Long time no see, no update.
The last time aku pernah post tentang aku ada 3 hutang besar yang aku risaukan kan?
Guess what, aku bersyukur sangat2 sebab aku dah berjaya menyelesaikan 2 daripada 3 hutang tu.
Yang pertama sekali, aku berjaya juga gagahkan diri ke rumah Pakcik R tu untuk sampaikan hajat Mama. Aku rasa lega sangat sebab bukan senang nak menanggung amanah orang yang dah meninggal ni.
Dah settle yang tu, aku contact pula kawan yang boleh tolong aku passkan souvenir Australia pada Cik Man. Walaupun dengarnya Cik Man dah resign, tapi nasib aku baik alhamdulillah, sebab bini Cik Man masih ada lagi kerja kat tempat kawan aku tu, so settle la passkan kat bini dia je.
Dan akhir sekali aku contact D, sebab dulu pernah terjanji nak belanja dia makan time dia tolong buatkan logo Cookie Girl tu. At first dia dah bagi tarikh 04 April, which is good sebab aku kalau boleh memang nak settlekan semua ni sebelum puasa. Tetapi apakan daya, beberapa hari selepas set tarikh tu D mesej bagitau yang pasal dia kena buat swab test (berkenaan kerja), dia perlu kuarantin beberapa hari dan terkena lah tarikh 04 April tu.
Shouganai ne...aku tanya la bila tarikh lain yang boleh? Lepas raya OK ke? Atau kalau 11 April OK tak?
Sampai ke sudah tak berjawab...hmm entahlah. Kalau susah sangat nak belanja secara proper aku rasa aku hantar FoodPanda je kot.
Kadang-kadang rasa agak tertekan. Nak make time untuk study, collect steps untuk one million steps challenge (nasib baik ni dah nak selesai), pergi gym pagi2 (kalau tak kang tak workout pula), kemas rumah (part ni memang aku seketul jelah berharap kat diri sendiri), kumpul barang recycle. Well, nampak macam some of them ialah benda yang aku gatal2 join macam larian tu tapi tulah, sebab memang minat aku kan.
Beza betul la bila tak ada mak ni. Dan juga rasa tertekan bila nampak Bangah dan Kaklang macam 80% hidup dalam handphone. Aku kadang rasa macam sorang2 dalam dunia sebenar ni. Bukanlah tak ada langsung mereka dalam dunia sebenar, ada, tapi sangat lah sedikit. Aku rasa macam tak sabar pula nak tinggalkan rumah ni. Tinggal sorang pun lagi tak lonely daripada tinggal dengan orang tapi macam tak ada. Tapi aku tetap bersyukur jugalah bila mereka boleh tolong bab makanan, buang sampah. Kalau 100% aku buat rasanya boleh gila kot. Mana tak gila, tiap2 hari nampak ada orang dewasa cukup sifat kudrat kuat tapi dok mengadap phone berjam-jam.
Dah jadi bebel pulak. Sebenarnya aku sangatlah tak suka complain, dan aku selalu rasa macam aku ni tak ikhlas buat kerja bila marah kat dorang. Ntah2 yang dorang buat sikit tu dengan ikhlas hati sedangkan aku, buat banyak ikhlas takde. Astaghfirullah...
Ntah la, rasa penat sangat, serious.
I need a hug.
Kalau nak kata menyesal tak kahwin awal, tak juga. Sebab memang selama ni pernah click dengan 2 orang sahaja. Itupun yang first reject aku dengan sangat mengguris hati aku sebab dia nak balik kat ex, yang second tu pula sangatlah complicated dramanya dan ada part aku menyesal rasa aku yang bodoh, tapi bila tengok akhirnya dia dah kahwin dengan seorang perempuan yang nampak pun baik, sweet, aku rasa macam takdelah bodoh sangat kot aku ni. Cuma aku termasuk dalam drama cintan dia yang akhirnya melorongkan dia untuk bertemu jodoh dia yang sekarang.
Aku pun memang bukan jenis rebut pakwe orang.
Dulu pernah crush kat MPP FSKM, awal2 tu nampak macam kita sama2 crushing.
Sampaikan selepas dia tegur aku kat Konvo waktu aku main gamelan tu, dia jaga gerai MPP jual bunga time tu, setiap hari aku pergi tengok kedai bunga tu mengharap jumpa dia lagi tapi takde dah, dorang ada roster dorang XD
Last2 one day tu aku dapat tahu yang dia ada girlfriend, sama course dengan dia. Start dari tu aku jauhkan diri, kalau nampak dia dari jauh pun aku buat tak tahu. Alhamdulillah sekarang dia dah kahwin dengan girlfriend yang sama tu, dah 2 anak dia :) Nasib baik tak rebut dulu walaupun ada spark (ni aku tak kira prospect kahwin sangatlah sebab memang cinta monyet tak pernah heart to heart talk ke apa atau mesej2 pun, just setiap kali jumpa mesti ada je nak interact walaupun takde benda nak cakap pun LOLz.
So itulah, I hope the third prospect that I am yet to meet will have that kind of spark n connection I was always looking for.
Sebenarnya ada, cuma orang ini seems so unreachable and we almost had never met (ataupun pernah tapi aku yang tak perasan). I don't know why but I felt the connection. Probably in one of our conversation that was, very near to the heart. I like the fact that he have his life and personal interest, when we chat, I did not feel like he was trying to impress me. He sounded genuine and original. He doesn't try to like what I like or overly praise things about me.
He is a friend's friend. I don't know much about him. But I have a good feeling about this guy. But because he seems too good to be true, and because of the spark I felt, I am positive he doesn't like me the way I like him, he probably didn't notice me or already forgotten the whole conversation and probably, the conversation had never left any impact or spark in his life. He probably are liking and chasing another girl who is gazillion times better than me in every aspect. Lebih cantik, lemah lembut, berhemah, pandai, tinggi, etc. Anyway, I will pray for his happiness. I think that is the purest way of loving from a person who already lost hope in love. I wonder who is that lucky girl? I hope she will be able to have the spark and connection and treasure this guy more than I could ever imagine.
Meanwhile, I will study hard and inshaa Allah one day, I will globe trot, volunteer for charity, conduct free classes, reevaluate my manners to reintroduce Islam to people around the world by being a good person myself, and finally be able to go to Madinah and get syahid so I will be buried in Jannatul Baqi'.
Berangan tak salah kan?
:D