Thursday, 4 August 2011

Kenangan Ramadhan #2: Berkereta ke Pasar Ramadhan?

Peristiwa ni berlaku pada tahun 2008, masa tu aku baru dapat lesen kereta. Aku memang teruja bercampur gementar sedikit nak bawak jentera tu, maklumlah, saya budak baru belajar, praktis pun tak banyak kan.


Maka ada satu petang ni mak aku sedang memasak sesuatu kat rumah. Aku dan kakak dah rancang nak pergi pasar ramadhan kat Setapak Jaya tu, mana tau ada benda menarik yang dijual boleh la diangkut untuk juadah berbuka.


Aku pun muncul la dengan idea yang sungguh 'bernas', iaitu aku menawarkan diri untuk memandu kereta ke pasar Ramadhan tu. Confident-lah konon. Kakak aku macam mula-mula seronok tapi seterusnya rasa cam bengang je dengan tindakan aku seterusnya ni, hahaha, aku memang tak boleh blah waktu ni. 


Dari rumah aku drive lah, bila sampai kat depan Pasaraya B&O depan flat DBKL tu, perasaan cuak mula menerpa dalam diri. Aku terbayang keadaan jalan berhampiran pasar Ramadhan yang sesak gila waktu mak aku selalu drive-kan kitorang. Akhirnya aku pun berhenti kereta kat depan B&O tu dan pujuk kakak aku untuk jalan kaki sebab dah separuh jalan, hoho.


Setelah selesai membeli belah kami pun dah nak balik ke rumah lah. Masa tu ada la dalam lagi 10 minit nak buka. Waktu kami berjalan keluar dari jalan pasar Ramadhan yang maha sesak tu, kereta yang jalan atas jalan raya memang laju-laju gila nak mati, macam la rumah diorang nak lari. Hati aku yang memang cuak bertambah-tambah kecuakan melihat adegan itu. Lalu aku pun bagitau kakak aku


"Jomlah kita jalan terus je balik rumah, malam nanti Nana pergi ambil kereta. Masa tu orang dah tak jalan laju-laju sangat, hehehe"


Pastu, you guessed it, kami pun jalan terus balik rumah. Kereta aku tinggalkan kat depan Pasaraya B&O sebab takut nak bawak balik waktu tu. Bila sampai rumah, berpeluh huffing puffing jugak la berjalan. Mak aku senyum je, geli hati agaknya dengan perlakuan aku tu, aiyo~


Bila tiba malam hari, aku ajak la sesiapa yang nak ikut aku ambil kereta bawak balik. Kaklang dah tak mau ikut, haha~ Maka Bangah dan Firah (sepupu aku yang tinggal bersama waktu ni) pun menawarkan diri sebagai sukarelawan~ 


Dah sampai lorong rumah aku, banyak pulak kereta jiran yang dah parking di kiri dan kanan jalan, sementara tunggu rescue dari mak aku tolong parking-kan, aku pun reverse-lah sikit kereta supaya tak ganggu jalan sangat. Tau-tau je dah langgar pokok kat belakang. Haih...macam tu lah orang baru dapat lesen nak bawak kereta yang tak ada reverse sensor malam-malam.


Itulah pengalaman aku membawa kereta pergi ke Pasar Ramadhan 3 tahun lalu. Sekarang lagi cuak kot? Hahaha...

No comments:

Post a Comment