tidak bersamanya kita lebih gembira.

Kesimpulannya?
Kawan terbaik, tidak dirancang siapakah dia. Lazimnya adalah orang yang kehadirannya tidak disedari pun semasa awalnya. Keberadaannya di persekitaran membuatkan kita jadi lali. Mungkin masa yang diperlukan sebulan, 6 bulan, setahun, 2 tahun mahupun 3 tahun untuk akhirnya kita mendapati dialah kawan terbaik kita. Dan sebenarnya, tidaklah dapat terhitung waktu untuk ianya menjadi rasmi. Kerana menjadi seorang kawan terbaik itu bukanlah satu perjanjian sumpah setia, tetapi satu kehidupan yang diisi dengan hati rela, bilamana mereka saling merasai kesedihan di lubuk hati, bilamana kegembiraan datang pastilah wajah dia antara yang pertama terbayang di minda, bilamana diri terpisah jauh, kadang tidak berhubung 2 minggu mungkin, tetapi kita tidak pernah berasa jauh, kerana hati itu sudah ditaut rapat.

Adakah engkau sudah menjumpai kawan terbaik itu? Jika sudah, tahniah hamba ucapkan. Hamba sendiri sudah menjumpai kawan terbaik hamba, dan sejujurnya bukan mudah untuk kita mendapat kawan yang terbaik itu :) Ianya tidak semudah mengajak bermain boling dan karaoke setiap hujung minggu, kerana lama-kelamaan, hati itu akan letih untuk memenuhi setiap permintaan semata-mata kerana mengingini status "kawan terbaik".

Wednesday, 11 April 2012

Luahan Perasaan #12: About me...

People have different kinds of life. Some are so fortunate to have their own say and own space in many things. They could argue one moment and be loving and spoilt again the next. It's like, even if there will be arguments and suchlike, and we think our say is right, and they thought their's were right. It's inevitable that people have that kind of thought. I have it too, only that I'm too weak, tired and uninterested to enter in any arguments.

I tend to let people who wants to win, well...win. And I don't feel like I'm losing on anything, because I'm just doing a small favor of shutting my mouth up to make them feel good and superior. Plus, if I were to argue about something seriously, I'm afraid my over the top sarcasm and hurtful words will come out. So it's better to stay out when I can't tame my own sharp tongue.

Being 'the companion' for everyone, I am that great listener even though sometimes when I'm too occupied I hardly respond. Nonetheless, I lent my ears and attention and offer some words that I consider good, or offer support in progressive matters and whatnot. It's not a problem, but sometimes, when I don't know what wrong have I said or done, and suddenly I was given a cold shoulder, I'd feel deeply dejected. Frustration caused by the thought that I will always be there for you when you needed me but when you get angry with me for only-God-knows why, you can ignore me like a useless pile of shit. I'd still accept that, because it's not like we've known each other just yesterday. Always I found that I have also contributed to the frustration, so I'd feel better and forget about it. Or worse enough, felt terribly guilty.

The image, good girl super obedient filial image were plastered to me from head to toe. I am expected to be the most demure girl in town. I am aware that as a young lady, it's crucial for me to remain respectable and avoid flirting. Especially in today's world, where flirting and outing has been the part and parcel of life *which I still personally disagree with girls turning to be like boys nowadays*.

It's even more confusing for me in finding life partner. Being with a not-too-strict family, mum used to say she'll agree to anyone that I like, that I love enough to be with me for the rest of my life. Because the old experience had taught mum so much. She married a man, not a Malay man but a man that spoke the language of Shah Jahan and Amitabh Bachchan, so you can imagine what's the reaction of a traditional Malay family that sums up their disapproval in a simple "dah takde orang Melayu lagi dalam dunia ke?"

It hurts them both, they were happy but life was hard. Because there's no 'restu' form mum's father and mother *grandpa and grandma*.

And now, I guess history was about to repeat itself. I took a liking and naturally attracted to a person, but mum disapproves so much that I think I should just forget it and find all the faults I could in him to make me feel better. Wish me luck :)

Sunday, 1 April 2012

[PART 4] I screwed up

Yesterday, I really really screwed up.
Seems like my biggest fear had fallen upon me.
How stupid, stupid was I yesterday, careless, careless like hell.
I was just that oblivious to everything important, and I seemed like could not juggle that little responsibility.
Than how can I survive in this world? How can this be possible?
I know everyone make mistakes but when I do, I see the world ending.
I see MY world ending. Felt so useless...and guilty.

I can say that this won't happen again but how sure can I be?
People don't wanna hear empty promises but wants to see the act itself.
I screwed up, I have fallen, and I'm not sure whether I can stand straightly ever again.
The big part of it is the guilt feeling, another is the useless feeling in me.
I swear I want this period to end quick.
I don't wanna be the burden anymore. It's disheartening to screw other people lives too.

And with all the unexpected circumstances and tonnes of advice that I got from home too,
I swear again I want this to end right away.
I can't wait to be a housewife, just housewife. (to a good person)
Maybe if I can write I want to be a columnist (wah berangan)
Whatever, but really, this kind of work, for a careless and oblivious person like me, is a big NO.

Friday, 30 March 2012

Ada apa dengan hari ni~

Entri bodoh semalam. So boleh lupakan.
Hari ni terlalu eventful.
Semuanya bermula waktu pagi2 tadi.
Mama beritahu aku dia nampak cicak besar kat depan but kereta.
Lepak kat situ, pastu mama tengok lagi sekali dah hilang. Mungkin dah masuk dalam enjin.
Aku bukan main cuak nak drive. Takut tiba2 kat traffic light ke mana2 dia nak muncul kat kaki aku.
Aduh, cicak...bukan boleh percaya.
Tapi akhirnya aku gagahkan juga sobsss~ Takmau susah2 call mama dan tunggu lagi bila sampai.
Alhamdulillah, sampai LRT aku selamat dari sebarang serangan.

Sampai stesen Setiawangsa je perjalanan tergendala. Katanya bergerak perlahan. So satu stesen berhenti dalam 6 minit. This means, 20 stesen = 120 minit = 2 jam.

2 minit perjalanan ke setiap stesen X 20 = 40 minit

Naik tren tadi jam 6.45pagi, kalau 2 jam untuk berhenti + 40 minit = 9.25 pagi

Naik U623, mungkin dalam 25 minit la, selepas 9 pagi mesti tak jem kut.

Estimated time sampai opis = 9.50 pagi.

Kat stesen Masjid Jamek, boleh pulak dia main bukak tutup pintu berapa kali entah. Sepuluh kali kot, kahkah, exaggerated gila. Mungkin tak sampailah kut, tapi dia bukak tutup banyak kali tu buat aku terlalu cuak lagi dan ambil keputusan turun sahaja di pasar seni, boleh ambil bas jam 8, kononnya lah kan.

Mula2 positif lagi, time turun dari LRT pasar seni tu dok pikir "biasalah, hidup ni takkan la selalu lancar je kan, sekali sekala mesti ada difficulty, adatlah. Kalau asyik senang je tak best lah kan."

Pastu nak lintas jalan, lari sikit je kelecah naik kat stokin. Aduh, tahan lagi, yelah sapa suruh semangat lari padahal lampu merah *dush*

Bila sampai depan kotaraya, okeylah, tunggu bas dengan penuh positif. Tapi ada la takut sikit, sebab tak nampak bas U76 tu.

