Listening to: I Just Called to Say I Love You by Stevie Wonder
All work and no play makes Jack a dull boy.
Yes, so that's why now I'm taking a little rest to 'play' despite rumah yang tak habis kemas lagi.
Since I can only rely on myself to 'do' this house so I have no choice but to do it daily, janji ada perubahan dan ada banyak sampah boleh dibuang. Nak harap Bangah dan Kaklang? Kirim salammm...tapi apa yang aku boleh minta tolong aku akan minta. Aku mana boleh tengok orang senang sedangkan aku ni kena tunggang tonggek mengemas sini sana kan? (lol dengki) Aku doakan mereka kahwin dengan anak2 raja ada babu semua serba lengkap, aamiin.
Aku kadang2 fikir alangkah bagusnya kalau ada bom yang boleh letupkan semua barang dalam rumah ni. Nanti dah jadi debu aku boleh sapu/vacuum/mop dan mulakan hidup baru. Tapi canggih sangat tu kan. Kalau ada pun bom tu dengan2 rumah aku sekali jadi debu. Heeeeehhh minta dijauhkan segala malapetaka.
Ok done bebel pasal kemas rumah.
So semalam aku dah bayar yuran sekolah untuk 3 bulan pertama termasuk Admission fee. Sejurus selepas bayar, aku terus rasa miskin. Bila tengok baki dalam bank rasa sayu hatiku ini. Rasa macam inilah baki paling rendah dalam akaun aku sepanjang hampir sepuluh tahun ni. Tiba-tiba rasa kena berjimat. Tiba-tiba teringat macam mana nak sustain beli stok FG Walet sarang burung demi kelangsungan kecantikan, awet muda dan kesihatan dalamanku ini?
Haha okey overrr. Sebenarnya sebelum aku resign aku dah semak akaun ASB, boleh lagi tampung pelajaran aku ni sampai habis dan masih ada duit belanja juga. Cuma aku belum pergi PNB so masih belum dapat la nak menggunakan duit tu. Yang ku bayar semalam dari akaun Harimau. Tiba-tiba tak sabar lah haiii nak 25 Mac masuk gaji. Nasib baiknya aku ni cuti taman so aku dah dapat jimat sangat2 part duit sewa rumah, minyak kereta, tol dan jimat duit makan juga. Duit gaji bulan ni dan bulan depan masuk dengan aku merambu berdansa di rumah XD.
Aku just tak sabar nak pandai baca, cakap, faham, tulis, ambil sijil sampai N1 then hopefully dapat kerja yang perlukan Nihongo. Moga2 dapat la pulang modal belajar ni nanti. Aku dengar 3rd language Nihongo ni boleh dapat gaji sedap mata memandang. Pastu nanti boleh la menyewa sebiji rumah kat Saujana KLIA tu, hari tu bilik je, haha berangan tu kan free~
Hari ni buka email, dapat confirmation payment diterima. Alhamdulillah leganya hati aku :)
Katanya nanti datang collect resit selepas habis PKP atau bila kelas fizikal dah mula. Aku agak teruja jugalah nak kelas fizikal coz dah lama sangat tak pergi kelas. Yang ambil kelas part time kat DLA pun online kebanyakannya. Kelas online ni yang seronok dan tak seronok dia adalah sama, iaitu bila line putus2. Sebab apo? Sebab bila line putus ko tak payah jadi target jawab soalan sensei, dan juga bila line asyik putus ko pening dah belajar sampai mana time connected balik. Sorry la ayat aku macam keling, tapi faham-faham jelah ya maksudnya.
Dan juga apa yang buat perasaan aku ni bercampur baur ialah nanti aku bakal masuk kelas yang kebanyakannya budak muda lepas SPM. Fuhhh...kakak sangat aku ni nanti. Harapnya adalah nanti student berumur macam aku juga tak pun lagi tua. Takdo lah aku rasa forever alone and old sangat nanti~
Next is seronoknya dah daftar gym balik! Tapi ni just ladies gym Curves tu, dia takde la weightlifting and equipment dahsyat2 macam gym biasa tu. Machine dia semua gentle to the body tapi still penat la weh workout nya. Sejak daftar Isnin hari tu, ni dah hari ketiga aku pergi. Mencabar juga, aku dah la puasa, sekali tekak kering tu nak tersedak tak boleh minum air. Takpe Ainaa sabarrr...puasa Rejab inshaa Allah besar ganjarannya janji ko tak banyak membawang atau buat benda sia-sia.
Masa join balik hari tu, dia check balik la body fat/muscle/visceral fat bagai. Berat aku takde lah teruk sangat tau, tapi kandungan lemak dalam badan aku sangat tinggi, muscle pula rendah. Patutlah lembik2 je badan tak fit and firm. Haihhh...kena increase protein intake, reduce fat/oil/sugar intake, exercise regularly. So far, sejak aku start puasa 13 Rejab hari tu, memang aku dapat kurangkan makanan manis. Kalau dulu biskut boleh makan sampai 5-6 keping sekali hadap, sekarang makan sekeping je pun dah rasa puas. Sahur aku akan minum air macam milo/kopi susu dan air kosong. Berbuka pula memang akan minum air sejuk. Untuk hari ni, aku dah tak sabar betul nak minum susu stroberi dipenuhi ais di dalam cawan clear see thru. MasyaAllah...ni'matnya...(fikir je tak batal puasa kan? Huhu...)
Hurmmm...ada 4 jam lagi TT__TT
No comments:
Post a Comment