Monday, 23 January 2012

Sebuah perenggan yang 'best'

Hari ini aku mula membaca, kononnya sebagai langkah permulaan ke arah kebaikan  *ceyceyh~*
Buku yang aku baca, baru beberapa bab, bertajuk 'Meniti Lautan Gelora-sebuah memoir politik' karya Said Zahari. Siapa Said Zahari? Itu tokoh wartawan. Namanya biasa didengari semasa aku duduk dalam kelas Undang-undang Media, Peraturan dan Etika (Media Law, Regulation and Ethics) semasa dalam semester 4 dahulu.


Satu bahagian yang sangat menarik aku jumpa dalam pembacaan yang serba sedikit itu ialah...

"Namun zaman kanak-kanak itulah yang paling menyeronokkanku, walaupun kehidupan keluarga kami dalam serba kekurangan. Sebulan sekali, keseronokan itu agak menonjol, iaitu pada 'hari gaji', pekerja-pekerja di Kebun Bunga. Pada petang hari itu, kampung kami akan didatangi Wak Sate, Mamak Rojak, Wak Mi Rebus dan penjual air batu bola. Pada hari itu jugalah aku berpeluang makan sate, tiga atau empat cucuk dan sebiji ketupat yang dipotong-potong kecil supaya tidak cepat habis dimakan. Harga sate, satu sen secucuk. Sepiring rojak mamak atau mi rebus, tiga sen harganya yang aku makan berkongsi piring dengan adikku, Yatim. Ditambah sebiji satu air batu bola seorang, satu sen sebiji, lengkaplah keseronokan kami untuk hari itu. Emak sentiasa bersyukur kepada Ilahi kerana rezeki daripada-Nya cukup untuk memberikan keseronokan kepada anak-anaknya, walaupun cuma sekali dalam sebulan." -halaman 12, bahagian pertama-

Hihii~ seronok kan?

2 comments:

  1. tp sebulan sekali je la..huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihii tapi keseronokan dia berganda-ganda XD
      sate sesen, mi rebus, rojak 3 sen, lumayan tu!
      kalau x slalu dpt benda best, skali dpt mesti sgt2 menghargai kan? ^____^

      Delete