...duduk beralas suratkhabar di tepian jambatan. Ada satu bekas plastik yang digunakan untuk menggalakkan umat manusia yang lalu lalang untuk menderma. Tentu macam-macam yang bermain dalam fikiran kita. Rasa macam nak derma, tapi tak mahu menggalakkan. Rasa macam nak derma tetapi mahu dia berusaha untuk hidup. Rasa macam nak derma, tapi...entahlah. Kadang-kadang kita derma juga. Kerana naluri dan hati manusia tidak keras seperti batu. Walau sekeras batu setiap hari ditimpa sungai kan berlekuk jua.
Pernah sekali, atau dua kali, seorang daripada mereka membaca suratkhabar. Hati ini berbisik 'ini pasti bukan calang-calang orang'...kerana orang yang tidak berusaha ataupun malas tidak mungkin mahu membaca. Kita sendiri tidak mengetahui kisah hidup di sebaliknya. Mungkin dia pernah menjadi tokoh perniagaan tetapi tersungkur di pertengahan jalan. Mungkin dia pernah begitu berusaha tetapi tiba-tiba ditimpa duga sehingga putus asa. Mungkin dia pernah mempunyai segala-galanya yang musnah dalam sekelip mata. Terlalu banyak kemungkinan.
Walaubagaimanapun, inilah kehidupan dunia. Dengan adanya mereka pasti dapat meningkatkan syukur kita. Setiap hari kita melihat cahaya matahari dari tingkap sambil punggung beralas tilam empuk. Dapat melihat bulan pada malam hari dan meni'mati angin dingin sambil berselimut. Mempunyai bumbung di atas kepala ketika hujan dan taufan. Mempunyai keluarga untuk meluah sayang dan mendapat cinta. Ucaplah 'alhamdulillah' terhadap rahmatNya buat kita.
Alhamdulillah...terima kasih Ya Allah...
-TAMAT-
No comments:
Post a Comment