Disclaimer: entry ini banyak jargon. Maaf kalau tak faham tapi ini bahasa masyarakat dunia penerbangan. Eh poyo pula aku nak disclaimer bagai lolz
Halu~
Sebenarnya kan, malam semalam aku ingat nak up gambar kat atas ni sebagai IG story, tapi tiba2 rasa malu pula. Rasa macam cringe ke? Eh? Why la, maybe sebab dialog cheesy sangat kot haha~ Anyway~
Ianya bermula begini. Waktu tengah kemas2 barang kat bilik sewa tu aku ada terjumpa nota Amadeus Inventory pasal how to add airport terminal rule. Benda ni pernah berlaku pada satu awal pagi (ku kerja shift malam waktu itu) di mana sepatutnya ada satu kapal ni dia dari KRW transit sebentar di DEL sebelum balik KUL. Tapi, it so happened yang captain bagitau mereka takkan stop kat DEL dan akan fly direct to KUL.
Bila situasi dah jadi macam ni, aku ngan team mate pun dengan kelam kelibut dok godek system tu macam mano nak create woeii, kita tak pernah fly KRW-KUL direct. Yang dalam system pula dah diprogram KRW-DEL-KUL. So consider macam kita kena add KRW-KUL supaya rule tu wujud. Nak call kak Siti pukul 5 pagi, ko ghase? Yang team mate mengharap kat aku time tu sebab dia expert ticketing, aku yang konon pandai buat inventory dari zaman Flight Analyst. Cuma inventory pasal terminal rule ni advanced woih...aku dulu setakat inventory flight saja. Sobss..
Maka dengan takde pilihan aku pun try la godek sana sini berdasarkan ajaran yang kak Siti pernah bagitau. Nasib baiklah ada conversation whatsapp.
Dulu kes airport lain la, tapi senak juga nak mengagak nombor terminal apa nak buh dalam system tu. Kalau buat entry availability keluar nombor terminal boleh la letak. Kalau takde memang dengan cuba google lah, masuk entry HE lah.
Last2 ntah macam mana akhirnya dapat juga create airport terminal rule tu. Dan oleh kerana steps dia sangat banyak, aku terus tulis nota kat kertas A4, fotostat 2 keping untuk team mate aku yang Team A. (Team B duduk kat terminal so kami terpisah, deme tak payah pening buat operational cases, deme buat SCN je)
Ok berbalik kepada kisah aku kemas bilik. Aku kan terjumpa nota ni, nak buang sayang, so aku scan dulu. Pastu teringat why not aku share dengan budak Team B yang dah dipanggil masuk OCC sejak aku resign ni. Dah duduk OCC office tu mesti kena tau juga benda2 ni in case emergency need kan.
So dekat nak pukul 1 pagi tu aku pun whatsapp Team B aku (malam tadi roster kerja malam). And they were so thankful and I felt so happy I could share. I fikir, ilmu ni tak boleh simpan sorang, Lagipun I dah berhenti, mereka masih bekerja, so mereka memerlukan benda ni lebih lagi daripada diriku ini.
Tu yang terkeluar ayat2 jiwang kat gambar atas tadi. Yes, aku sayang gila dengan MH. Why? Sebab, banyak. MH yang terbangkan aku dan Mama ke serata tempat dalam dunia ni. Memang banyak yang kami tak sempat. Istanbul pun tak terkabul lagi Mama dah pergi... dan lagi satu, MH adalah pekerjaan yang aku rasa ringan hati masa masuk dan ringan hati masa meninggalkannya. Mungkin sebab aku bukannya rasa nak tinggalkan dia selamanya, aku mungkin akan kembali. Tapi kita tak tau lagi takdir masa depan, mungkin kembali sebagai warga atau cuma kembali sebagai passenger.
Banyak sangat kenangan manis (dan pahit) tapi I don't mind yang pahit tu. Sebab kalau takde rasa pahit, kita takkan tahu macam mana rasanya manis. Aku sayang gila, sayang sangat. Aku bangga sangat jadi salah seorang yang menyaksikan kejatuhan MH tahun 2014 tapi aku tak tinggalkan dia. Padahal masa kat call centre time tu selalu complain rasa macam nak berhenti la apa la. Selalu jealous tengok kawan2 berhenti dapat better offer. Tapi bila MH tersungkur je, automatik rasa tak boleh tinggalkan dia. Rasa nak dukung dia, walaupun kudrat aku takkan mampu, tapi just being there, jawab call passenger yang bising2, kutuk maki MH, mintak refund, ambil kesempatan, just letting myself be there, I hope, was enough support at that time.
Tapi bukan semua passenger buruk. Kebanyakannya jadi begitu mungkin sebab takut dengan MH pada waktu tu. Dan yang aku bagitau tu segelintir saja. Banyak passenger yang baik, beradab, sayang MH, suka nak travel, percaya yang kita Call Centre Agent ni berada di situ untuk membantu berkenaan permasalahan tiketnya. Bila ribut dah reda, keadaan jadi tenang semula.
Aku rinduuuuuu sayang kamu~~ (please read dengan nada lagu Black).
Tapi tulah, my big goal memang untuk learn Japanese, cuma bila aku tilik balik apa yang buatkan markah kerja aku yang 100 tu boleh turun sampai aku sanggup berhenti tanpa aku ada masalah dalam bekerja, banyak sebenarnya point2 dia. Mostly benda-benda yang aku try to brush off, tapi subconsciously add up to my frustration. Tapi takpelah, sebab benda-benda tu aku dah try to express, cuma tak dapat buat apa2 juga. Usually kalau I fight tu masih ada harapan, kalau I dah stop fight to tunggu masa jela to see the last of me~
Ada juga sebab yang melibatkan hubungan baik dan perasaan orang so it's not easy to juggle that. It is either I sakitkan hati orang, ataupun I keep makan hati. So since I taknak dua2, and I do have a choice, I reckon, this is the best decision for the time being :)
So long MH, fly high and always know that you were, you are, and you will always be, my favorite 'wau'. When I see you, I was like "wau". OMG, ada pickupline lain pasal 'wau' lagi tak? XD
No comments:
Post a Comment