Tak tahu apa nak masak? Tak reti masak? Mak bapak tak ada kat rumah untuk masakkan? Adik-adik berderet dan kelaparan?
Ktung ktang buka tutup periuk, nak masak apa ni?
Eh ada nasi la, setengah periuk pulak tu.
Aduh banyak betul nasi semalam tak habis ni, lebih setengah periuk.
Nak buat apa ni? Takkan makan nasi kosong je kot?
BUATLAH NASI GORENG!!!
Eh jangan la risau. Aku dah suruh buat mestilah aku nak kasi resepinya ni.
Baiklah tuan-tuan dan nyonya, resepi kita hari ini ialah
NASI GORENG IKAN MASIN CILI PADI~
Setengah periuk nasi semalam~
2 biji telur
1 ekor ikan masin (sepat)
Minyak masak secukupnya
1 camca besar marjerin Planta
Secubit gula
Garam secukup rasa
Sedikit kicap
Bahan tumis
5 biji cili padi dihiris halus
2 biji bawang merah saiz sederhana
4 ulas bawang putih dititik dan dihiris halus
2 camca besar geragau
1 camca besar sos tiram
Sayur
1/4 biji kubis dihiris halus
1-2 batang sawi dihiris halus
1/2 biji lobak merah dihiris kecil dan nipis-nipis
Cara-caranya~
1. Panaskan minyak dalam kuali atau frying pan, goreng telur dardar dahulu. Masuklah apa-apa lada sulah atau garam ikut suka hati. Nak original pun lagi bagus.
2. Kemudian, angkat telur yang dah masak tadi bubuh kat pinggan. Sekarang, goreng pula ikan sepat tu. Ingat, basuh dulu ikan kering tu sebelum goreng tau. Manalah tahu ada ubat penahan ke apa-apa kimia entah kat badan dia tu semasa dimasinkan, tak lah terus masuk dalam makanan kita macam tu je blablabla *bebel*
3. Selesai goreng ikan masin tadi, angkat ke atas pinggan. Tiba masa untuk masukkan semua bahan tumis kecuali sos tiram. Goreng bahan tumis sampai nampak mesra dan bawangnya mula kegaringan sikit kat sekeliling. Masukkan sos tiram. Goreng kacau lagi. Masukkan juga secamca Planta dan kacau sebati.
4. Masukkan sayur-sayuran yang dah dihiris tadi, goreng sampai layu.
5. Hancur-hancurkan nasi dalam periuk tu, masukkan pula nasi dalam kuali tadi. Kacau rata-rata. Taruk sikit kicap tapi janganlah sampai hitam, agak-agak setengah camca makan je. Kacau sebati.
6. Sementara tu, kopek carik-carik ikan masin tadi dan telur dardar. Kecil-kecil tau. Gaulkan ikan masin dan telur dardar dalam nasi goreng, gaul nasi goreng tadi sampai betul-betul garing. Anggaran dalam 4 minitlah. Dalam waktu ni, masukkan garam dan gula secukup rasa. Pastikan masa nak tutup api tu nasi tu dah berasap-asap gila waktu kita kacau.
7. Sedia untuk dihidang, panggil semua ahli keluarga makan masakan kamu yang hebat tu.
Selamat mencuba :)
No comments:
Post a Comment