Tunggu punya tunggu, 8.30 baru sampai. Grrrrr...dalam waktu menunggu tu lah kesabaran aku hilang. Handphone yg pegang kat sebelah tangan boleh pulak terlepas jatuh kat lopak air berlumut pulak tu. Arghhhhh! *handphone ku itu yang jatuh je terus terkeluar bateri semua dengan mudahnya*

Dalam bas aircond dia jenis yang tak boleh adjust. Lubang terus angin serbu macam tu je.
Rasa macam mayat pun ada. Beku.

Sampai opis pun entah pukul berapa dan tak keep track. Terus makan gaya pacat lapar.

Eventful nya hari ni sampai situ jelah. Kemudian sudah menjadi normal. Lunch ayam penyet kat padang jawa ngan tengok miss pondan petang2. Video approved yay. Tapi baju nak jadi BJ tak muat. Haih.

Saturday, 3 March 2012

[PART 1] I screwed up

I screwed up, seriously. 
Sometimes I wonder the reason I'm here. I don't like this but I'm doing it. Do you know the feeling? You will have the feeling of being afraid of not being able to perform well. Because you're doing it for other people. You don't have a passion in it. You're afraid to lose, and you don't want to lose. Because once you're broken you feel like it could not be repaired. You'll feel worthless. You found that this was all a nightmare, huge nightmare.


You're here because you are afraid. You are afraid to make a choice because of the first failure. You don't wanna taste the feeling again. You forgot that life always offers you the second chance, as long as you're still breathing the air of the earth, you always have unlimited chances to grab. There's so many road, there's so many path. You just don't know where to go, because for some reason, some paths are being closed down. Like you're just not the right candidate to walk there. You might not have that Einstein and Edison brain to go there so the path was locked in front of your face. You have other choices, which you see as uninteresting stuffs and you are rather choosy. You don't what to do, you don't want to take the wrong path. And you sought the people you trust because that is the best choice you could make right now.


You choose, you went to interview, you impress the panel, you were accepted, you were happy because you are one step ahead to make your mum happy. And everyone else. 


You wouldn't feel this when you went to the interview of the course that you choose, the course that you love. Because you feel like you're completely honest about it. You like it, but you can only do so much. You don't try to impress the judges, you believe with the genuine passion that you have, you're gonna make it. If you're accepted, it's like winning the biggest jackpot, and the feeling might be like marrying the man you loved most. The journey might not be perfect, but because of the love you'd endure everything. You'd take up any fall, and you'll be up on your feet again. Anything that happens no matter how bad, won't ever stop you, and will never bring you to the deepest well of grieve. 


But when you do it for other people, the burden that you have to carry is enormous enough to cause you many sleepless nights. You do it, you strive it, you try, you endure all the hard ways. You tell yourself to love it. You ought not to make any mistake, for you will be terribly depressed. At this point, you feel like you can't get up if you fall. You're going to remain motionless should you fell in the deepest well, or even just falling on the flat ground. The pain, you're not carrying your own pain, but the others. You are carrying the hope of others, not yours. It's worst than marrying someone you don't know. It's like marrying someone you hate but loved by your family. You have to impress and do the best without any passion. You're just a mannequin. Nothing more nothing less. Everything you do doesn't give you any satisfaction. Even though you constantly tell yourself to love it, your heart can't lie. It keeps bleeding unseen blood. And everyone saw you as a perfect figure. Perfect, you can do everything. It is so surprising that you can do something you don't like. You can perform something that won't have any place in your heart... you won't be able to if it's not because other's hope on you. 

Thursday, 23 February 2012

Luahan Perasaan #10: Bila hati & otak berkata-kata

It's not gonna be long sebelum aku tercampak di luar sana.
Macam tak percaya, Jun 2009 rasa macam baru bulan lepas.
Dulu boring sangat nak sambung belajar, dah la bukan kursus pilihan hati.
Tapi pergi juga sebab dah tak ada pilihan.
Selepas STPM cuma ada universiti, tak ada yang lain.
Yakin bahawa pilihan Mama adalah terbaik.
Dan aku jalani hari-hariku dengan serba biasa.
Aku tidak teruja dalam fotografi, tidak teruja dengan penggambaran dan sebagainya.
Tapi aku belajar, dan dah banyak perkara aku ketahui,
Yang aku mungkin takkan ketahui kalau aku tak masuk kursus ini.

Cuma, lama kelamaan, aku mula rasa sedikit suka
Tapi secara selektif saja. Aku suka penulisan skrip
Dan aku suka subjek directing. Aku pun jadi teringin nak buat video yang best.
Belum kesampaian lagi. Nak beli kamera, harga lebih rm2000.
Nak kata tak ada duit tu tipulah, cuma bukan duit hasil titik peluh sendiri.
Maka asyik terfikir-fikir.
Patutkah aku beli sekarang? Boroskah? Menyesalkah aku nanti?
Bersediakah aku? Berbaloikah?
Patutkah aku tunggu sehingga aku benar2 mampu dalam erti kata sebenar?
Banyak sangat.

Tengok kawan2 buat bisnes sendiri, jual perfume, contact lens,
Jual kain, jual baju, dan usaha mereka berbayar.
Best, tulah, sapa suruh diri ni pemalas sangat?
Entahlah...entahlah...aku sendiri tak ada jawapannya.
Aku tak tahu nak jual apa, hahaha~
Aku selalu rasa macam dah cukup duduk rumah tolong Mama dan online.
Padahal banyak lagi yang patut aku usahakan.
Ada juga terfikir nak bela ayamlah, nak jual telurlah
Hahaha padahal bukan ada rumah ladang pun.
Hm tulah manusia, cepat putus asa.
Cepat buat alasan untuk semua perkara
*merujuk diri sendiri*

Minggu ini sahaja aku ada sebagai seorang student yang ada cuti sem sume
Lepas tu? Ketidakpastian.
Pernah sekali aku berharap yang ada orang akan suruh aku tunggu.
Tetapi itu juga tidak kesampaian.
Tak apalah, mungkin ada yang lebih baik telah direncanakan Allah swt...
Yang penting, haruslah aku melaksanakan ini dengan terbaik.
Agar semua ini akan berakhir dengan khabar yang menggembirakan.
InsyaAllah.

Kepada semua rakan yang akan menjalani latihan industri, semoga berjaya.
Semoga kita berjumpa dengan wajah2 yang gembira sewaktu hari konvokesyen nanti.
Dan semoga ini akan menjadikan kita lebih dewasa.

:)

Friday, 10 February 2012

10/2/12: =]

Dear diary,

Hari ini agak eventful, walaupun aku bangun lewat, adoi.

Aku tak tahu adakah aku mampu untuk menulis panjang. Jadi aku asingkan mengikut jam supaya aku pun terasa menarik nak tulis, hehe.

