Kadang-kadang kita terlalu sibuk bersosial dengan rakan-rakan sampai melupakan keluarga.
Kadang-kadang kita terlalu sibuk menghulur bantuan sebaik mungkin kepada rakan tetapi terlupa bahawa keluarga kita juga sangat-sangat memerlukan bantuan dari kita.
Kadang-kadang kita berusaha yang terbaik untuk rakan dan pensyarah tetapi mengabai dan mengambil ringan harapan dan cita-cita mereka yang bersama kita sedari lahir.
Kadang-kadang kita memakai topeng terlalu lama, dan hanya membukanya apabila bersama ahli keluarga.
Kita kata mereka yang tersayang
Kita kata mereka yang paling kita rindukan
Kita kata mereka pendorong sebenar
Kita kata tak dapat hidup tanpa mereka
Tapi selalu kita mengambil kesempatan
Mereka yang paling selalu kita lukakan
Mudah untuk kita katakan tidak kepada mereka tetapi sukar pula untuk kita menolak apabila rakan yang asing memanggil keberadaan.
Mudah untuk kita mengabaikan pesanan dan nasihat mereka, mudah sekali untuk kita menyia harapan mereka.
Kita ambil kesempatan, kerana mereka sayangkan kita
Kerana mereka keluarga kita
Kerana mereka takkan pernah menolak kita
Kita hampakan harapan
Kita kasar dalam pertuturan
Kita lalai bila diminta bantuan
Kita selalu membawa beban
Kadang ibu dan bapa, kakak dan abang, adik dan saudara-mara datang mencari teman.
Teman berbual, teman berkongsi, teman bersama
Tapi kita buat apa? Melayari internet, tak dengar pun apa yang mereka cakap kan?
:(
Reminder for my own self
No comments:
Post a Comment