Showing posts with label Komedi. Show all posts
Showing posts with label Komedi. Show all posts

Monday, 30 January 2012

Serangan Paling Kejam

Sekarang jam 6.40 petang. Lebih kurang jam 6.00 petang tadi, seekor cicak telah melancarkan satu serangan paling kejam terhadap aku. Ceritanya bermula apabila aku berhasrat nak memindahkan gambar dari memory card lama ke dalam laptop. Usaha murnilah konon, memandangkan semalam Bangah sudah berpesan kepada aku kan. Laptop pula aku tinggalkan atas lantai saja, memandangkan meja jepun yang selama ni aku guna sudah dilipat simpan. Buang tempat sahaja.

Laptop aku tu kan duduk atas cooler. Cooler laptop aku bukan jenis canggih yang boleh letak atas katil tu, ianya jenis biasa sahaja yang kipas togel saja di bawahnya. Dan sekali lagi aku ulang, IANYA DI ATAS LANTAI. Ketika itu aku baru sahaja tiba dari dapur, selepas basuh botol-botol yang dulu letak kerepek la kacang la dan entah apa-apa lainnya. Aku terus duduk di atas lantai, menarik sedikit laptop ke arahku.

TIBA-TIBA SEEKOR CICAK MUNCUL DARI BAWAH LAPTOP MELURU KE ARAH AKU!!!

AKU BUKAN MAIN TERKEJUT!!!

Dan dan tu juga aku menjerit macam orang kena histeria, ataupun macam la ada senjata tajam cucuk-cucuk aku. Mungkin kalau mana-mana pengarah filem seram terdengar aku jerit, mesti dia baling banyak-banyak cicak pada aku, boleh la rakam buat letak sebagai background kan~ Hish.

Mama dan kaklang terus keluar dari bilik, dorang ingat sesuatu yang amat buruk dah berlaku ke atas aku. Takut gila. Mama muka bengang pun ada nak tergelak pun ada, katanya cicak tu juta-juta kali lagi kecil dari aku pun jerit macam apa. Nak buat macamana ma, seram la.

Epilog

Tak habis fobia bila teringat beberapa kawan aku dulu ada pengalaman cicak masuk dalam baju la, masuk dalam seluar la, aku mengambil semua langkah keselamatan memastikan cicak tadi tak buat perkara yang sama. Bila aku sudah waras kembali, mama beritahu aku yang dia nampak cicak kecil itu sudah masuk bilik stor. Phew, lega hati aku.

Wednesday, 26 October 2011

"Encik, saya kat sini..."

Semalam memang lawak betul la. Kelas Electronic Media Management aku pukul 2 petang. Maka dalam pukul 1.45 aku pun mula jalan dari hostel. Mula-mula macam lemau nak pergi tapi hujan dah berhenti pula, ish *hehe*

Aku sampai kelas dah pukul 2 lebih sikit la. Bila aku intai kat cermin pintu DK tu, aku tak nampak satu kepala pun. Eh? Pelik ni. Bila aku masuk kelas alangkah terkezutnya daku kerana cuma ada 3 ketol manusia je. Yang lain mana???

Tak sampai beberapa minit, lecturer aku masuk, En. Khairudin. Dia memang cam marah la tengok keadaan kelas yang tk semenggah tu. Katanya "mana student lain? Ini namanya student yang biadab, kalau taknak kelas bagitahu awal-awal"

Dia pun duduk dan mula mendail nombor. Nak telefon class rep katanya.

Aku, Seha, Shima, & Sofi duduk terkulat-kulat kat situ tak tahu nak bagi reaksi macam mana. Aku cuba call Daus (class rep) tadi pun dia tak angkat maka tunggu je lah~

Tiba-tiba telefon aku bunyi. Ingat kut Daus call. Aku tengok itu nombor yang aku tak save. Aku pun menjawab panggilan.

Aku: Hello *tak dengar apa-apa kat hujung talian*

Misteri: Halo

Aku: Ye hello

Misteri: Halo Ainaa _______ Sham_____ *nama takyah tulis penuh* saya Khairudin O____. Saya sedang menunggu awak di kelas.

Serius lawak wei. Seha, Shima dan Sofi dah tergelak-gelak dalam mode senyap kat sebelah aku.

Aku: Encik, saya kat sini *sambil lambai-lambai tangan sikit*

Dia pandang. "Oh ok sorry"

Bila dia hang-up, aku rasa macam tak tahan nak gelak tapi aku buat dalam mode senyaplah~
Haha, akhirnya, kelas pun dimulakan dan akhirnya pukul 5 waktu kelas ditamatkan, adalah 15 orang manusia.
Okey lah tu kan? :)

Saturday, 10 September 2011

Mesej Siapa Tu???