11 pagi
Aku on tv. Nak tengok cerita Melayu kat TV1 sebab semalam aku nampak FB kak Zarynn Min yang pagi ni jam 10.30 ada cerita dia berlakon. Tajuk ceritanya Mamat Mudah Lupa. Boleh la tahan cerita ni, sakit hati tengok perangai Mamat tu, cuma ending dia tu macam cliche tapi aku tak rasa mual sangat. Well, as had been expected, Mamat mati. Dia dipatuk ular masa dia nak serang bapa angkat dia. Lepas tu bini dia datang panggil-panggil Mamat. Mak dan ayah angkat dia cuma mengucap panjang dan berlalu pergi. Skrin beransur gelap perlahan-lahan. Kira bila fikir macam seram juga sebab Mamat ni dia kurang ajar gila, berjudi, curi hasil orang, anggap diri tak buat dosa dan sebagainya. Akhirnya mati sia-sia macam itu saja.

12.30 tengah hari
Mama tekan ntv7 lepas cerita Mamat tadi habis. Ada cerita Korea, Stairways To Heaven. Entah dah berapa kali ulang cerita ni tapi aku tak pernah betul-betul tengok pun, ehehehe. Episod tadi ialah semasa hari pertunangan Jung Suh dan Song Ju, tapi Jung Suh lari kejar polis yang tangkap Tae Hwa. Entah kenapa polis tangkap tu aku tak tahu, masa aku tengok adegan itu la. Lepas tu Song Ju pun bertunang dengan perempuan jahat. Bila pasangan bercinta tu jumpa, Song Ju kata dia nak berkawan saja, sebab tali persahabatan takkan putus tetapi cinta boleh putus. Mereka pun buat la benda-benda bodoh kat taman tema tu waktu malam. Buat trick bagai bila peluk tak nak lepas pulak, adoi. Dah cinta tu cinta je la. Apa salahnya jadi kawan yang juga ada rasa cinta betul tak?

1 tengah hari
Aku dan mama tengah hot-hot cerita pasal tempat praktikal yang aku minta tu. Semalam aku ke sebuah studio produksi di jalan Wangsa Delima. Aku hantar CV aku mengharapkan yang diorang akan contact aku dan cakap benda macam "adik, kami terima awak praktikal sini awak boleh mula esok ye dik". Waaa harapan. Tapi tadi mama kata kalau nak keputusan cepat kita kenalah buat muka tebal, survey-survey sana lagi. Takut dia terlupa pasal CV kita tu. Siap pujuk aku dengan cakap betapa berjayanya aku masa buat muka tebal nak cari responden waktu buat tesis dulu. Aku pun "yelaa yelaa. betul jugak. kalau kita betul-betul nak kenalah berusaha kan."

3 petang
Mama lepaskan aku di jalan Wangsa Delima. Aku pun pergi la menapak ke studio tu dengan rasa takut/chuak/ralat gila. Ternampak B, budak intern yang aku jumpa semalam. Sedang aku berborak sikit dengan kak S, yang ambil CV aku semalam, tiba-tiba aku dapat call. Dari Medic Channel woi! Mulalah aku berbelah bahagi bercampur tolak algebra pembezaan semua. Di studio ni, aku akan dapat belajar produksi filem, menulis skrip (impian aku sejak masuk course Penyiaran ni), jumpa artis (ini optional la), dapat exposure, ada kebarangkalian diambil bekerja kalau dia nampak effort kita (which aku confident part ni sebab orang selalu nampak macam aku rajin bila aku besarkan mata padahal aku besarkan mata bila aku cuba nak memahami sesuatu muahaha). Bila aku tanya pendapat kak S, dia kata stay-lah dulu, tunggu sampai abang A sampai nak interview.

5 petang
Lama gila tunggu akhirnya orang yang akan interview pun tiba. Jengjengjeng, hahahahahaha Afdlin Shauki lah interview aku. Tapi aku terus terang pada dia lah, bahawa aku dah dapat tempat praktikal maka aku tak jadi praktikal di studionya. Aku siap tanya nak make sure boleh tak aku nak datang berguru dengan dia selepas aku habis praktikal dan dia kata "boleh ainaa" XDD Nak kata tak teruja tu tipulah weh. Afdlin Shauki depan mata, friendly gila pula tu XD

Lepas tu sebenarnya dah tak berapa penting dah tapi aku cerita jugalah. Orang kata nak cerita ni kena bagi habis XD (siapa kata aku pun tak tahu LOL). Aku call mama yang ada di rumah nenek dengan penuh excited bila dah selesai. Mama kata akan ambil aku tapi aku nak singgah galeri buku Mehraj tu dulu, nak tengok buku latihan Physics dan Add Maths untuk Izat. Malangnya set buku yang aku nak tu, semua subjek lain yang aku tak mahu ada kecuali 2 subjek tadi :(

Aku call mama semula dan kata bahawa aku akan tunggu di KFC. Aku pergi KFC dengan harapan nak minum Krusher Strawberry Banana. Mengidamlah konon. Tapi tak ada. Dorang baru keluar pergi ambil strawberry kat jalan Genting Klang. Aku order 2 biji eggtart, duduk makan sorang2 kat situ, sobs (cewah sedih konon). Kata adik cashier tu kalau aku duduk lama dan stoknya sampai, dia akan hantar pada aku. Tapi mak aku dah sampai dulu. Apa pun, thanks banyak dik, kau pelayan KFC yang sungguh baik.

Rupanya mama ambil aku dulu dan nak singgah rumah nenek balik. Maklong suruh sebab dia nak kasi bubur kacang merah, dah buat lebih. Aku sempat pesan pada mama ambil yang mama nak makan saja memandangkan aku dah fobia dengan makanan bersantan yang manis dan pekat oh tidakkkkk. Lepas tu aku merajuk nak masuk rumah nenek, malas nak jumpa Fira yang langsung tak mahu buat latihan aku kasi, tengok TV cerita Nada Cinta bukan main ligat. Kerja sekolah tak mahu siapkan, haih. Geram dan merajuk, aku duduk saja dalam kereta menunggu. Tunggu punya tunggu sambil dengar radio Suria fm, tiba-tiba ada lagu Yuna Terukir di Bintang weh. Aduh <3<3<3, aku memang kuatkanlah volume sampai 18, tak lama tu aku nampak mama muncul aku pun slowkan sikit hehe maluew *dush*

Then mama minta tolong aku belikan bubur ayam McD untuk kaklang yang kurang sihat. Dia tak makan apa pun, mana boleh jadi. Mama berhentikan aku di Jusco dan pesan sekali mash potato dan coleslaw KFC. Hahaha waktu tu aku duk pikir aku nak bawa plastik McD masuk KFC atau sebaliknya XD. Akhirnya aku ke McD first sebab dari pintu masuk McD yang aku akan lalu dahulu. Masa nak bayar dekat KFC pula, baru aku terperasan yang duit budak McD pulangkan itu sekeping RM5 dia koyak. Aku terfikir-fikir patutkah aku ke McD semula untuk bagitahu "dik, tadi kau pulangkan duit baki akak kau bagi akak duit koyak ni, akak nak tukar". Cuma akhirnya aku tak pergi, takut dia akan tukar tapi orang lain pula yang akan dapat duit koyak tu. Cycle akan berjalan sampai kepada insan malang yang tak dapat nak gunakan duit tu di mana-mana. Aku decide untuk simpan dan pergi tukar di bank negara nanti, bolehlah dapat duit baru hohoho~

Waaaaa panjangnya aku membebel. Itu sajalah. Rasanya kalau nak cerita pakai mulut penat, tulis macamni lagi senang hehe. Apapun, hari ini memang best, alhamdulillah.

