Kadang-kadang aku terasa, sesuatu yang asing. Ianya boleh berlaku di mana-mana sahaja, selalunya semasa dalam perjalananlah. Aku terfikir, agaknya bagaimanakah halnya jika sekejap lagi aku akan tersedar dan mendapati diriku di dalam sebuah ruang sempit yang gelap, yang aku cuma mampu duduk berlunjur. Bagaimanakah agaknya keadaanku di dalam sebuah ruang sempit, gelap dan lembab, penuh dengan misteri, mungkin juga penuh dengan makhluk yang sememangnya menetap di situ. Selalu aku mendengar bahawa Al-Qur'an yang kita baca di dunia, di dalam mimpi kita ini akan datang dalam bentuk cahaya yang menerangi rumah sempit itu, tetapi tidak juga aku membacanya.
Kenapa? Dorongan malas dan nafsu mengikut telunjuk syaitan mungkin. Nah, ini tidak bagus, aku sedar tetapi aku tidak melakukannya. Sebenarnya, orang yang tidak mengetahui dan tidak melakukan amal ibadat dosanya lebih ringan berbanding orang yang mengetahui dan masih tidak melakukannya.
Eh...kita semua dah tahu...kenalah buat kan? :)
No comments:
Post a Comment