Tak tahu apa nak masak? Tak reti masak? Mak bapak tak ada kat rumah untuk masakkan? Adik-adik berderet dan kelaparan?
Ktung ktang buka tutup periuk, nak masak apa ni?
Eh ada nasi la, setengah periuk pulak tu.
Aduh banyak betul nasi semalam tak habis ni, lebih setengah periuk.
Nak buat apa ni? Takkan makan nasi kosong je kot?
BUATLAH NASI GORENG!!!
Eh jangan la risau. Aku dah suruh buat mestilah aku nak kasi resepinya ni.
Baiklah tuan-tuan dan nyonya, resepi kita hari ini ialah
NASI GORENG IKAN MASIN CILI PADI~
Setengah periuk nasi semalam~
2 biji telur
1 ekor ikan masin (sepat)
Minyak masak secukupnya
1 camca besar marjerin Planta
Secubit gula
Garam secukup rasa
Sedikit kicap
Bahan tumis
5 biji cili padi dihiris halus
2 biji bawang merah saiz sederhana
4 ulas bawang putih dititik dan dihiris halus
2 camca besar geragau
1 camca besar sos tiram
Sayur
1/4 biji kubis dihiris halus
1-2 batang sawi dihiris halus
1/2 biji lobak merah dihiris kecil dan nipis-nipis
Cara-caranya~
1. Panaskan minyak dalam kuali atau frying pan, goreng telur dardar dahulu. Masuklah apa-apa lada sulah atau garam ikut suka hati. Nak original pun lagi bagus.
2. Kemudian, angkat telur yang dah masak tadi bubuh kat pinggan. Sekarang, goreng pula ikan sepat tu. Ingat, basuh dulu ikan kering tu sebelum goreng tau. Manalah tahu ada ubat penahan ke apa-apa kimia entah kat badan dia tu semasa dimasinkan, tak lah terus masuk dalam makanan kita macam tu je blablabla *bebel*
3. Selesai goreng ikan masin tadi, angkat ke atas pinggan. Tiba masa untuk masukkan semua bahan tumis kecuali sos tiram. Goreng bahan tumis sampai nampak mesra dan bawangnya mula kegaringan sikit kat sekeliling. Masukkan sos tiram. Goreng kacau lagi. Masukkan juga secamca Planta dan kacau sebati.
4. Masukkan sayur-sayuran yang dah dihiris tadi, goreng sampai layu.
5. Hancur-hancurkan nasi dalam periuk tu, masukkan pula nasi dalam kuali tadi. Kacau rata-rata. Taruk sikit kicap tapi janganlah sampai hitam, agak-agak setengah camca makan je. Kacau sebati.
6. Sementara tu, kopek carik-carik ikan masin tadi dan telur dardar. Kecil-kecil tau. Gaulkan ikan masin dan telur dardar dalam nasi goreng, gaul nasi goreng tadi sampai betul-betul garing. Anggaran dalam 4 minitlah. Dalam waktu ni, masukkan garam dan gula secukup rasa. Pastikan masa nak tutup api tu nasi tu dah berasap-asap gila waktu kita kacau.
7. Sedia untuk dihidang, panggil semua ahli keluarga makan masakan kamu yang hebat tu.
Selamat mencuba :)
Showing posts with label resepi nasi goreng. Show all posts
Showing posts with label resepi nasi goreng. Show all posts
Thursday, 8 September 2011
Tuesday, 9 August 2011
Resepi #1: Nasi Goreng Sayur Ringkas
Resepi Nasi Goreng Sayur Ringkas
6 senduk penuh nasi
1 sudu besar sos tiram Nona
2 sudu besar kicap manis cap Kipas Udang
1 sudu besar marjerin Planta/Dorina
1/2 biji bawang besar dihiris
2 ulas bawang putih sederhana dititik dan cincang
1/2 biji lobak merah dihiris nipis
Kubis besar macam genggaman tangan dihiris
2 sudu besar minyak bunga matahari Mazola
2 cubit garam
secubit gula
1. Panaskan minyak dalam kuali atau frying pan
2. Tumis bawang merah dan bawang putih sampai naik bau sikit. Masukkan sos tiram dan kicap. Kacau. Berdiri jauh sikit tau, lepas masuk sos-sos ni benda dalam kuali tu suka meletup-letup
3. Goreng sampai wangi sikit, masukkan sayur-sayuran, kacau goreng sampai layu sikit kubis tu. Masukkan sesudu besar Planta untuk memberi lebih rasa. (waktu ni kalau korang suka kicap boleh je nak tambah bagi rasa lebih sikit, atau sos cili ke suka hati korang la)
4. Bila dah sebati dan layu sikit sayurnya, masukkan nasi dan kacau rata. Goreng nasi tu sampai nampak asap-asap dah keluar dari kuali tu, maknanya nasi korang memang sudah tergoreng sempurnalah
5. Masukkan garam dan gula. Siap untuk dihidang. *gula ditaruk sedikit untuk menggantikan ajinomoto yang tak baik untuk kesihatan*
Korang boleh je nak ganti minyak bunga matahari tu dengan minyak biasa, takde hal ok. Semua jenama-jenama produk yang aku letak tu boleh diganti dengan jenama lain, tapi tak rasa samalah macam nasi goreng yang aku buat, hohoho. Oh ye, memang nasi goreng yang ini aku tak letak telur, namanya nasi goreng sayur ok. Lain kali aku kasi resepi Nasi Goreng Ikan Masin style aku muahahaha~
Till then, ja na! ^_^ Selamat mencuba~
Subscribe to:
Posts (Atom)