Oh ya, lupa. Berbalik pada kisah praktikal tadi. Aku decide untuk terima yang Medic Channel tu sebab memang itu pilihan aku yang pertama dan memang itu yang selalu aku harap-harapkan dan doa agar aku dapat. Dugaan dan kekeliruan tadi hampir sama dengan masa aku buat keputusan meneruskan tingkatan 6 dahulu. Aku tak mahu melalui penyesalan yang sama, mendapat satu rezeki yang diusahakan dari awal tetapi menolak dan mengejar perkara yang tidak ketahuan lagi. Aku tak mahu pengalaman pahit itu berulang. Orang kata sekali jalan terkena, dua kali jalan tahu. Pengalaman mengajar kita untuk menjadi lebih dewasa, pengalaman mengajar kita untuk tidak terburu-buru dan bijak menimbang tara, insyaAllah, ini jalan yang paling baik :)

Sunday, 5 February 2012

Selamat tinggal bubur kacang

Kalau dulu terjadinya adegan dengan kek keju di entri ini
Rasa macam sejarah berulang pula.
Semalam aku dengan terujanya sambung buat bubur kacang yang mama dah naikkan atas dapur. Siap letak santan, gula garam semua, aku berpuas hati dengan rasa dan teksturnya.
Tak terlalu cair macam sup, pekat ok la kira lulus nak bagi mak mertua makan kan.
Bubur tu siap masak lebih kurang jam 5, jam 8 malam barulah aku makan.
Tapi aku makan 2 mangkuk yg tak berapa nak besar, 2 keping roti. Kenyang sampai pagi tadi.

Hari ni, bubur tu ada lebih, mama perhangat untuk makan.
Tapi seriously aku dah tak boleh makan, rasa macam kalau nampak je pun dah loya, apalagi bila terbau. Tak boleh nak bayangkan aku menyudu ke dalam mulut, terus pening kepala meluap-luap. Aku tak tahu macam mana Bangah boleh relax je habiskan, sungguh bersemangat sekali.
Sedangkan aku?

Rasanya aku dah tak boleh nak makan bubur kacang hijau sampai bila-bila =.="
Selamat tinggal bubur kacang...sobsobs...

=.=" (credit photo here)

Monday, 30 January 2012

Serangan Paling Kejam

Sekarang jam 6.40 petang. Lebih kurang jam 6.00 petang tadi, seekor cicak telah melancarkan satu serangan paling kejam terhadap aku. Ceritanya bermula apabila aku berhasrat nak memindahkan gambar dari memory card lama ke dalam laptop. Usaha murnilah konon, memandangkan semalam Bangah sudah berpesan kepada aku kan. Laptop pula aku tinggalkan atas lantai saja, memandangkan meja jepun yang selama ni aku guna sudah dilipat simpan. Buang tempat sahaja.

Laptop aku tu kan duduk atas cooler. Cooler laptop aku bukan jenis canggih yang boleh letak atas katil tu, ianya jenis biasa sahaja yang kipas togel saja di bawahnya. Dan sekali lagi aku ulang, IANYA DI ATAS LANTAI. Ketika itu aku baru sahaja tiba dari dapur, selepas basuh botol-botol yang dulu letak kerepek la kacang la dan entah apa-apa lainnya. Aku terus duduk di atas lantai, menarik sedikit laptop ke arahku.

TIBA-TIBA SEEKOR CICAK MUNCUL DARI BAWAH LAPTOP MELURU KE ARAH AKU!!!

AKU BUKAN MAIN TERKEJUT!!!

Dan dan tu juga aku menjerit macam orang kena histeria, ataupun macam la ada senjata tajam cucuk-cucuk aku. Mungkin kalau mana-mana pengarah filem seram terdengar aku jerit, mesti dia baling banyak-banyak cicak pada aku, boleh la rakam buat letak sebagai background kan~ Hish.

Mama dan kaklang terus keluar dari bilik, dorang ingat sesuatu yang amat buruk dah berlaku ke atas aku. Takut gila. Mama muka bengang pun ada nak tergelak pun ada, katanya cicak tu juta-juta kali lagi kecil dari aku pun jerit macam apa. Nak buat macamana ma, seram la.

Epilog

Tak habis fobia bila teringat beberapa kawan aku dulu ada pengalaman cicak masuk dalam baju la, masuk dalam seluar la, aku mengambil semua langkah keselamatan memastikan cicak tadi tak buat perkara yang sama. Bila aku sudah waras kembali, mama beritahu aku yang dia nampak cicak kecil itu sudah masuk bilik stor. Phew, lega hati aku.

Thursday, 26 January 2012

Luahan Hati Hamba

Masalah.
Cabaran.
Dugaan.
Kesilapan.

Itu semua yang menjadikan manusia lebih dewasa. Bolehkah kita sentiasa melarikan diri agar tidak bertemu dengan sebarang masalah? Jika tiada masalah, tiada apa yang perlu diselesaikan. Jika tiada apa yang perlu diselesaikan, kemahiran berfikir menjadi terbatas. Tiada kemajuan yang dapat dilaksanakan. Semuanya sudah serba baik, serba kena gitu.

Sampai bila kita boleh memastikan seseorang selamat di sisi kita? Pemergian ayahanda 8 tahun lepas telah mengejutkan hamba dari mimpi yang panjang. Selalu hamba katakan bahawa hamba take for granted setiap saat yang ada, hamba take for granted bahawa keluarga hamba akan sentiasa ada bersama hamba tak kiralah apa pun. Maka hamba buat perangai ikut suka hati hamba, ayahanda ajak tengok televisyen bersama, hamba lebih senang main computer games. Ayahanda minta tolong hamba di dapur, hamba lengah-lengah hingga ayahanda sendiri yang melaksanakan semuanya. Ayahanda pinjam RM5 hamba, hamba tuduh ayahanda nak beli rokok, padahal hamba sendiri tak tahu, sehingga sekali itu ayahanda naik marah. Hamba menyesal, hamba tidak melayan ayahanda seperti layaknya seorang anak melayan ayahandanya yang tercinta. Satu malam, bila ayahanda sudah tidak bernafas lagi di atas tikar sejadahnya, hamba terjaga. Hamba terjaga dari mimpi yang panjang. Ayahanda sudah menyahut seruan Ilahi. Izrail telah menjemput ayahanda seperti mana yang telah ditetapkan Allah subhanahuwataala. Dengan rahmat dan kasih sayang-Nya yang agung, Dia telah mengambil kembali ayahanda hamba yang hamba selalu tidak begitu menghargai. Ayahanda tidak ada bersama hamba lagi. Hamba tidak akan dapat mendengar lagi sahutannya jika hamba memanggil di kala malam sudah terlalu tua, seperti kelaziman yang hamba lakukan apabila hamba tidak dapat tidur.

