Sekarang jam 6.40 petang. Lebih kurang jam 6.00 petang tadi, seekor cicak telah melancarkan satu serangan paling kejam terhadap aku. Ceritanya bermula apabila aku berhasrat nak memindahkan gambar dari memory card lama ke dalam laptop. Usaha murnilah konon, memandangkan semalam Bangah sudah berpesan kepada aku kan. Laptop pula aku tinggalkan atas lantai saja, memandangkan meja jepun yang selama ni aku guna sudah dilipat simpan. Buang tempat sahaja.
Laptop aku tu kan duduk atas cooler. Cooler laptop aku bukan jenis canggih yang boleh letak atas katil tu, ianya jenis biasa sahaja yang kipas togel saja di bawahnya. Dan sekali lagi aku ulang, IANYA DI ATAS LANTAI. Ketika itu aku baru sahaja tiba dari dapur, selepas basuh botol-botol yang dulu letak kerepek la kacang la dan entah apa-apa lainnya. Aku terus duduk di atas lantai, menarik sedikit laptop ke arahku.
TIBA-TIBA SEEKOR CICAK MUNCUL DARI BAWAH LAPTOP MELURU KE ARAH AKU!!!
AKU BUKAN MAIN TERKEJUT!!!
Dan dan tu juga aku menjerit macam orang kena histeria, ataupun macam la ada senjata tajam cucuk-cucuk aku. Mungkin kalau mana-mana pengarah filem seram terdengar aku jerit, mesti dia baling banyak-banyak cicak pada aku, boleh la rakam buat letak sebagai background kan~ Hish.
Mama dan kaklang terus keluar dari bilik, dorang ingat sesuatu yang amat buruk dah berlaku ke atas aku. Takut gila. Mama muka bengang pun ada nak tergelak pun ada, katanya cicak tu juta-juta kali lagi kecil dari aku pun jerit macam apa. Nak buat macamana ma, seram la.
Epilog
Tak habis fobia bila teringat beberapa kawan aku dulu ada pengalaman cicak masuk dalam baju la, masuk dalam seluar la, aku mengambil semua langkah keselamatan memastikan cicak tadi tak buat perkara yang sama. Bila aku sudah waras kembali, mama beritahu aku yang dia nampak cicak kecil itu sudah masuk bilik stor. Phew, lega hati aku.
No comments:
Post a Comment