5 hari berturutan di bilik suntingan.
Pagi, malam. Pagi, malam. Pagi, malam. Pagi, petang. Pagi, petang.
"eleeee keco lebey minah ni duk bilik editing pun bising der cam bagus"
Hahaha, itu assumption semata-mata. Rasanya takda siapa kisah pun nak bagi statement macam tu kat aku kan~
Okay, so apa yang teruk sangat kan?
Hari Khamis aku balik petang.
Hari ni pun kira balik petang jugalah.
Tapi nak cerita juga.
Semalam selepas berhempas pulas sampai petang, aku tinggalkan kerja suntingan kepada "penyunting" kumpulan kami.
"EH??? BUKAN AKU PENYUNTING KE? ADA PENYUNTING LAIN KE?"
Ada. Sebab memang dari awal dah plan dia jadi penyunting dan aku jadi assistant.
Tapi skop tugasan jadi terbalik sudah, maka faham-fahamlah eh.
Balik petang pun, buat hal dan sebagainya, buat penulisan ilmiah, sampai jam 4 pagi.
Masuk jam 4 rasa mengantuk dan tak tahan sungguh.
Kononnya lah ya aku nak tidur cuma 20 minit, sekali bangun pukul 8.40. Amboi melebih pula tidurnya padahal punyalah banyak perkara dan kerja yang harus diselesaikan.
Aku pun cepat-cepatlah bersiap dan buat final touch pada bahagian kedua Penulisan Ilmiah. Hari ni kena jumpa penasihat kesayangan saya itu. *erk, dies*
Alhamdulillah, penasihat aku baik sangat pada aku hari ni. Semakin bersemangat nak buat ke bahagian yang seterusnya kerana kebaikannya hari ini, wah~
Maka kemudian aku sambunglah menyunting. Sebab semalam dengarnya tak ada apa sangat pun yang dibuat si penyunting terhadap kerja yang telah aku buat. Haruslah aku cuba menyempurnakannya walaupun memang tak akan jadi sempurna, tak gitu?
Petang, akhirnya siap juga. Tidaklah jadi cun macam program televisyen sebenar tetapi...bolehlah.
Maka kami pun pergi hantar, lebih kurang jam 6 petang bertolak dari Shah Alam. A kata dia ada aktiviti kat Kuala Lumpur, maka aku pun dengan sukahati berkata
"Haa kau hantar aku dekat LRT Pasar Seni jelah. Aku balik rumah"
Dan setelah berpusing-pusing aku pun dihantar di stesen LRT Ampang Park, ah bolehlah, lagi dekat nak sampai.
Tapi sistem beli tiket LRT sekarang sudah jadi terlalu pelik. Ada lah pula beli token plastik, dan token tu pun macam Touch'n'Go. Sampai destinasi masukkan terus dalam mesin dia, macam main game. Tapi hari ini entah apa yang kepala aku fikirkan. Mungkin teruja + pelik dengan sistem tiket baru dan mesin tiket dengan skrin sentuh konon canggih tu. Sedang memilih destinasi...
Wangsa Maju = RM2.00
Sri Rampai = RM1.60
Aku pun gatal tangan pergi pilih Sri Rampai. Padahal aku tahu yang Stesen Sri Rampai langsung tidak dihubung dengan mana-mana jalan pun untuk terus pintas ke taman perumahan Sri Rampai yang sebenar. Tapi murah 40 sen kan~ Boleh minta tolong mama datang angkut aku dari situ, hehehe.
Semasa aku tiba memanglah rasa macam "Whoa dah la tak ramai orang turun, stesen baru pula tu tak macam Wangsa Maju, paling ramai orang naik paling ramai orang turun" <--- ini exaggerate tapi memang serius ramai pun.
Aku pun terus menghubungi rumah selepas membeli kredit dari kedai NewsPlus yang comel tu. Kaklang bilang mama ke rumah nenek, dan mencadangkan aku menghubungi rumah nenek.
Ku hubungi rumah nenek, Fira jawab
"Mak ngah baru je balik"
"O.O"
So....so....perasaan aku sudah sukar digambar.
Rasa nak tunggu bas, kemudian terbayangkan betapa
bodohnya aku dek nak menjimatkan 40 sen aku beli tiket
yang bukan-bukan, yang tak membawa aku ke rumah kalau
orang tak datang ambil. Kalau tak ambil bas T302.
Jadi apa yang aku buat?
Tunggu baslah. U25 yang lalu, tak pergi Sri Rampai.
Oh sambung duduk di situ.
Tak mahu pula aku hubungi mama untuk tolong ambil aku.
Ego walaupun memerlukan pertolongan.
Dan tak suka susahkan orang yang aku sayang.
Maka duduklah daku di situ.
Nak tuit tidak boleh, tidak ada BB, tidak ada tab,
tidak ada phone canggih.
Rasa nak nangis bila terasa nak gelakkan kebodohan diri sendiri.
Duduk tanpa kepastian. Bas tidak kunjung tiba.
Perasaan itu tidak dapat digambar apabila aku imbas kembali
keterujaan aku untuk pulang, kelucuan waktu membeli tiket,
keyakinan positif bahawa semuanya akan menjadi, mau hilang penat 5 hari yang tak sudah,
Akhirnya mama yang dah tiba di rumah menghubungi aku.
"Na kau kat LRT Sri Rampai kan? Tengah tunggu bas ke apa ni? Nak mama ambil ke?"
"Em, tengah tunggu bas T302. Emm mama baru balik nanti kena keluar balik kereta." <-- jual mahal
"Taklah, ma bawak lagi satu, jadi nak mama ambil ke tak ni?"
"Okeylah na tunggu kat LRT Sri Rampai." <--- surrender terus nak balik punya pasal
So pengajarannya?
Janganlah gatal-gatal sangat nakkan benda yang tak pasti, bukan tak boleh tapi agak sedih dan telah membuang banyak masa. Lagi satu tak payahlah nak jual mahal sangat kalau kita benar mahukan sesuatu, lebih-lebih lagi daripada ibu bapa kerana walaupun kita selalu rasa kita dah besar dan tak mahu susahkan mereka ini dan itu, kita tetap anak kecil di mata mereka :)
No comments:
Post a Comment