Masalah.
Cabaran.
Dugaan.
Kesilapan.
Itu semua yang menjadikan manusia lebih dewasa. Bolehkah kita sentiasa melarikan diri agar tidak bertemu dengan sebarang masalah? Jika tiada masalah, tiada apa yang perlu diselesaikan. Jika tiada apa yang perlu diselesaikan, kemahiran berfikir menjadi terbatas. Tiada kemajuan yang dapat dilaksanakan. Semuanya sudah serba baik, serba kena gitu.
Sampai bila kita boleh memastikan seseorang selamat di sisi kita? Pemergian ayahanda 8 tahun lepas telah mengejutkan hamba dari mimpi yang panjang. Selalu hamba katakan bahawa hamba take for granted setiap saat yang ada, hamba take for granted bahawa keluarga hamba akan sentiasa ada bersama hamba tak kiralah apa pun. Maka hamba buat perangai ikut suka hati hamba, ayahanda ajak tengok televisyen bersama, hamba lebih senang main computer games. Ayahanda minta tolong hamba di dapur, hamba lengah-lengah hingga ayahanda sendiri yang melaksanakan semuanya. Ayahanda pinjam RM5 hamba, hamba tuduh ayahanda nak beli rokok, padahal hamba sendiri tak tahu, sehingga sekali itu ayahanda naik marah. Hamba menyesal, hamba tidak melayan ayahanda seperti layaknya seorang anak melayan ayahandanya yang tercinta. Satu malam, bila ayahanda sudah tidak bernafas lagi di atas tikar sejadahnya, hamba terjaga. Hamba terjaga dari mimpi yang panjang. Ayahanda sudah menyahut seruan Ilahi. Izrail telah menjemput ayahanda seperti mana yang telah ditetapkan Allah subhanahuwataala. Dengan rahmat dan kasih sayang-Nya yang agung, Dia telah mengambil kembali ayahanda hamba yang hamba selalu tidak begitu menghargai. Ayahanda tidak ada bersama hamba lagi. Hamba tidak akan dapat mendengar lagi sahutannya jika hamba memanggil di kala malam sudah terlalu tua, seperti kelaziman yang hamba lakukan apabila hamba tidak dapat tidur.
Hamba terkesima. Hamba seperti tidak percaya. Baru hamba sedar hakikat hidup hamba yang bukan selama-lamanya bersandar pada pohon yang utuh dan melindungi. Satu hari apabila pohon itu telah tua dan mati, penyandaran hamba sudah tiada lagi. Pemergian ayahanda hamba tidak membuatkan hamba hilang akal, alhamdulillah, syukur pada Allah pada saat itu hamba sudah mengerti dan sedar bahawa setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati, dan kehilangan seseorang yang amat bermakna dalam hidup bukan untuk ditangisi selamanya, tetapi untuk hamba jadikan tauladan dan mula menghargai kesemua orang kesayangan hamba yang masih bernafas menghirup udara yang sama seperti hamba, yakni orang-orang yang masih hidup.
Apakah kaitan ini semua kalian tanya? Hamba lupa pula cerita.
Dahulu, ayahanda hamba seorang yang sangat protektif. Setiap hari jalan kaki ambil hamba di sekolah kerana kereta dibawa oleh ibunda ke tempat kerjanya. Bila-bila ibunda hamba bercuti, pasti kereta itu dibawa oleh ayahanda ke sekolah untuk mengambil hamba. Pernah sekali sewaktu dalam sekolah rendah, hamba didenda kerana tak siap kerja Pendidikan Seni. Kena jahit insang pari, perkara yang hamba langsung tak tahu, malas pula tu. Dendanya, golongan yang tidak siap kerja ini harus meninggalkan kasut di sekolah. Baliklah kau ke rumah berkaki ayam. Kawan-kawan hamba yang senasib dengan hamba (kebanyakannya lelaki) merayu-rayu cikgu memulangkan kasut. Hamba malas nak merayu, hamba pun terus balik. Di pertengahan jalan, seperti biasa ayahanda hamba menunggu. Dia lalu memberikan seliparnya kepada hamba, padahal jalan pada waktu itu amat panas kerana baru di'tar'.
Ayahanda hamba sangat manjakan hamba. Kelakuan hamba yang jelik tak pernah dimarahi. Hamba mesti selalu dilindungi, begitulah pemikirannya. Akhirnya dia tetap tidak dapat lagi melindungi hamba. Kerana dia telah dijemput 'pulang ke kampung halaman'. Sebab itulah ibunda pernah berkata kepada ayahanda:
"Biarkanlah dia berdikari, berjalan sendiri."
"Eh mana boleh, mana boleh biaq dia jalan sorang2. Kita mesti kena jaga dia."
"Habis kalau u dah tak ada nanti, dia kena juga cari jalan dia sendiri."
. . . . . . . . . . . .
.
.
.
.
.
.
.
.
Tapi...
Sekarang perkara yang sama sedang berlaku lagi. Mama pun sudah jadi overprotective. :(
Benarkanlah Nana berdepan dengan masalah, benarkanlah Nana drive seorang diri, parking entah macam mana, menghadapi masalah bila nak gohed gostan. Benarkanlah...*tak dapat diluahkan di sini*. Kesannya, sampai sekarang Nana takut untuk keluar bersama kawan, takut untuk meminta keizinan. Takut tiba-tiba perkara dahulu akan berulang. Ada luka dalam hati Nana, kalaulah Mama tahu. Luka itu tidak sembuh, tetapi Nana sudah lali dengan rasanya. Boleh kata sembuhlah macam itu ya?
Nana tahu Mama risau, bukan senang nak menjaga anak perempuan. Nana tahu Mama lakukan itu semua demi kebaikan Nana. Mama mahu melindungi Nana yang masih budak dan mentah. Tetapi itu dulu Mama, sekarang Nana sudah separuh masak. Nana harap Nana diberi lebih kepercayaan. Tapi terima kasih Mama. Disebabkan kisah kita ini Nana sudah dapat idea nak buat satu cerita. Mmuah, I love you Mama XD
No comments:
Post a Comment