Malam hari. Suasana hening.
Kak Moon sedang menelaah pelajaran di mejanya.
Cik D sedang menelaah di atas katil.
Aku sedang membaca nota di meja.

Kak Moon bersuara.

"Alah, bosannya. Takde siapa nak mesej ke?" sambil meletakkan telefon bimbit di atas katil.

Aku memandang, senyum.

Tapi ekor mataku menangkap sesuatu. Cik D cuba memanggilku secara senyap-senyap dengan isyarat muka. Aku menoleh ke arahnya. Cik D menunjukkan telefon bimbit. Aku mengerti dan mengangguk, sambil memandang sejenak Kak Moon yang sibuk menelaah.

Aku mencapai telefon bimbit. Menaip.

Tut tut~ bunyi mesej masuk.
Tut tut~ bunyi lagi satu mesej masuk.

Aku dan Cik D memandang, tapi buat selamba semula. Kak Moon cepat-cepat mengambil telefon bimbitnya yang berbunyi 2 kali sebentar tadi. Ada mesej. Siapa agaknya penghantarnya?

Kak Moon: JAHAT! Diana jahat!


Aku dan Cik D sudah ketawa macam orang gila. Belum tengok lagi satu mesej agaknya.

Kak Moon: Hah? Alaa Ainaa jahat!!! Eeiiii geramnya, wuaaa~


Aku dan Cik D meredakan tawa.

Cik D: Tadi kata bosan takde mesej? :p

Aku: Kami cuma nak menggembirakan kak Moon, ehehe :p


Hahaha. Tak boleh lupalah kenangan bersama rakan sebilik waktu semester 3 dahulu. Kalau masa boleh diputar, kalau kenangan dapat dirakam, mungkin ia takkan terasa seindah ini, ngerti? Maka bersyukurlah untuk segala masa-masa baik itu :)

Thursday, 4 August 2011

Kenangan Ramadhan #2: Berkereta ke Pasar Ramadhan?

Peristiwa ni berlaku pada tahun 2008, masa tu aku baru dapat lesen kereta. Aku memang teruja bercampur gementar sedikit nak bawak jentera tu, maklumlah, saya budak baru belajar, praktis pun tak banyak kan.


Maka ada satu petang ni mak aku sedang memasak sesuatu kat rumah. Aku dan kakak dah rancang nak pergi pasar ramadhan kat Setapak Jaya tu, mana tau ada benda menarik yang dijual boleh la diangkut untuk juadah berbuka.


Aku pun muncul la dengan idea yang sungguh 'bernas', iaitu aku menawarkan diri untuk memandu kereta ke pasar Ramadhan tu. Confident-lah konon. Kakak aku macam mula-mula seronok tapi seterusnya rasa cam bengang je dengan tindakan aku seterusnya ni, hahaha, aku memang tak boleh blah waktu ni. 


Dari rumah aku drive lah, bila sampai kat depan Pasaraya B&O depan flat DBKL tu, perasaan cuak mula menerpa dalam diri. Aku terbayang keadaan jalan berhampiran pasar Ramadhan yang sesak gila waktu mak aku selalu drive-kan kitorang. Akhirnya aku pun berhenti kereta kat depan B&O tu dan pujuk kakak aku untuk jalan kaki sebab dah separuh jalan, hoho.


Setelah selesai membeli belah kami pun dah nak balik ke rumah lah. Masa tu ada la dalam lagi 10 minit nak buka. Waktu kami berjalan keluar dari jalan pasar Ramadhan yang maha sesak tu, kereta yang jalan atas jalan raya memang laju-laju gila nak mati, macam la rumah diorang nak lari. Hati aku yang memang cuak bertambah-tambah kecuakan melihat adegan itu. Lalu aku pun bagitau kakak aku


"Jomlah kita jalan terus je balik rumah, malam nanti Nana pergi ambil kereta. Masa tu orang dah tak jalan laju-laju sangat, hehehe"


Pastu, you guessed it, kami pun jalan terus balik rumah. Kereta aku tinggalkan kat depan Pasaraya B&O sebab takut nak bawak balik waktu tu. Bila sampai rumah, berpeluh huffing puffing jugak la berjalan. Mak aku senyum je, geli hati agaknya dengan perlakuan aku tu, aiyo~


Bila tiba malam hari, aku ajak la sesiapa yang nak ikut aku ambil kereta bawak balik. Kaklang dah tak mau ikut, haha~ Maka Bangah dan Firah (sepupu aku yang tinggal bersama waktu ni) pun menawarkan diri sebagai sukarelawan~ 


Dah sampai lorong rumah aku, banyak pulak kereta jiran yang dah parking di kiri dan kanan jalan, sementara tunggu rescue dari mak aku tolong parking-kan, aku pun reverse-lah sikit kereta supaya tak ganggu jalan sangat. Tau-tau je dah langgar pokok kat belakang. Haih...macam tu lah orang baru dapat lesen nak bawak kereta yang tak ada reverse sensor malam-malam.


