Friday, 4 May 2012

Hari ni di Pesta Buku

Dah lama tak buat entri yang cakap benda-benda macam "hari ni aku pergi jalan-jalan" atau "hari ni kat sekolah..." ataupun "hari ni kan, blablablabla" maka hari ni aku nak buat entri yang mula dengan "hari ni".

Hari ni aku ke pesta buku. Sebenarnya niat awal ialah menemani Mama ke Tabung Haji, tapi Mama dapat parking kat LRT pun dah nak pukul 12, bila sampai sana mesti dah lunch hour yang bermakna Tabung Haji akan tutup sampai jam 2:45 petang. Maka aku terus belikan Mama token ke Masjid Jamek. Lepas tu tersedar yang lagi senang kalau aku terus beli token ke PWTC tapi apakan daya, proses pembelian sudah berlalu. Nak tak nak kat Masjid Jamek kena beli token baru ke PWTC.

Sesampainya di sana kami terus masuk ke dewan yang namanya Bilik Mawar. Kat sini banyak penerbit buku agama, Al-Qur'an, Dawama dan sebagainya. Yang paling awal menarik perhatian aku ialah booth Balai Seni Lukis Negara. Eh...salah...namanya dah tukar menjadi Balai Seni Visual Negara. Aku lagi suka nama lama tapi nama baru ni lebih tepat sebab dekat sana mereka bukan setakat pamerkan hasil karya seni lukis tetapi juga arca, catan dan lain-lain hasil seni.

Ada buku di booth tersebut yang mempamerkan gambar Bujang Berani karya Bayu Utomo Radjikin. Macam mana rupa bujang berani tu? Inilah dia, hebat kan?


Bila dah tengok benda-benda ni memang fikiran aku terarah kepada zaman itu, zaman Seni Visual STPM, boleh dikatakan merupakan sebahagian daripada hidup ketika itu. Projek, lawatan, kelas intensif, kelas melukis, kelas 'shading' bersama pelukis Zaim Darulaman, penyerapan diri ke dalam setiap buku-buku yang mempamerkan hasil seni pengkarya Malaysia dan luar negara, Gunung Ledang oleh Syed Ahmad Jamal, Lang Kacang yang karya Bayu Utomo Radjikin, Starry starry Night karya Vincent van Gogh, perjalanan mencari peralatan, kanvas, akrilik, oil paint, dan macam-macam lagi. Report nak kena tebal 4cm, haha...those were the days. Sungguhpun zaman Form 6 terlalu pahit untuk dikenang, tetapi Seni Visual seolah menculik diri aku dari setiap kepahitan yang lainnya. Ianya jalan keluar yang paling meletihkan (kerana kerja yang banyak) tetapi paling berbaloi. Hahaha merepek sudah.

Aku juga menemukan gambar Umpan karya Syed Ahmad Jamal dalam salah sebuah buku di booth tersebut. Ini juga merupakan 'makanan' kami semasa menjadi pelajar Seni Visual STPM 2008 dahulu.


Dan kerana aku teringatkan Lang Kacang, nah ini gambarnya aku kongsikan :)


Rupa mukanya~ picture credit to this awesome place

Selesai melihat di booth ni, aku mencari Mama. Alamak sudah kehilangan jejak kerana aku terlalu khusyuk di booth Balai Seni Visual tadi. Pusing sikit dewan itu dan aku menemukan sebuah buku yang menarik tetapi tidak kubeli. Karya Faisal Tehrani. Aku baca sedikit sahaja maka tak dapat aku menceritakan tentangnya sangat. Inilah kulit bukunya buat yang berminat :) RM14 sahaja. Ianya memuatkan kritikan filem-filem dari sudut yang lebih terarah kepada agama, unsur Yahudi dan sebagainya.

picture from here
Dipendekkan cerita, aku bertemu Mama di hujung dewan, nampaknya Mama sudah kurang bersemangat maka kami haruslah meneruskan perjalanan ke Tabung Haji. Tak tengok sangat pun dewan lain, Karangkraf memang bosan nak pergi kerana sudah tahu jenis buku di sana dan amaun manusia yang pasti berasak-asak di dalamnya. Sebelum pulang aku membeli ini:



Biasanya senaskhah RM10, kali ni cuma RM9 sahaja :) Dapatkanlah majalah ini sekarang juga! 

*promo ends*

^__^

No comments:

Post a Comment