Sunday, 27 November 2011

Luahan Perasaan #7: Putus asa

Putus asa, saya yakin semua orang tidak menggemari frasa itu.
Tapi mengapa saya lihat ramai antara kita yang putus asa?
Mengapa kita tidak mahu mencuba sesuatu dengan kudrat yang ada?
Mengapa suka ambil jalan mudah yang menjanjikan keputusan hampa?

Saya mengaku saya banyak melalui era putus asa.
Putus asa bila telah melakukan keputusan yang silap.
Putus asa bila mendapati diri keseorangan 
memperjuangkan sesuatu yang dirasakan penting untuk semua.
Putus asa bila mereka mengatakan 'tidak'. 
Putus asa bila tidak mendapat kerjasama.
Putus asa bila kerapkali cadangan ditolak.
Putus asa bila idea dibuang ke longkang.

Tambah putus asa apabila kamu tidak mahu mencuba.
Tambah putus asa apabila kamu katakan tidak sebelum apa-apa.
Tidak, tidak, tidak, tidak.
Sukakah kamu mengisi hidup dengan 'tidak'. 
Ini tidak, itu tidak.
Tidak mahu mencuba.
Tidak mahu berusaha.
Mengatakan tidak mungkin.
Mengatakan tidak boleh.

Jalan mudah, sangat mudah.
Walau buruk, tapi mudah.
Walau jelik, tapi mudah.
Yang susah sedikit, tidak.
Yang perlu usaha lebih sedikit, tidak perlu.

Katakan itu bila kamu bekerja.
Katakan itu semua bila kamu di luar sana.
Katakanlah "TIDAK"
Dan bersedialah untuk "DICAMPAK".

No comments:

Post a Comment