Tuesday, 13 December 2011

Luahan Perasaan #9: Tolonglah sayang, tolong sangat-sangat...

Maka sebermulanya aku telah mengakhiri sesi berpoya-poya, dan aku buka kembali untuk menghantar contoh dokumen kepada rakan dan oh aku telah mendapat pesanan ringkas melalui telefon bimbit. Oh baiklah ini merupakan hal projek BESAR itu lagi. Aku tahu pekerjaan di luar sana adalah lebih tertekan sehinggakan kau boleh tumbuh rambut putih hampir seluruh kepala dalam satu malam. Tapi sekarang ini pada aku tekanan yang aku dapat ialah besar ni


Ya memang aku exaggerate. Tapi hakikatnya itulah yang bersarang pada aku bila dalam satu hari semuanya macam "pap hambek kau"

Aku tahu aku tak patut merungut lebih dan aku patut bersabar dan aku perlu menghadapi semua ini dengan senyuman dan pelbagai lagi nasihat berbakul-bakul yang seringkali aku juga lontarkan kepada orang yang tertekan tetapi sekarang aku tak mahu itu semua ok? Aku mahu conteng dinding ini dengan dakwat sotong paling kotor dan telah bersarang dalam kepalaku 

Tolong la bukanlah aku tak mahu buat yang terbaik ke apa tapi aku dah concentrate macam apa untuk projek kita dan aku sangka semuanya dah selesai. Ok fine, kita kena buat balik tapi this time boleh bagi aku time off tak? Korang suka ikut production team kan? Boleh tak korang yang pergi dan jangan persoalkan aku? Kerja aku yang tergendala tu semua pun aku nak siapkan. Maaf kalau kedengaran selfish tapi aku assume yang waktu postproduction, semua whatsoever kerja cari orang tu semua, korang dah buat apa yang korang nak buat, sebab waktu-waktu tu korang tak ada. Kali ni please sayang, please for the sake of our group?

For the sake of our group, and for the sake of me. Tipulah kalau aku tulis benda ni takda langsung pasal kepentingan sendiri kan? Cuma nak mengharapkan korang pulak kali ini, sebab aku fikir aku dah buat "for the sake of our group" dalam masa 5 hari tu dan kali ni, ini sahaja yang aku merayu. Please. Please. Please.
I love you.

No comments:

Post a Comment