Tadi siang mama hantar bangah ke tempat kerja. Oh ya, hari ini aku cuti. Ambil cuti ganti setelah kerja hari sabtu ahad beberapa kali. Waktu balik, singgah kampung baru, beli karipap dan lontong. Dalam perjalanan tu adalah keluar lagu Raihan - Haji Menuju Allah di radio.
Seriously, lagu-lagu nasyid kumpulan Raihan yang dapat membuatkan air mata menitis. Tak payah lagu cinta Islamik, lirik bunga-bunga bahasa, melodi macam-macam. Cukup simple, cukup jelas apa yang nak disampaikan, cukup untuk terus menusuk ke jiwa.
Syabas Raihan, satu-satunya kumpulan nasyid kegemaran hamba. Syabas kerana dapat buat lagu-lagu Islamik yang membawa keinsafan, mengajak manusia melihat kecantikan Islam.
Subhanallah...dengar 25 Rasul pun boleh nangis memikirkan bagaimana mereka tampil dengan sebuah lagu ringkas, melodi ringkas dan sampai sekarang budak-budak belajar mengingati nama rasul-rasul berpandukan lagu itu. Betapa ilmu bermanfaat yang diajar kepada umat manusia itu pasti akan menjadi saham hebat di akhirat kelak.
Semoga Allah merahmati mereka. Amin.
No comments:
Post a Comment