Hamba terkesima. Hamba seperti tidak percaya. Baru hamba sedar hakikat hidup hamba yang bukan selama-lamanya bersandar pada pohon yang utuh dan melindungi. Satu hari apabila pohon itu telah tua dan mati, penyandaran hamba sudah tiada lagi. Pemergian ayahanda hamba tidak membuatkan hamba hilang akal, alhamdulillah, syukur pada Allah pada saat itu hamba sudah mengerti dan sedar bahawa setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati, dan kehilangan seseorang yang amat bermakna dalam hidup bukan untuk ditangisi selamanya, tetapi untuk hamba jadikan tauladan dan mula menghargai kesemua orang kesayangan hamba yang masih bernafas menghirup udara yang sama seperti hamba, yakni orang-orang yang masih hidup.

Apakah kaitan ini semua kalian tanya? Hamba lupa pula cerita.

Dahulu, ayahanda hamba seorang yang sangat protektif. Setiap hari jalan kaki ambil hamba di sekolah kerana kereta dibawa oleh ibunda ke tempat kerjanya. Bila-bila ibunda hamba bercuti, pasti kereta itu dibawa oleh ayahanda ke sekolah untuk mengambil hamba. Pernah sekali sewaktu dalam sekolah rendah, hamba didenda kerana tak siap kerja Pendidikan Seni. Kena jahit insang pari, perkara yang hamba langsung tak tahu, malas pula tu. Dendanya, golongan yang tidak siap kerja ini harus meninggalkan kasut di sekolah. Baliklah kau ke rumah berkaki ayam. Kawan-kawan hamba yang senasib dengan hamba (kebanyakannya lelaki) merayu-rayu cikgu memulangkan kasut. Hamba malas nak merayu, hamba pun terus balik. Di pertengahan jalan, seperti biasa ayahanda hamba menunggu. Dia lalu memberikan seliparnya kepada hamba, padahal jalan pada waktu itu amat panas kerana baru di'tar'.

Ayahanda hamba sangat manjakan hamba. Kelakuan hamba yang jelik tak pernah dimarahi. Hamba mesti selalu dilindungi, begitulah pemikirannya. Akhirnya dia tetap tidak dapat lagi melindungi hamba. Kerana dia telah dijemput 'pulang ke kampung halaman'. Sebab itulah ibunda pernah berkata kepada ayahanda:

"Biarkanlah dia berdikari, berjalan sendiri."

"Eh mana boleh, mana boleh biaq dia jalan sorang2. Kita mesti kena jaga dia."

"Habis kalau u dah tak ada nanti, dia kena juga cari jalan dia sendiri."

. . . . . . . . . . . .
.
.
.
.
.
.
.
.
Tapi...
Sekarang perkara yang sama sedang berlaku lagi. Mama pun sudah jadi overprotective. :(
Benarkanlah Nana berdepan dengan masalah, benarkanlah Nana drive seorang diri, parking entah macam mana, menghadapi masalah bila nak gohed gostan. Benarkanlah...*tak dapat diluahkan di sini*. Kesannya, sampai sekarang Nana takut untuk keluar bersama kawan, takut untuk meminta keizinan. Takut tiba-tiba perkara dahulu akan berulang. Ada luka dalam hati Nana, kalaulah Mama tahu. Luka itu tidak sembuh, tetapi Nana sudah lali dengan rasanya. Boleh kata sembuhlah macam itu ya?

Nana tahu Mama risau, bukan senang nak menjaga anak perempuan. Nana tahu Mama lakukan itu semua demi kebaikan Nana. Mama mahu melindungi Nana yang masih budak dan mentah. Tetapi itu dulu Mama, sekarang Nana sudah separuh masak. Nana harap Nana diberi lebih kepercayaan. Tapi terima kasih Mama. Disebabkan kisah kita ini Nana sudah dapat idea nak buat satu cerita. Mmuah, I love you Mama XD

Thursday, 29 December 2011

12 hari

Pada 25 haribulan 12 yang lalu, penulisan ilmiah ku siap. Siap di alam komputer, masih dalam Microsoft Word Document. Aku sudah rasa agak berpuas hati. Aku harus cepat-cepat cetak dan buat 'hardcover' seperti yang telah diperintahkan oleh penasihatku. Mama membawa aku ke Shah Alam, kerana di sana aku sudah pasti ada kedai buat 'hardcover' yang hanya memakan masa selama 2 hari. Kerana apa? Kerana di sana memang ramai pelajar yang buat, dan kedai-kedai di Seksyen 2 dan Seksyen 7 Shah Alam memang dah bersedia memberi khidmat buat pelajar UiTM yang begitu ramai di sana. Eh, melalut lebih pula. Bukan apa, aku bengang dengan suara-suara sumbang yang menganggap kami bebal, nak 'bind' buku pun sampai ke Shah Alam, kat KL dah tak ada ke? Masalahnya bukan tak ada, tapi kami mahu cost effective, timely dan meyakinkan. Kalau tiba waktu anak kalian harus buat projek ini kalian akan faham juga. Masa itu mulut mungkin terkunci, kalaulah bila tiba waktu itu kamu ingat lagi pada kata-kata dan kritikan kamu terhadap kami sekarang =.="

Baiklah, sambung kepada cerita tadi. Mula-mula aku ke Kolej Melati dan Mawar untuk memeriksa adakah kedai yang mencetak buka. Tutup habis semuanya, kat DC pun tutup. Aik, sambutkah mereka perayaan Krismas? Maka mama pun membawa aku ke Pusat Komersial Seksyen 7. Nasibku baik, ada juga kedai yang buka. Kebetulannya, kedai buat hardcover pun buka juga. Alhamdulillah, memang rezeki. Tapi katanya, siap paada hari Selasa jam 4 petang??? Sedangkan sebolehnya aku mahu menghantar pada Selasa pagi!!!

- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -  - - - - - - - - - -
15/12/11
Aku kena lahar. Pada aku macam teruk gila. Dan pada hari ini juga aku jadi putus asa. Aku macam nak mengalah. Aku keluar dari biliknya, aku call rumah. Aku nak bercakap dengan mama, tapi mama tak ada di rumah. Aku termenangis sebab bauran perasaan bahawa aku akan gagal. Aku putus asa. Aku sudah tidak ada masa, dan pengetahuanku sekelumit cuma. Aku ingin melangkah pulang ke hostel. Seperti adegan drama tipikal, hujan pun turun. Separa lebat. Aku sudah tidak memikirkan payung yang tidak kubawa. Tidak juga aku fikirkan basah yang menimpa. Aku mengharung hujan berjalan pulang ke hostel.

Dalam aku berjalan, mama call. Mama sudah tahu, kaklang beritahu mama. Mama empati, memujuk aku, jangan putus asa katanya. Masih punya 11 hari lagi, kenapa mahu berhenti bila disuruh? Kenapa mahu ulang pada semester hadapan sedangkan masa masih ada? Teruskan, perbaiki, jangan berhenti di pertengahan jalan. Tambah ilmu, tekun berusaha.

Hampir 2 jam handphone terlekap di telingaku. Mendengar sokongan dan nasihat dari mama yang berbakul-bakul. Setelah selesai perbualan, aku terus tidur dengan baju yang berhujan tadi.

Dalam pada aku tidur, berduyun-duyun call dan mesej masuk. Semua tanya tentang ujian TV Directing esok. Masuk apa, ujian di mana, blablablablabla. Dengan hempapan konkrit di dalam fikiran, aku merasakan semua pertanyaan tersebut umpama debu yang bertebaran. Ada yang terlayan, ada yang tidak. Maaflah, tetapi jika aku bukan dalam keadaan tertekan sekalipun, lokasi ujian, masa dan sebagainya adalah penting untuk setiap pelajar mengetahuinya.

