Kerana benci itu mematikan hati, aku tidak membenci.
Tetapi hatiku rasa rawan.
Kadang tak dapat aku melihat dengan pandangan sayang.
Kerana aku tidak tahu ke manakah ia menghilang.
Hidup diteruskan seperti biasa hanya kerana ianya harus biasa.
Aku seperti sudah malas untuk menegakkan pandangan, untuk menegur.
Kerana akhirnya, salah faham dan kesedihan yang akan menerpa.
Posisi aku tidak mengizinkan aku untuk menjadi terlalu lantang, terlalu lancang.
Kalau diikutkan, lidah aku mampu mengguris luka yang paling dalam.
Maka oleh sebab itu aku pilih untuk berdiam.
Takut kalau tersalah bicara mengundang sesalan.
Lainlah masa muda dulu, masa kecil dulu.
Bila tak puas hati sikit mesti lantang disuarakan.
Tak peduli perasaan orang, yang penting masalah yang difokuskan.
Tapi sekarang lain.
Entah kenapa.
Inikah kematangan?
Atau inikah kepura-puraan?
Atau inikah putus asa?
Atau inikah 'ignorance'?
Satu perkara yang aku tahu, inilah pilihan aku.
Untuk berdiam.
Walau kadang berdiam itu tidak akan mengubah apa-apa.
Tetapi itu juga kerana bersuara tidak akan mengubah apa-apa.
Bahkan menambah luka.
Oleh itu mengapa harus bicara?
No comments:
Post a Comment