Seronoknya bila dihargai :)
LOL, ayat sedih dari seorang yang jarang menghargai orang di sekelilingnya.
Well, aku cuma nak cakap, seronoknya bila dihargai. Rasa diri macam penting. One of my main problem in life is that, aku selalu rasa diri aku penting. Aku selalu rasa apa yang aku buat, apa yang aku cakap, regardless of how small it may seem, akan effect orang lain. Emotionally especially.
Kadang-kadang orang tu tak kisah pun. Alih-alih aku yang fikir sampai berapa hari tentang apa yang dah aku buat atau cakap. Worse come to worst, selepas dah berapa hari/minggu, aku akan tiba-tiba minta maaf tentang insiden basi yang buatkan orang tu rasa "huh? Amende? Yang mana? Bila? Oh itu, eh takde apalah, relax la."
Another main problem is, kita jarang dapat menghargai orang yang bersama kita 24/7. Siapa lagi kalau bukan keluarga kita? Mak, abang, kakak...dan ayah (bagi yang masih ada ayah). Cuba bayangkan situasi ni.
Abang: Nana jomlah teman banglong/bangah makan kat luar
Aku (atau kau, siapa pembaca tu bayangkan diri kau): Malaslah..
Bila kawan ajak;
Kawan: Eeeeee jom jom jom kita pergi makan kat blablablablabla
Aku (atau kau, siapa pembaca tu bayangkan diri kau): Katne??? Bila nak pegiiiiiii??? *mcm nak tumbuk diri sendiri kan?*
Kita selalu lebih jaga hati kawan. Kenapa? Automatik kan? Adakah sebab mereka orang yang tiada pertalian dengan kita, so kita kena jaga lebih?
Kita selalu take for granted orang-orang yang selalu ada untuk kita. Kita tahu, kalau kita tak layan mak/abang/kakak kita, diorang takkan tinggalkan kita. Diorang takkan hilang dari hidup kita. Kalau kawan, 2 kali kita tolak ajakan dia mungkin lepas tu kita akan kena pulau. Konon-konon jadilah kita ni si kera sumbang.
Tapi sebenar-benarnya keluarga yang akan paling sayang kita. Kalau kita meninggal, mereka yang akan buat tahlil untuk kita. Lepas tu, mereka yang akan bertahun-tahun mengingati masa-masa kita bersama mereka (walaupun kadang-kadang perangai kita macam haram, tapi diorang takkan ingat tu semua, diorang akan ingat masa-masa yang kita baik, sweet manja dengan diorang) Kalau kita sakit, mereka yang risau lebih (lagi-lagi mak, selalu fikir kenapa kita yang sakit, bukan dia). Lembut sangat hati mak ni kan? Takkan sanggup tengok kita dalam keadaan sakit/sedih walaupun sedikit.
Abang dan kakak, akan selalu nampak kita sebagai adik yang kecil, dan perlu dilindungi. Macam masa kita kecil dulu, pendek (err masih pendek), helpless, comel (konon). Tapi kita sendiri yang tak faham kenapa orang tak nampak yang kita ni dah besar, dah dewasa, bukan budak kecil lagi.
Cuba kita rasa balik. Cuba kita cari balik. Di sebalik perangai kita yang macam haram take for granted semua orang-orang yang sayang kita ni, jauh, sangat jauh di sudut hati kita sebenarnya ada rasa sayang yang terlalu kuat. Cuba kita gali hati kita, cuba kita buang habuk-habuk yang menutupi bahagian itu. Cuba kita rasa balik masa-masa yang dalam dunia ni tak ada orang lain di sekeliling kita melainkan mereka. Cuba kita pejam mata kita dan rasakan semua kasih sayang yang mereka serapkan pada diri kita. Cuba kita hargai mereka, cuba kita sayang mereka, cuba kita bersyukur kepada Allah kerana mengurniakan mereka buat diri kita yang kerdil lagi hina ni. Jika Allah tidak mengurniakan mereka kepada kita, kita keseorangan di muka bumi ni.
Cakap tentang keseorangan, sebab bersendirian terlalu perit mungkin, sebab itu kita harus menjaga dan berlembut dengan anak yatim. Kerana keseorangan itu sedih, keseorangan itu sakit, tak mudah untuk jiwa yang belum matang menerima hakikat diri yang keseorangan.Kalau dah baligh, lainlah.
Cuba kita fikir balik, adakah kita bersedia untuk kehilangan keluarga yang kita sayang? Kita takkan pernah bersedia kan? *apalah soalan bodoh aku tanya ni*
Apakah hadiah paling berharga buat mereka yang menyayangi kita dan mereka yang kita sayang?
-Doa
-Perkataan lembut tanpa perlian
-Senyuman
No comments:
Post a Comment