Bajet nak tidur satu jam, aku tidur sampai 4 jam. Amboi sedapnya tidur walaupun dah nak kena repeat paper pun masih boleh relax ya? *dush*

Petangnya aku belajar untuk ujian TV esok. Dan malamnya aku perbetulkan questionnaire aku yang salah itu. Aku mesti jumpa dia esok, untuk memastikan bahawa aku akan dapat kelulusan mengedar questionnaire secepat mungkin. Aku sudah kesuntukan masa!

16/12/11
Pagi ini ujian TV Directing. Aku buat setakat yang termampu. Ada rasa macam yakin semasa menjawab maka tidaklah menambah tekanan dalam jiwa. Setelah selesai aku pergi ke biliknya di tingkat 5. Kulihat ada seorang rakan yang juga di bawah penasihatku itu untuk Penulisan Ilmiah, turut menunggu di hadapan biliknya. Kami menunggu dan berborak sedikit. Tadi aku sudah SMS dia mengatakan aku mahu berjumpa untuk tunjuk questionnaire yang telah diperbetulkan, tetapi dia tidak menjawab. Satu mesej sampai ke handphone rakanku itu, oh dia sibuk rupanya hari ini.

Aku sudah tahu fakta itu, tetapi aku tetap juga pura-pura tak tahu. Aku SMS dia, merayu bahawa aku tetap harus berjumpanya. Dia balas pula kali ini, katanya berada di luar kampus. Aku mohon maaf dan merayu dirinya memeriksa questionnaire aku melalui e-mail, dan untuk memberi komen adakah aku boleh meneruskan pengedaran. Dia tidak membalas. Aku sudah nekad. Pulang ke hostel aku hantar e-mail kepadanya bersama attachment dokumenku. Sejam. Dia tidak membalas. Aku hantar sekali lagi. Aku nekad, aku akan menghantar setiap jam sehingga dia membalas.

Setelah sejam berlalu lagi, aku buka email, ingin ku hantar sekali lagi. Tetapi apa yang mengejutkanku ialah dia sudah membalas!

17/12/11
Mama ambil aku dari hostel hampir jam 11. Kami akan ke Universiti Malaya kerana pelajar institusi itu merupakan population dan sample aku. 375 responden semuanya yang aku perlukan. Bunyi memang teramat berat. Rakan-rakanku hanya mampu mengatakan good luck tetapi tidak mampu untuk percaya dan mengatakan bahawa aku akan berjaya melakukannya. Tidak mengapa. Aku tolak reaksi negatif ke tepi. Yang penting sekarang, aku harus berjaya mengedar semua menjelang Isnin.

Hari ini juga merupakan hari ulangtahun kelahiran kakakku yang ke-26. Petang itu bangah memesan Domino's Pizza. Kami makan dengan gembira dan lega. Aku? Bagaimana boleh lega? Kerana aku telah berjaya mengedar 156 questionnaire pada hari ini. :)

18/12/11
Rehat sahaja di rumah. Di Universiti Malaya mungkin tidak begitu ramai, menurut firasat kakakku yang dahulunya menuntut di situ. Tak mengapa, Isnin akan aku habiskan semuanya.

Aku ke Shah Alam pada petang itu, menyiapkan rakaman video Mandarin dan install SPSS dalam komputer riba. Tapi aku dapat SPSS 16.0, aku mahu edisi 17.0 :(

19/12/11
Inilah hari untuk menghantar projek TV Directing. Em, iyalah, yang kami sibuk-sibuk rakam dan edit sampai semua benda lain terbengkalai hahah~ Kumpulan aku yang pertama persembahkan. Ada komen seperti kamera goyang dan bahagian ustazah agak lama. Tapi aku rasa agak puas hati. Sebab kami dah berpenat lelah buat benda ni. Walaupun tak chun tapi ok laaaa ok laaaaa~

Habis sahaja kelas TV Directing aku terus meluru ke perhentian bas. Nak terus ke Universiti Malaya. Kakakku membantu edar untuk sesi pagi. Aku tiba kira-kira jam 1 tengah hari. Dan sambung mengedarkan sehingga selesai. Wah, hari ni memang aku rasa rekod aku berjalan paling jauh. Mari kita lihat.

Sewaktu tiba, bas berhenti terlajak di luar. Aku berjalan kaki masuk pintu pagar hadapan Universiti Malaya hingga ke bangunan perpustakaan, Mengedar ke setiap tingkat kemudian ke Perdanasiswa. Ini berhadapan perpustakaan sahajalah, hehe. Aku pun meneruskan perjalanan ke Perpustakaan Peringatan Za'ba di belakang Fakulti Perniagaan dan Perakaunan. Seterusnya ke Fakulti Kejuruteraan, Fakulti Undang-undang dan terus berjalan keluar dari pintu pagar ke stesen LRT Universiti untuk menunggu bas U80. Aku tiba di Shah Alam semula hampir 8 malam. Haa pada hari inilah aku pertama kali beli nasi lemak yang umpama sambal berlauk nasi tu. Dek keletihan yang amat, aku tertidur pada jam 10 malam.

20/12/11
Pagi-pagi sudah ada pembentangan, kelas Komunikasi Keorganisasian (amboi melampau bunyi bila diterjemah) atau nama Inggerisnya Organizational Communication. Pembentangan terakhir. Aku bentang macam selamba katak. Bila dah macam terkaku, campur bahasa Melayu. Kalau dapat pensyarah tegas ya amat, memang habislah daku.

Habis kelas, aku belajar SPSS dengan Daus. Daus seorang sahajalah yang yakinkan aku bahawa aku pasti akan berjaya siapkan walaupun responden aku banyak melampau. Aku rasa bersemangat sikit. SPSS ni nampak rumit, banyak sangat kotak kena isi. Aku tahu ada SPSS 17.0 tapi Daus kata sama saja. Tapi petang itu aku tetap pergi install SPSS 17.0 di kedai dots. Hahahahaha abang kedai dots tu tertekan sangat. Siap cakap

"lepas ni aku dah tak mau install SPSS, kalau orang tanya kau mana kau install kau kata tak tahu"

XDD Muahahahaha ni aku bagitahu dalam blog ni. Marilah kita semua install SPSS di kedai dots Seksyen 2 Shah Alam!!!

Dan memang tepat tindakan aku, SPSS 17.0 lebih mudah dari edisi sebelumnya :) Sewaktu malam masih muda aku mengedit chin chai video Mandarin, esok sudah kena hantar. Dah siap edit Movie Maker tak boleh publish. Memang aku maki-maki. Habis kempen bahasa sopan aku. Cuma alhamdulillah, ada jalan keluar dari masalahku itu. Rakanku di tingkat bawah, Ariana membantu aku dan video aku pun siap. Alhamdulillah.

Malam yang semakin tua menyaksikan bermulanya waktu key in data!!! Key in key in key in dan key in!!! Aku tidur lebih kurang jam 5 lebih pagi. Banyak soalan yang dijawab dengan cara yang gila. Tak faham soalan, tak baca arahan dan sebagainya. Tapi ada juga kesilapanku. Mungkin arahanku kurang jelas. Mungkin juga...

