Jiwa, bila bertemu gejolak rasa gamaknya sentiasa berdetak tidak diduga. Bila tenang tidak bergema sunyi hampa menggigit meronta. Tidakkah jadinya orang gila? Bolehkah aku melangkah jika tiada jalan yang terarah? Adakah bentangan permaidani menjadi hamparan buat kaki menerjah walau tidak mewah tetapi penuh madah nan indah? Apakah madah yang aku mahu bukan kenyataan sekeras batu tetapi boleh menjadi semanis madu?
Ok. Idea dah habis sampai situ XD
Aku harap next week akan jadi baik-baik saja.
Em, bukan apa, tapi aku masih kekok gila dengan office mate, lagi-lagi yang perempuan.
Aku pun tak tahu kenapa kawan-kawan perempuan UiTM boleh friendly gila dan bercakap-cakap macam biasa dengan aku walaupun mungkin baru pertama kali jumpa. Tapi yang situasi aku sekarang? Memang seratus peratus lainlah.
Tipulah kalau nak kata aku cool dan tak terasa walau sedikit pun. Ada la terasa sikit tapi sebab aku budak baru kan, nak complain apa? Baru 3 hari kat office. Cuma kalau diri aku sebagai staf lama dan ada budak baru masuk, rasanya kalau aku tak suka macam mana pun aku takkan buat obvious sangat kot. Hahaha.
Nasib baiklah aku seorang saja masscomm broadcast punya budak kat department tu. Kira macam aku concentrate dengan kerja aku saja, dan dengan editor dan producer aku. But still aku rasa ralat sikitlah. Nanti next week nak berkenalan dengan lebih lagilah.
Memang macam lumrah alam yang staf lelaki kebanyakannya peramah dan jenis tegur orang, try masukkan kita sekali. It's good lah, tak la rasa outcast sangat. Aku yang agak shocked sikit dah boleh bertegur ngan Abg H, ngan sorang mata kecik yang friendly dan berjaya tolong carikan ruler kat Microsoft Word aku (tak tahu nama LOL) ngan Abg A yang ala-ala garang, ngan Abg yang tegur aku terbang naik bukit hari tu kahkah XD
Mesti pelik kan? Well, actually cerita dia macam ni. Pagi tu aku memang jalan kaki nak naik bukit yang selalu kereta staf masuk tu. Tiba-tiba aku dengar bunyi hon, sekali pandang rupanya senior aku yang kerja tempat sama tapi department lain. Dia panggil aku masuk kereta. Aku pun teruslah tumpang sampai atas, rezeki dah datang~
Bila sampai depan lif, abang tak tahu nama ni pun baru sampai belakang aku, tunggu lif sekali.
Abg tak tahu nama: Eh, tadi abang nampak engkau jalan kaki naik bukit, sekali dah sampai. Kau terbang ke apa ni? Cepatnya sampai sini.
Aku: Hehe...ha'aa terbang tadi.
Aku dengan loyar buruk aku. Hm baguslah tu. Bawak attitude menyampah tu kat tempat baru. Lagipun, takpe, kat sini takde hati sesiapa yang perlu aku jaga melainkan hati aku sendiri :)
No comments:
Post a Comment