Yabai...
Frust gila rasa hari ni. Aku terlepas JLPT Mock Test.
Aku ni dah tua sangat ke? Boleh lupa benda penting macam ni?
Dah lah sejenis tak berkepit dengan handphone, whatsapp masuk pun malas nak tengok right away. Bila rasa nak tengok handphone baru lah buka semua.
Susah juga hidup zaman kena berkepit HP. Bila tak berkepit terlepas pula benda penting.
Aku dah rasa diri ni macam Nokia. Dia bukan tak bagus, dia tak buat apa2 yang salah pun.
Dia cuma tak cepat. Dia tak seize opportunity. Dia tak bangkit bersaing dengan brand lain yang berlumba-lumba nak maju. Tu je silap Nokia.
Aku dah lepaskan kerja aku. Sebab aku nak mantapkan Japanese full time.
Aku rasakan pada waktu industri penerbangan tak aktif macam sekarang adalah waktu paling sesuai aku nak fulfill sekurang-kurangnya SATU impian aku.
Kalau nak ikutkan banyak benda aku nak buat. Nak tulis buku, nak tulis sajak, nak buat Youtube channel, nak jumpa calon yang aku rasa ringan hati untuk terima, nak kahwin, nak beranak.
Ok malas nak list kan lagi.
Tapi dalam keadaan umur aku yang dah 30, aku sedar tak banyak benda yang aku boleh fokuskan. Taknak nanti yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran.
Mungkin selepas ni baru aku akan rasa penangan sebenar kehidupan yang aku pilih ni. Kehidupan bekerja di "wau kesayangan hamba" selama ni adalah comfort zone aku. Paling comfort. Dah kerja 7 tahun setengah. Pergi kerja rasa relax gila, tak takut tak nervous. Tapi sampai satu tahap dalam hidup aku ni, aku rasa aku kena pilih.
Dalam hidup aku ni, kebanyakan benda yang aku ada, aku beri markah 100. Kerja markah 100, Nihongo markah 100, family markah 100. Tapi bila markah pada kerja tu makin lama makin turun, automatik aku rasa nak pentingkan perkara yang mempunyai markah lebih tinggi. Aku pun tak nak lah lagi sepuluh tahun aku masih stuck dengan kerja yang markah mungkin dah turun sampai 20%, pastu yang paling aku tak nak ialah nanti masa tu aku akan terfikir "kalaulah sepuluh tahun lepas aku dah tinggalkan kerja ni dan pursue Nihongo, mesti dah pandai."
The thing is, I can't afford to lose another ten years. At least bila aku dah buat keputusan sekarang, aku dah mencuba. Mencuba buat sesuatu untuk diri aku. Keluar dari comfort zone. Tapi jujur aku cakap benda ni kalau nak buat kena tengok saving juga lah. Jangan sampai hutang keliling pinggang pula sebab nak kejar impian.
Ingatlah, orang yang paling bahagia ialah orang yang tidak dibebani hutang. Sebab bila tak ada hutang, hati pun senang, walaupun hidup biasa-biasa tak kaya mana. Aku sangat bersyukur Mama tak bagi ambil PTPTN dulu, sekurang-kurangnya tak ada lah beban yang perlu dibayar. Mama tak bagi ambil bukan sebab kami kaya, tapi sebab Mama masih mampu tanggung pelajaran kami. Dan juga rezeki Allah bagi bila Mama ambil VSS masa umur 50. Hidup kami pun selalu berdikit-dikit, belanja benda yang perlu. Tak pernah bermewah-mewah, tak palau benda branded. Jarang sangat pergi bercuti, banyak fikir bila nak membeli. Yang banyak pergi bercuti pun bila dah start kerja di wau kesayangan hamba. Masa tu rasa macam nak reward Mama puas-puas. Alhamdulillah, dapatlah dalam 3 tahun betul-betul fly sini sana dengan Mama :')
Cuma lepas Mama tak ada ni, aku ni yang kadang-kadang terlebih boros. Apa tergerak semua nak beli. Alasan aku "life is short, nikmati apa yang kita nak". Lagi satu mungkin sebab single, so tak banyak fikir.
Start entry ni tadi pasal frust terlepas JLPT Mock Test je, dah melalut pulakkk sampai ke sini. Tapi kan, tahun ni JLPT Julai cancel lagi TT__TT...motto kanashii...
No comments:
Post a Comment