21/12/11
Aku tersedar hampir jam 8. Shima call, video Mandarin mereka ada masalah. Katanya ingin meminjam komputer ribaku. Aku dalam sedar dan tidak mengatakan bahawa aku ingin menyambung buat SPSS. Kalau sebentar sahaja bolehlah. Tapi aku knock-out kembali. Jam 11 baru aku sedar semula dan terus menyambung SPSS. Jam 1:50 kelas Mandarin siap ada ujian mendengar. Aku berazam nak tiba antara yang paling awal supaya dapat balik awal dan sambung buat SPSS. Alhamdulillah, berjaya juga.

Bila pulang ke hostel aku menyambung key in data. Masih banyak lagi. Padahal esok harus berjumpa dia. Aku jadi terlalu tertekan. Nak siapkan Finding dalam hari ini juga cadangnya. Tapi macam mustahil. Aku call rumah kerana teringat tawaran mama semalam. Katanya kakakku menawarkan diri untuk membantu key in data, sementara itu aku boleh perbetulkan Chapter 3 yang aku sudah salah buat tempoh hari. Aku menelefon rumah, tetapi tidak dapat memutuskan adakah aku ingin pulang ataupun tidak. Aku tidak mahu terus-terusan menyusahkan orang yang aku sayang. Dan aku bertanya, manakah jalan yang terbaik? Mama menyatakan bahawa dia merasakan adalah terbaik jika dia datang mengambil aku dan membawaku pulang ke rumah. Aku tidak boleh dibiarkan seorang diri pada waktu-waktu begini.

Hari ini pun aku menangis lagi, kepala dan perutku rasa tidak sihat. Makan dan rehat tidak menentu. Pemikiran dibebani gunung beratus tan umpamanya.

Tapi apabila tiba di rumah aku jadi lega. Semangat di sini membuatkan aku rasa yakin dan mampu. Kakakku membantu aku key in data dengan tekun sehingga jam 2 lebih pagi. Aku menyiapkan perkara lain yang perlu disiapkan seperti Chapter 3 dan report En. Apiz. Hari ini aku tidur lebih kurang jam 3.30, eh awal sedikitlah dari sebelumnya :)

Esok harus jumpa penasihat. Perasaan aku bercampur baur tetapi semua ini tidak dapat dielakkan.

22/12/11
Aku membawa komputer riba sahaja untuk ditunjukkan. Tidak perlulah cetak lagi kali ini. Entah sudah berapa banyak kertas aku bazirkan demi kursus ini. Tetapi pada hari ini anginnya lain macam. Dia tidak bersemangat untuk marah, untuk meninggikan suara, dan untuk meminta kesempurnaan dari kami pelajar-pelajar Penulisan Ilmiah di bawah pengawasannya. Akhirnya dia hanya suruh kami hantar sahaja, dia akan menilai, dia sudah malas mahu menyusahkan kami. Itu katanya. Leganya hati aku. Alhamdulillah.

Pada hari inilah aku dengar rakan seperjuanganku itu bersembang tentang hardcover perlu berapa hari untuk siap. Sudah aku pahat dalam kepala.

23/12/11
Hari ini aku agak relax. Buat kerja pun macam lambat-lambat saja. Ish, tak guna punya kaki. Tapi hari ini aku sudah mula buat Finding, maksud aku apabila selesai key in data dalam SPSS kita akan harus analyze mengikut kekerapan dan peratusannya. Nanti banyaklah jadual dan graf mengikut pilihan akan keluar. Dan memandangkan aku kata aku relax tadi kan, aku berjaga sampai lebih kurang jam 4 lebih pagi sebelum tertidur.

24/12/11
Bangun pagi macam bukan pagi. 11:30 baru nak bangun, dah tu pergi makan. Terus sambung Finding yang semalam tu. Masalah timbul bila ada bahagian yang tak seragam. Pening mata aku kena cari balik dalam 375 data yang dah key in tu, hahaha. Masuk jadual, masuk graf, carta pai, huraikan, kaitkan, buat crosstabs pada beberapa bahagian. Bila hilang idea, buat bahagian Acknowledgement, Abstract dan sebagainya. Bila idea muncul nak menggoreng sambung balik Finding dan terus ke Conclusion dan Recommendation.

Hari ni aku tidur pukul berapa? Hari ni aku tak tidur.

25/12/11
Mama bangun pagi terkejut tengok aku masih buat benda tu. Dia tanya aku tak habis lagi kah? Sebenarnya semasa dia bangun pagi itu aku sudah 99.8% siap. Cuma tinggal menamakan semula carta dan jadual dalam Findings. Tetapi kepala dan mataku sudah terlampau penat. Bila mama suruh makan, semuanya aku balas dengan jawapan entah apa-apa. Tak rasa nak makanlah. Bila mama tanya nak makan nasi lemak? Aku kata tak boleh makan berat nanti tak dapat tidur. Adalah beberapa lagi yang akhirnya mama give up dan kata makanlah apa yang aku nak. Aku minum milo cicah biskut segi empat.

Aku tidur pada jam 9:30 pagi.

Hampir jam 2:30 petang aku tersedar. Kononnya nak bangun jam 12:30 tadi tapi hampeh. Setelah bersiram aku terus sambung buat nama untuk semua jadual dan carta. Dan akhirnya aku siap jam 4 lebih kurang yayayyyyy~

Setelah apa yang telah aku tulis pada awal entri ini, mama dan kaklang merasakan bahawa aku patut pulang ke rumah, duduk di Teratai buat apa. Mama akan hantar aku untuk ambil Penulisan Ilmiahku siap hardcover pada hari Selasa nanti apabila telah siap. Aku yang memang berbelah bahagi bersetuju sahaja untuk pulang walaupun aku rasa tak sedap hati kerana terlalu banyak susahkan mama. Akan aku call kedai itu hari Selasa pagi untuk memeriksa status siap dokumenku itu.

- - - - - - - - - - - - - - - - -  - - - --  - - -- - - - - - - - - - - - - - -
26/12/11
Jam 4 petang aku dapat call, bila nombor tak kenal memang saspen habis nak jawab. Aku jawab juga. Rupa-rupanya itu kedai yang aku hantar buat hardcoverlahhh! Mula-mula aku kata kat mama nak pergi ambil buku tu pagi-pagi esok tapi aku rasa tak sedap hati je bila fikirkan benda dah siap tapi tak ada dalam tangan aku. Akhirnya aku buat keputusan drastik nak juga pergi ambil hari ini. Aku pun pergi ke Shah Alam dengan menaiki kenderaan awam. Komputer riba pun tak bawa. Beratlah nak pikul. Cuma agak terkilanlah sedikit. Dalam perjalanan pergi memang tak dijangka. Aku terjumpa pensyarahku Prof Ame. Kebetulan sungguh dia duduk sebelah aku. Oh.......*speechless*

Bila Penulisan Ilmiah itu sudah siap ada dalam tanganku, aku rasa bahagia sangat. Bersyukur sangat-sangat dan paling best bila teringatkan 11 hari lepas aku hampir putus asa dan hari ini aku sudah menyempurnakannya.

