Sunday, 17 February 2013

Lawak Perkataan Berlawan

Mengemas barang-barang lama, boleh jadi sangat menyeksakan.
Tiba-tiba kita tak tahu kenapa kita pergi simpan semua nota yang tak bermakna tu.
Kalau ku tahu dari dulu yang satu hari nanti (iaitu hari ini) akan menyusahkan hidup aku, baik aku bakar semua nota setiap kali habis semester dan juga peperiksaan penting sekolah (PMR, SPM, STPM)

Walau apa pun, aktiviti mengemas ni tetap best juga sebab dapat jumpa surat-surat lama. Aduhai, best betul zaman tu. Terasa nak mengutus surat semula macam dulu-dulu. Tapi siapa sajalah yang nak cari sahabat pena sekarang kan? Semua sibuk dengan smartphone, ipad, tab dan yang sewaktu dengannya. :(

Eh, meleret pula. Tujuan utama menulis ni sebenarnya sebab aku nak letakkan beberapa benda menarik yang aku jumpa. Nak buang sayang, so copy dulu pastu barulah buangkannya, hoho~

Khazanah #1: LAWAK PERKATAAN BERLAWAN

Murid: Selamat pagi, cikgu

Cikgu: (Menengking) Mengapa selamat pagi sahaja? Petang dan malam awak doakan saya tak selamat?

Murid: Selamat pagi, petang dan malam cikgu!

Cikgu: Panjang sangat! Tak pernah dibuat oleh orang! Kata selamat sejahtera! Senang dan penuh bermakna.      Lagipun ucapan ini meliputi semua masa dan keadaan.

Murid: Selamat sejahtera cikgu!

Cikgu: Sama-sama, duduk! Dengar sini baik-baik. Hari ini cikgu nak uji kamu semua tentang perkataan berlawan. Bila cikgu sebutkan perkataannya, kamu semua mesti menjawab dengan cepat, lawan bagi perkataan-perkataan itu, faham?

Murid: Faham, cikgu!

Cikgu: Saya tak mahu ada apa-apa gangguan.

Murid: (senyap)

Cikgu: Pandai!

Murid: Bodoh!

Cikgu: Tinggi!

Murid: Rendah!

Cikgu: Jauh!

Murid: Dekat!

Cikgu: Keadilan!

Murid: UMNO!

Cikgu: Salah!

Murid: Betul!

Cikgu: Bodoh!

Murid: Pandai!

Cikgu: Bukan!

Murid: Ya!

Cikgu: Oh Tuhan!

Murid: Oh hamba!

Cikgu: Dengar ini!

Murid: Dengar itu!

Cikgu: Diam!

Murid: Bising!

Cikgu: Itu bukan pertanyaan, bodoh!

Murid: Ini ialah jawapan, pandai!

Cikgu: Mati aku!

Murid: Hidup kami!

Cikgu: Rotan baru tau!

Murid: Akar lama tak tau!

Cikgu: Malas aku ajar kamu!

Murid: Rajin kami belajar cikgu!

Cikgu: Kamu gila!

Murid: Kami siuman!

Cikgu: Cukup! Cukup!

Murid: Kurang! Kurang!

Cikgu: Sudah! Sudah!

Murid: Belum! Belum!

Cikgu: Mengapa kamu semua bodoh sangat?

Murid: Sebab saya seorang pandai!

Cikgu: Oh! Melawan!

Murid: Oh! Mengalah!

Cikgu: Kurang ajar!

Murid: Cukup ajar!

Cikgu: Habis aku!

Murid: Kekal kami!

Cikgu: O.K. Pelajaran sudah habis!

Murid: K.O. Pelajaran belum bermula!

Cikgu: Sudah, bodoh!

Murid: Belum, pandai!

Cikgu: Saya kata UMNO salah!

Murid: Kami dengar KeADILan betul!

Cikgu: Bangang kamu ni!

Murid: Cerdik kami tu!

Cikgu: Rosak!

Murid: Baik!

Cikgu: Kamu semua ditahan tengah hari ini!

Murid: Dilepaskan tengah malam itu!

Cikgu: (Senyap dan membawa buku-bukunya keluar)


2 comments:

  1. aku ade satu soalan..
    murid2 tu da daftar mengundi blum??
    hahahahaa!!!

    ReplyDelete
  2. hahaa x tahu le pule~
    tp aku rasa murid2 tu advance la~ XD

    ReplyDelete