Tadi bisa jadi kurang khusyuk solat Maghribku. Semuanya bermula apabila fikiranku tiba-tiba menerawang dalam perkiraan yang akhirnya memberikan aku ilham untuk muncul dengan entri ini.
Dalam niat solat Maghrib kan berbunyi begini:
"Usolli fardhal maghribi tsalasaa raka'atin adaa an lillahi ta'ala"
(Macam tulah aku mengejanya maaf kurang arif aku mahu mengeja bahasa melayu niat itu)
Masa sebut tsalasa itu otakku tiba2 berfikir,
Tsalasa = Selasa
Tsalasaa raka'atin = 3 raka'at
Lepas tu aku blur sekejap sebelum menyambung solat.
Maka apa yang aku nak tulis sebenarnya ialah perihal nama hari.
Sebenarnya baru tadi aku perasan yang nama-nama hari Isnin sehingga Ahad itu berasal dari pertuturan Arab.
Aku tidak belajar bahasa Arab, maka kurang arif hendak berbicara tentangnya.
Cuma apa yang ada dalam kepala aku ialah beberapa nombor Arab yang aku ingat semasa bermain CD Encarta Encyclopedia 97 lebih sedekad yang lalu.
"Wahidun, Uthnani, Thalatun, Arba'un, Khamsun, Sittun, Sabaatun..." <-- (bermain dalam kepala aku)
Sekali lagi diingatkan bahawa aku mungkin salah eja dan tak tepat dan sebagainya, sila maafkan kekurangan hamba~
Mulalah aku menyusun-nyusun hari di dalam kepala.
Ahad = 1
Teringat aku cerita ustazah berkenaan kecekalan hati Bilal bin Rabah semasa diseksa dan diugut untuk meninggalkan Islam. Beliau dihempap batu berat di atas dadanya di tengah panas, tetapi beliau tetap dengan pendiriannya mempertahankan Islam. Dalam pada penderitaan itu Bilal tidak henti menyebut "Ahad, ahad" tanda mengingati Allah s.w.t yang Maha Esa.
Cewah, dah macam pencerita kisah-kisah anbiya' lah pula hamba ini~
Maka dari ini aku telah meletakkan kedudukan hari Ahad itu hari yang nombor satu di dalam minggu.
Isnin = Ithnani~
Secara automatik aku melihat hari Isnin agak berbunyi identical dengan sebutan nombor dua Arab. Dahulu ejaan Isnin ialah Ithnain, lagilah dekat persamaannya. Hati aku pun suka pula bila dah dapat perhubungan nama-nama hari ni.
Selasa = Tsalasaa atau Thalatha
Hehehe, nilah yang buat aku hilang khusyuk jap tadi. Selasa hari ketigalah ya? XD
Rabu = Arba'a
Bunyi pun memang boleh dihubungkaitkan. Rabu, arba'. Kan ke lebih kurang itu. Rabu hari keempat. Atau hari empat. Eh mana-manalah.
Khamis = Khamsun
Seriously the same! Maaflah kalau salah eja tu tapi itu yang masih segar dalam ingatan hamba sejak dengar numerik 1 sampai 10 dalam CD encyclopedia lama dahulu~
Jumaat = err....ini lainlah...
Ehe, ini tak sama dengan nombor 6 Arab iaitu sittun. Em, mungkin kerana hari Jumaat kan penghulu segala hari. Juga paling jelas seperti yang ditulis di sini.
Sabtu = Sab'atun
Ini pun nampak sungguh! Sabtu iaitu hari yang tujuh atau hari ketujuh XD
Hihihi~ itulah benda yang baru termasuk dalam kepala aku hari ni. Mungkin ramai gila orang semua dah sedar pasal perkara ni tapi aku teruja sebab baru tahu XD. Rerupanya nama-nama hari yang kita guna ini ialah dari pertuturan Arab. Kalau ikut bahasa Cina, hari Isnin disebut hari pertama dalam minggu (xingqiyi), hari Selasa disebut hari kedua dalam minggu (xingqi'er) dan seterusnyalah.
Lagi satu aku teringat masa peristiwa bulan purnama 2 kali dalam sebulan. Tapi yang dikecohkan sangat kerana bulan purnama 2 kali itu adalah dalam bulan Gregorian. Padahal kalau nak dikira dalam bulan Hijriah tiada apa yang aneh. Memang bulan purnama akan muncul setiap pertengahan bulan :)
No comments:
Post a Comment