Aku berjalan masuk ke UiTM, malas nak tunggu bas lagi. Malam itu macam-macam aku dapat buat dan perkemaskan tempat aku yang sebelumnya macam tongkang pecah terbalik. Biskut kacang aku pun rupanya habis jual dah sepanjang waktu aku duduk di rumah menyiapkan kerja itu. :) Suddenly everything fall into their place XD

Cuma aku terkilan. Mama tak dapat tengok hasil kerja aku itu. Dah lah komputer riba tak ada tak dapat ber-webcam. Aku pun meminta bantuan rakan untuk mengambil gambar. Macamana pun mesti mahu tunjuk mama walaupun dalam gambar. Esok pagi sudah mahu hantar.

27/12/11
Aku tersedar hampir jam 8. Memang hidung sudah ala-ala ketat kerana selsema. Sebelum ke fakulti aku makan pisang dan minum susu. Dalam pukul 9 pagi, aku secara rasminya telah menghantar tugasanku itu yayayyyy~~ Tapi masih ada lagi perkara lain yang nak diselesaikan. Hahaha, surat tunjuk sebab tak datang perjumpaan pengetua kolej dan surat tunjuk sebab lari dari kokurikulum PBSMM. Memandangkan aku tidak membawa komputer riba maka aku pun pergi ke kedai dots untuk menyiapkannya.

Niat hati memang nekad nak siapkan 2 surat tu saja, terus print kemudian hantar. Tapi memang bukan aku lah kalau tak jenguk Twitter sebentar, dah jenguk malas nak tuit pada waktu begitu, masuk FB pula. Tengok la status update kawan-kawan. Rata-rata pasal Penulisan Ilmiah, dan pelbagailah benda-benda lain. Ada satu status ni menarik juga, komen-komen pun menarik juga tapi bila aku nak tengok balik hari ni dah hilang pula XD

Aku nak habiskan entri hari ini di sini.
Terimalah gambar ini sebagai penutup.

Credits gambar to Ezy :)

Sunday, 27 November 2011

Luahan Perasaan #7: Putus asa

Putus asa, saya yakin semua orang tidak menggemari frasa itu.
Tapi mengapa saya lihat ramai antara kita yang putus asa?
Mengapa kita tidak mahu mencuba sesuatu dengan kudrat yang ada?
Mengapa suka ambil jalan mudah yang menjanjikan keputusan hampa?

Saya mengaku saya banyak melalui era putus asa.
Putus asa bila telah melakukan keputusan yang silap.
Putus asa bila mendapati diri keseorangan 
memperjuangkan sesuatu yang dirasakan penting untuk semua.
Putus asa bila mereka mengatakan 'tidak'. 
Putus asa bila tidak mendapat kerjasama.
Putus asa bila kerapkali cadangan ditolak.
Putus asa bila idea dibuang ke longkang.

Tambah putus asa apabila kamu tidak mahu mencuba.
Tambah putus asa apabila kamu katakan tidak sebelum apa-apa.
Tidak, tidak, tidak, tidak.
Sukakah kamu mengisi hidup dengan 'tidak'. 
Ini tidak, itu tidak.
Tidak mahu mencuba.
Tidak mahu berusaha.
Mengatakan tidak mungkin.
Mengatakan tidak boleh.

Jalan mudah, sangat mudah.
Walau buruk, tapi mudah.
Walau jelik, tapi mudah.
Yang susah sedikit, tidak.
Yang perlu usaha lebih sedikit, tidak perlu.

Katakan itu bila kamu bekerja.
Katakan itu semua bila kamu di luar sana.
Katakanlah "TIDAK"
Dan bersedialah untuk "DICAMPAK".

Friday, 11 November 2011

Sahabat *gaya Indonesia*

*ini aku tulis pada masa aku sepatutnya study, hm, terinspirasi oleh pengalaman sendiri :)*

Sahabat itu, andai menurut gwe,
Iaitulah bila kamu tahu kamu bersahabat
Walau tidak senantiasa bersama
Sahabat itu ngga' dibuktikan dengan menjadi belangkas
Karena kadangkala persahabatan itu bisa tewas dek kekurangan oksigen deh.

Sahabat itu andai kamu bisa melepasi dia pergi
mengejar citanya selagi itu baik untuk dirinya.
Sahabat itu tidak memaksa, sahabat itu menggalak kesantunan
Bisa ngerti bila hal-hal yang harus diutamakan seperti keluarga.
Bisa beri ruang untuk sahabat itu ta'at kepada ibu bapa,
tidak sesekali nyoal "ngapain deh ibumu lagi belenggu?"
Akan tetapi, sahabat itu walau tidak senantiasa bersama,
Selalu ada baik waktu suka mahupun sedih.
Toleransi dalam bersahabat itu begitu "crucial"
Bak kata orang putih~

Sahabat tetap merupakan sahabat kamu
Walau ribuan cerita buruk didengarinya dari mulut-mulut yang lain.
Sahabat itu tetap merupakan temanmu bila dia mengerti dan coba untuk ngerti
tiap prinsip dan tindakanmu.
Sahabatmu kan slalu mendukung aspirasimu dan melenyap resahmu,
sekalipun dia hanya mendengar keluhanmu,
Walau mungkin bisa aja dia ngga' stuju dengan pemikiranmu,
dia akan berimu ruang sehingga dirimu tenang dan nasihatimu setelah badaimu menghilang.

Sahabat itu, pasti bukan seperti anak kecil mendapat permen.
Andai hilang rasa manismu, pudar warna cerahmu,
Kamu kan dia tinggalin demi mendapat permen yang baru. 
Sahabat, tidak begitu.

Sahabat itu berjalan di terik matahari denganmu,
meneduhi kamu dengan apa adanya pabila hujan datang,
Terkadang ia mungkin lemah, bilamana kamu di tengah hujan
Dan yang lain berlalu meninggalkanmu dengan payung mereka yang aneka warna,
Terkadang ia tidak mampu, sekuat kemampuannya ialah berdoa agar hujan itu berhenti.
Itu pabila ia tidak dapat bersamamu meredah semuanya.
Sekarang mungkin aja kamu pikirin
"Ya udah itupun ngga' sanggup maka bukanlah dia sahabat gwe"

Sadarilah sayang,
bahawa dia harus cukup kuat lagi sihat
untuk menjaga dirimu yang udah demam, lemah lagi putus asa
Karena dia mahu membantu kamu mencari pelangi bilamana hujan itu terhenti,
mencari pelangi yang selalu kamu ingini dan kamu cita-citakan.

Dia pastinya tidak melayan kamu seperti permen
dia melayan kamu seperti layaknya kita sebagai manusia
yang punya hati,
emosi,
dan degup jantung
yang kadangkala selari.

Sebenarnya, kamu sendiri bisa tahu deh bila kamu nemuin sahabat sejati.
ianya bilamana kamu merasa senang,
merasa aman,
merasa percaya dan ngga' terpaksa.

Bilamana kamu merasa ikhlas terhadap dirinya,
bilamana kamu sedia dengan kekurangannya,
itu semua, bagi gwe berarti kamu, 
sudah nemuin sahabat sejatimu.
Karena dia lagi udah berjaya dalam menghargaimu
sehingga kamu merasain itu semua terhadap dirinya. :)