Itulah pengalaman aku membawa kereta pergi ke Pasar Ramadhan 3 tahun lalu. Sekarang lagi cuak kot? Hahaha...

Wednesday, 3 August 2011

Kenangan Ramadhan #1: Kantoi



Aku teringat pada Ramadhan 4 tahun yang lalu, tahun 2007. Masa tu umur aku baru nak masuk 17 tahun dan aku sedang menuntut dalam tingkatan 6 rendah di SMK Tinggi Setapak. Ada satu hari tu aku tak puasa, hal orang perempuan~ Kawan aku Cik P pun sama juga. Kami siap buat plan untuk nyorok pergi makan kat satu kelas kosong yang jadi port pelajar non-Muslim makan waktu bulan puasa. 


Maka apabila tiba waktu rehat, Cik P dah datang tunggu aku kat depan kelas. Waktu tu kawan aku Etie memang puasalah. Dan aku dan Etie selalu lepak dengan seorang budak lelaki kelas aku ni namanya Encik HMI. Hahaha macam Hiburan Minggu Ini pula kan? 


Okey dipendekkan cerita aku pun buat alasan bangang apa entah aku pun dah lupa untuk keluar kelas waktu tu. Encik HMI tanya aku nak pergi mana tapi aku buat macam saspen je dan terus pergi keluar. 


Dah sampai kat port budak tak puasa tu kitorang pun mulalah mengeluarkan segala macam makanan ringan dari poket baju kurung seperti biskut, gegula dan apa lagi aku dah lupa. Tengah dok bergembira pilih punya pilih sekali pintu kelas terbukak! Aku yang dah cuak gila terus capai satu biskut masuk poket. Manakan tidak, kalau-kalau cikgu Jamali buat spotcheck ke tak ke kantoi malu habis? Huh.


Rupa-rupanya kawan aku si Encik HMI yang datang sebab dia saspen kenapa aku tak bagitau aku pergi mana dan buat apa. Sekali dah kantoi! Muka dia terkejut gak la, aku pulak macam tak tahan nak gelak pun ada. Yang kawan aku si Cik P ni pandang cam bengang je sebab aku bukan sorok semua makanan tapi sorok satu biskut yang aku nak je. Hadoii...habis aku kena bahan dengan Encik HMI bila balik kelas, isk.


Ada lagi satu kejadian kekantoian berlaku tahun lepas, masa aku masih dalam semester 3. Tak silap aku tu hari yang SMF Masscomm buat event Bubur Lambuk. Aku memang tak boleh puasa hari tu, maka secara semulajadi mata aku kejap-kejap nak pandang mesin air tin kat sebelah tangga Masscomm kat kedai Roti Impit tu. Masa aku terpandang dalam pukul 11 lebih pagi, ada la seorang hamba Allah yang perempuan selamba datang beli air kat mesin tu. Memang waktu terbaik, tak ada lelaki yang kelihatan. Aku nekad nak beli jugak sebelum masuk kelas BEL pukul 2 nanti.


Dalam pukul 1.30 tengah hari, aku pun meng-excuse-kan diri dari event tu dan terus menuju ke mesin air dengan penuh yakin. Memang aku dah pandang dari ekor mata kiri kanan depan belakang semua memang confirm tak ada orang. Dah masuk duit, tekan teh bunga, tak ada. Tak mau minum air gas atau soya maka terpaksa pilih Ice Lemon Tea. Dah gedegang tin air aku, masa nak angkat tu ada lah pulak 2 orang senior lalu entah dari mana diorang muncul. Dari jauh sikit aku dah dengar:


"Hai...lain macam je tu" *yikes kantoiiii....kalau perempuan takpe jugak!!!*


"Nak buat buka puasa" *sambil mempamerkan muka selamba katak padahal buka lambat giler lagi*


"Cam awal sangat je, hahaha" *ok geramnya padahal kau pun tau kenapa kan? ishhhh malu la ai camni! Tapi muka still selamba*


So nampaknya aku dah kekantoian tak puasa 2 kali. Haih...tu belum kira lagi kekantoian dengan abang kat rumah. Tapi yang kat rumah tu tak kisahlah, but still malu jugak guguguguuu....