Listening to: Eiffel I'm In Love OST
"Bila kau start?"
"Khamis depan, 15."
"Ni, Khamis akan datang ni?"
"Ha'a."
"Ala cepatnyaa."
"Ha'aaaaaa."
Perbualan dengan Mama. Ahaha, macam mana eh. Perasaan tu susah nak digambar. Bila takde kerja, terhegeh cari kerja, tak putus doa nak dapatkan pekerjaan berkat yang diredhai. Tup tup, dapat sebiji lepas beberapa bulan, bila dah nak start, rawan semacam lah hati ni. Sebab masalah aku ni apa eh? Rasanya sebab aku tak pernah terfikir nak kerja cari duit banyak-banyak beli ini itu atau buat ini itu dengan duit. Mungkin itu yang buat aku lemau semacam saja. Macam tak ada drive nak bekerja. Heih, tak bagus begini.
Tak bagus tau hidup tanpa rasa ada hala tuju ni. Memang la ada hala tuju tu, tapi bila ia bukannya berkenaan dengan dunia sekeliling ni rasa macam seolah aku tak akan pedulikan hal dunia sedangkan yang sepatutnya ialah keseimbangan mencari kebahagiaan dunia dan akhirat. Macam kata-kata beribadatlah kamu seolah kamu akan mati esok, carilah rezeki seolah kamu akan hidup selamanya. Tapi apa yang aku rasa, "carilah rezeki, yelah pergilah kerja tu hai lah malasnya apasal ni?"
Nampaknya hidup aku tak berapa balanced sekarang. Aku ingin nak berusaha ataupun bersemangat juga dalam hidup ni. Jadi, apa kata aku buatkan beberapa tujuan yang mungkin akan menjadikan aku lebih positif dalam pekerjaan.
1. nak beli kamera dan macbookpro
WOW! Jika ini dah menjadi tujuan aku dari dulu, memang aku takkan pernah terfikir nak berhenti kerja dan nak kerja sampai tergolek. Ini adalah kerana nak mendapatkan kamera idaman serta sebiji macbookpro adalah sangat costly dan aku perlu lebih kurang rm6000 untuk nak mencapai impian ini. cuma, kalau aku kurangkan sikit part kamera tu, lebih kurang 4 ribu lebih atau 5 ribu pun cukup. wah, semangatlah camni~.
2. nak ambil kursus jahitan
memang aku kepingin sangat nak belajar menjahit. kalau boleh nak belajar jahit semua benda! baju sendiri memang yang paling mau, baju cosplay, langsir, cadar, bantal, sweater, kraftangan you name it! semua aku nak buat, dan aku juga berangan nak buka kedai jahit atau kraf jahitan. selain untuk kepuasan diri dengan penambahan skill, ini juga adalah untuk persiapan untuk menjadi seorang perempuan super. super lady gitu. kan best kalau boleh buat macam2?
3. nak kahwin
ini mungkin antara semangat paling cliche yang ada dalam diri setiap orang. aku pun tak terkecuali, cuma sebab aku nak kahwin bukanlah kerana aku sedang bercinta atau nak halalkan hubungan blablablabla, sbb aku nak kahwin cuma kerana itu apa yang dituntut, kahwinlah. lagipun bila orang perempuan berkahwin, dosanya tak lagi ditanggung mak ayah. so oleh kerana aku sayangkan mak ayah aku dan tak mau mereka tanggung dosa aku lama-lama, aku pun nak la kahwin. tapi aku pun malas terhegeh kat orang yang tak mau kat aku, maka aku harap adalah sesiapa yang terasa nak kahwin dengan aku pada masa sama aku pun suka jugak pada dia. kalau nak suruh aku jatuh cinta pada seseorang untuk kahwin tu agak susah la pulak. haih. so kena kumpul duit mulai sekarang, nanti senanglah nak berhenti kerja bila dah beranak nanti ye dok? haha
4. nak puaskan hati semua orang
haha, ni lah alasan paling bodoh aku boleh buat. yelah, puaslah hati pak mak sedara yang tak henti2 tanya "kau dah dapat kerja?" "kau bila nak dapat kerja?" semua. tetapi mungkin inilah pemberi semangat paling dahsyat sekali yang membara dalam diri setiap yang bekerja (yang masih bujang). kalau yang dah kahwin mestilah takleh sesuka hati takde kerja kan.
No comments:
Post a Comment