Akhirnya jam 6.00 petang, berjaya juga aku gagahkan diri untuk keluar dari rumah ni dan uruskan hal aku sendiri. Kalau ikutkan hati yang malas, kecintaan yang melekat kat rumah sampai tak nak keluar-keluar, alamat memang tak menjadilah satu apa pun. Dah berjaya pergi cuci gambar passport dan photostat IC. Tu pun sebab dah nak kena guna esok. Selepas kecek bangah minta tolong dia cucikan (tapi tak berjaya), aku fikir balik, kalau aku jadi bangah, memang aku lempang diri aku yang terlampaulah amat mengadanya.
Tapi...lupa beli ubat gigi. Aduhai, nasiblah ada seciput kat dalam tiub kecik tu. Yang paling penting iaitu Dr. Mist tidak dilupai. Itu kalau lupa memang teruk lah. Ok, so today is the last day aku menanam anggur khayalan. Argh! Kenapa??? Kenapa aku rasa hidup ni terlalu membosankan??? Aku harap apa yang akan aku lalui pada hari-hari yang bakal mendatang mendatangkan sesuatu yang cukup exciting! Seriously, kerja sebab setakat nak kumpul duit tu is far from interesting. Tak dinafikan aku memang suka kerja aku sebelum ni, tapi tu lah kan. Kadang yang kita suka tu tak baik untuk kita, kadang yang kita tak berapa suka tu baik pula untuk kita.
I'll leave it at that. ^_-
No comments:
Post a Comment