Keluarga aku berpindah ke sini pada tahun 1983, masa tu kawasan perumahan Taman Sri Rampai fasa 2 ni baru siap jugalah. Cuma waktu ibu bapa dan dua abangku yang masih kecil berpindah ke sini, bekalan air dan elektrik telahpun disalurkan ke rumah. Dengar khabar, keluarga Pak Mat Ribut dan Auntie Yap dah pun berpindah masuk terlebih dahulu, sebelum bekalan air dan elektrik disalurkan lagi.
Aku lahir pada tahun 1990, 5 tahun pasca kelahiran kakakku. Semasa aku kecil, aku memang seronok sangat berjalan-jalan bersama ayahku ke kedai-kedai berdekatan. Kami akan pergi ke Parkson Ria, 7Eleven dan sebagainya. Tujuan utama membeli aiskrim, patutlah aku gemuk dulu, hehehe.
Di Parkson Ria, ada seorang pakcik ni suka sangat dengan aku. Bukan aku katalah, ibu bapa aku yang beritahu aku dulu. Nama pakcik itu ialah Pakcik Mail. Seingat aku rambut dia tak begitu banyak. Kepala dia botak tengah jugalah. Dia suka bagi aku macam-macam hadiah, coklat, jigsaw puzzle dan berbagai lagi.
Lagi satu, kakak aku pernah cerita, waktu aku kecil lagi, mungkin masa tu aku masih belum pandai berjalan, ada seorang kakak di 7Eleven memberikan aku sebuah beruang teddy berwarna merah jambu. Beruang tu pakai reben. Tapi yang sedihnya aku langsung tak ingat. :(
Di kawasan hadapan Bank Simpanan Nasional dan Foto Yohan tu ada banyak gerai menjual nasi ayam, jus buah-buahan, gerai mamak pun ada. Masa tu keluarga aku suka jugalah membeli nasi ayam di kedai tu. Aku pun tak tahu apa yang bermain dalam otak aku masa tu tapi aku macam malu sangat nak pergi sebab akak yang ada kat gerai nasi ayam tu suka usik aku, maklumlah aku budak lagi. Tapi ada satu waktu tu aku ikut dan buat tak tahu sahaja. Gila sombong. Tak lama kemudian gerai tu pindah ke tutup aku pun lupa. Tapi aku rasa bersalah gila. Masa tu aku belum pun masuk sekolah tapi otak dah macam orang tua-tua je fikir, adoi. Haha.
Tak silap aku sewaktu umur aku 7 atau 8 tahun, tiba-tiba kami dikejutkan dengan berita Parkson Ria bakal berpindah. Mereka mengadakan tawaran hebat dan sebagainya. Rasa agak sedih dan rawan kerana Parkson Rialah antara tempat berseronok. Jusco sekali sekala sahaja. Selepas Parkson Ria berpindah, ada sebuah kedai kecil yang sungguh menarik dibuka di tapak itu. Nama kedai itu ialah "Baby Angel"
Kedai Baby Angel merupakan syurga untuk kanak-kanak. Mesin tikam, sticker, permainan kad seperti Old Maid, Donkey, Happy Family, Snap semuanya ada. Terlupa sejenak Parkson Ria, hehe.
Pasar malam? Salah satu aktiviti paling menyeronokkan di Taman Sri Rampai. Sewaktu aku kecil dahulu, pasar malam di Taman Sri Rampai yang diadakan pada setiap hari Khamis itu hanya mempunyai 2 baris sahaja. Lama-kelamaan, mungkin kesan daripada sambutan para peniaga, pasar malam tersebut telah berkembang menjadi 3 baris gerai-gerainya.
Tapi hari ini?
Pasar malam Taman Sri Rampai tiba-tiba ditutup oleh DBKL. Menyesakkan jalan katanya. Seorang kawan aku yang tak menetap di sini mengatakan bahawa dia membaca akhbar yang melaporkan bahawa pasar malam itu ditutup kerana penduduk taman lain membuat aduan bahawa ianya menyesakkan jalan.
Orang yang tidak menetap di sini memang mudah diperbodohkan dengan berita serupa itu. Laluan di sekeliling pasar malam Taman Sri Rampai ni, satu pun tiada yang berhubung dengan taman lain. Setiap lorong yang berkenaan dengan pasar malam ini, penghujungnya ialah jalan mati. Hanya penduduk Taman Sri Rampai sahaja yang tahu. Sebab itu, berita sebodoh ini boleh dijaja. Bukan ramai orang tahu pun. Lagipun, apa yang dilaporkan suratkhabar dan televisyen adalah 100% benar, tak begitu? Tak perlu dengar aduan dan keluhan penduduk Taman Sri Rampai sendiri kerana kami ini lebih tak tahu apa-apa berbanding orang yang tak menetap di sinilah ya?
Sudah hampir 30 tahun keluarga aku menetap di Taman Sri Rampai yang murni, aman dan sentosa ni. Setakat 1-2 kes bunuh diri, 1 kes bunuh di On The Run pada tahun 2004, rasanya kami masih boleh menetap di sini seperti biasa. Tapi ini, "pasar malam ditutup kerana menyesakkan jalan, aduan penduduk taman lain" adalah perkara paling bodoh aku dengar dalam tempoh 5 hingga 10 tahun yang lepas ni. Paling bodoh.
betul punye marah nih...hahaha...pasar yg mne satu nih??yg kat masjid sri rampai tu ke??ataupon yg depan umah ko tuh??
ReplyDeleteyang depan rumah aku tuh...
ReplyDeleteyang kat masjid masih ada lagi..
haha, mesti takut tgk aku marah kan, terus xjadi wat menantu~ wahh~
laa...yeke~~
ReplyDeletehaha..menantu???homaigot!!!