Bukankah dia menawarkan ayat-ayat cinta tak berkesudahan?
Bukankah dia menawarkan pertemuan demi pertemuan tanpa batasan?
Bukankah dia sentiasa menyelimuti hati awak yang kesedihan?
Bukankah dia membuatkan awak percaya awak insan ter'hot' dan menjadi johan?
Bukankah dia menarik awak dari kesepian?
Bukankah dia ciri gadis idaman?
Bukankah dia yang cantik menawan?
Bukankah dia bersuara lunak dan awak tertawan?
Bukankah dia yang awak mahukan?
Bukankah dia sebaik puisi, seindah kiasan?
Dia yang membuat hati saya rawan...
Dia yang menarik awak ke hadapan...
Dia yang membuat awak tidak menoleh walaupun kawan...
Dia yang melukai secebis perasaan...
Dia yang awak rindukan...
Dia pantas menyusun silang kata sementara kita terkial-kial mencari jawapan...
Dia pantas dan bijak, lalu awak tertarik...
Kata-katanya mengelus perasaan awak yang dahagakan cinta...
Sedangkan saya mahukan semuanya terpateri sebagai sahabat sebelum cinta itu datang...
Kerana itu saya terlambat...
Dia menjemput awak dengan kata-kata manis, sayang dan cinta untuk memiliki hati awak yang rapuh...
Dia menjadi teristimewa dalam hidup awak sepanjang menjadi seorang teruna ampuh...
Sekarang, awak menjauh daripadanya?
Betapa dia telah merendahkan kedudukannya untuk menarik perhatian awak,
Betapa dia telah memberi ayat-ayat cinta yang hanya layak diberi kepada teman hidup yang halal kepada awak,
Betapa dia sentiasa merindukan awak dan mencuba untuk meraih cinta awak,
Dan sekarang awak menjauhkan diri daripadanya...
Saya bukan malaikat yang mulia, bukan juga manusia yang sempurna.
Oleh itu, tipulah kalau tak ada secebis pun perasaan lega.
Tahniah, saya fikir awak tewas dalam kata-kata memanah jiwa.
Rupa-rupanya awak masih mempunyai pemikiran untuk menimbang keadaan.
Kualiti bijaksana yang saya mahukan.
Tetapi jangan tersilap mentafsir pula.
Saya telah melepaskan awak dengan sepenuh hati semasa awak begitu mendambakan dia.
Semasa awak merasakan bahawa saya ini hanyalah penyibuk yang nyata.
Jadi, awak tak perlu kembali kepada saya.
Dengan akal yang 9 kurniaan Tuhan, saya yakin awak akan memilih yang terbaik untuk hidup awak.
Terima kasih kerana menampakkan kematangan diri :)
No comments:
Post a Comment