atau Jika...maka...
Inferens = kerana
Aku tahu tak ada siapa faham, cuma aku seorang saja yang faham hahaha.
Tapi beginilah, mari kita ambil satu contoh.
Semakin suka satu makanan, semakin tak boleh makan.
Eh, eh, betulkah?
Berbalik pada makanan tadi, lagi kita suka, lagi tak boleh makan. Kenapa? Sebab nanti bila dah makan tu da tentu-tentu nak banyak. Bila makan banyak-banyak dah tentu-tentu tak baik untuk kesihatan. Lainlah kalau suka sangat dengan kobis atau lobak mentah kan. Semakin makan semakin baik kan?
Cuba bayangkan kalau ada seekor kucing comel pula. Semakin suka atau semakin comel kucing itu semakin kita rasa nak kejar, tangkap, peluk, dan sebagainya. Kalau kerja rumah Matematik waktu sekolah dulu, semakin kita faham semakin kita suka dan teruja nak siapkan, tak gitu? Fikirlah sendiri perenggan ini, mungkin kamu ada tafsirannya yang berlainan daripada hamba.
Semakin malas kita mandi, semakin busuk kita jadi. Semakin malas membasuh pinggan, semakin banyaklah pinggan kotor. Bila dah macam tu, kerja bertangguh lagilah takkan buat. Bolehkah kita ambil jalan mudah pecahkan sahaja semua pinggan tu? Kalau tak mandi pula, boleh panggil orang lain mandikan? Heish, mana boleh~ haruslah kita membersihkan diri sendiri dan juga pinggan mangkuk kita.
Semakin kita rajin membaca, semakin banyak perkara yang kita tahu. Semakin kita banyak mendengar, semakin pelbagai irama yang tersimpan di dalam otak. Semakin kita melihat, semakin kita dikaburi. Eh? Iye ke? Bukan semakin melihat semakin jelas? Hahahaha~~ Iyelah, jangan asyik melihat dengan mata, boleh jadi kamu akan hanyut dengan keindahan yang zahir. Cubalah kamu pejamkan mata, dengar, rasai dan perhati dengan hatimu apakah yang kamu senangi, dan apakah itu terbaik untukmu. Bacalah persekitaranmu, iramanya yang kamu dengari ada yang merdu dan ada yang tidak. Persoalannya, adakah kamu mahu membuang irama-irama kurang merdu jika itu akan mencacatkan keseluruhan lagu? Atau apakah kamu akan mengekalkan bahagian-bahagian tersebut agar lagu itu lengkap sungguhpun ada sedikit kejelikan?
Semakin kita praktis driving, semakin pandai kita nak adjust dan balance. Banyak perkara memerlukan pertimbangan, jikalau terbabas, kalau tak mati pun lukanya tetap akan meninggalkan calar dan parut. Orang kata jangan bermain dengan api, kelak akan terbakar sendiri. Tapi kadangkala orang suka bermain dengan api, bila dah terbakar melecur bagai barulah nak cari Franch Oil, minyak kapak, Bio-Oil semua. Jika kamu terlalu cepat melangkah, dikhuatiri kamu kan tersadung batu yang tidak kamu perhatikan secara hati-hati. Bila dah tersadung, janganlah nak maki batu tu, dia tak salah pun. Kitalah yang harus memerhati dan mengelak batu itu, paling baik jika mengalihkan terus batu itu dari tengah jalan. Tapi itu pasti memerlukan tenaga zahir dan batin yang amat tinggi.
Jika kita banyak bertanya, maka bertambahlah ilmu di dalam dada. Semakin bertambah ilmu, semakin jelaslah kita tentang terletaknya sesuatu perkara. Jangan asyik mendengar cakap-cakap orang tanpa mengetahui letak duduk sesuatu perkara itu. Kadang-kadang, suara yang paling menjanjikan keyakinan menyebarkan fakta yang sama sekali tiada tusukan yang konkrit ke dasar bumi. Yang paling banyak menyebarkan berita itu tidak bermaksud yang paling banyak menerima fakta. Mengintai dengar dari sebalik dinding dan mendengar gosip-gosip bukanlah alasan kukuh untuk kita ambil dan percayai. Usah cepat melibas muda gandum, usah ligat mencari salah menjatuh hukum.
Dah banyak sangat hipotesis yang diberikan.
Lain kalilah hamba beri inferens pula.
semakin byk prkataan semakin,semakin bepinar mata aku XD
ReplyDelete