Sunday, 28 October 2012

Rasa

Kadang-kadang rasa kasihan. Tak ada sesiapa yang pernah terbayangkan hidupnya akan menjadi hancur. Tiada siapa pernah tahu bahawa dirinya satu hari nanti menjadi gelandangan. Tiada siapa pernah sangka yang tiba-tiba, diri kehilangan arah. Tiba-tiba diri terumbang ambing dalam meniti hari-hari mendatang. Adakah sinar matahari setiap pagi itu memberi semangat baru? Adakah malam-malam mendatang disertai harapan dan impian indah? Susahnya nak menjangka. Kerana diri tidak pernah berada dalam kasut mereka.

Setiap pagi, bangun dan bersiap, malam sebelumnya dah fikir nak pakai baju apa, tudung apa. Bila turun ke dapur, ibu telah menyediakan sarapan. Kalau tak sempat makan pun, mesti ada ole-ole bekal yang boleh dibawa. Kalau tak ada, mesti ada sedikit wang untuk membeli makanan. Ibu hantar menaiki kenderaan awam LRT, dengan menjinjing sebuah beg berisi komputer riba, dan sebuah beg lagi disandang di bahu, aku berjalan gaya laju seperti biasa. Kasut, selalunya mahu yang tumit tinggi. Tak mahu nampak rendah, tak cantiklah konon.

Tiba di stesen destinasi, jalan terus ke arah yang ingin dituju. Tak pandang kiri kanan. Semua pun macam itu. Masing-masing terlalu sibuk untuk menoleh kepala. Mahu cepat sampai ke pejabat, mungkin itu yang bermain dalam kepala setiap manusia ketika itu. Melalui kiosk, melalui jambatan yang bercabang, sebelah kiri ke Stesyen Keretapi Tanah Melayu dan sebelah kanan ke Pejabat Pos dan Bangunan Dayabumi. Berjalan lagi, terus berjalan, sehingga ketemui mereka yang ... ...

bersambung....

No comments:

Post a Comment