Tuesday, 11 September 2012

Interview

Hari ini pergi interview lagi. Di Karangkraf. Kali ini aku menjawab soalan-soalan dengan lebih jujur dari interview yang lepas lepas. Aku dah tak mahu impress orang dengan benda yang tidak tidak. Cuma akal aku selalu tidak berfungsi cepat untuk memberi respon yang tepat. Jadinya bila dah balik rumah baru muncul ayat-ayat power dalam kepala.

Selalu kalau pergi interview syarikat media ni, mesti dia akan tanya kita sanggup kerja lewatkah? Sanggup kerja lebih masakah? Sanggup kerja shiftkah? Sanggup stay back Sabtu Ahadkah? Sanggup duduk kat pejabat sampai pagi untuk siapkan projectkah? Antara keluarga dan kerja lebih mementingkan yang manakah? Sanggup buat semua kerjakah? Sanggup masuk hutan dengan pacatkah?

Itulah antara soalan-soalan penguji minda dan kegentaran engkau. Kalau engkau macam tengah eksaited gila cari kerja, baru pergi 2-3 interview, kau pasti akan jawab "YA" untuk semua soalan kat atas tadi. (Ya betul aku tak tipu sebab aku pun dah banyak kali bagi jawapan bodoh macam tu tanpa banyak fikir). Akhirnya bila kau dapat kerja tu, terketar engkau fikir apa yang bakal ditujah atas bahu engkau. Engkau dah bagi impression engkau ni superman superwoman fantastic gila kan?

Pada hemat akulah, semua ni ialah soalan trap. Tak mungkin interviewer terlalu cetek untuk percaya janji manis kita. Tapi dia tetap ambil kita sebab janji manis yang kita taburkan, lepas tu bila dia bagi kerja macam nak rak dan kita tak tahan, kita pun cabut diri tak muncul-muncul lagi. Dan seterusnya proses interview lagi dan soalan sama lagi, jawapan sama lagi dan situasi sama berulang. It's a reciprocal process gitu.

Kalaulah ada sesi interview lain kali, dan soalan sebegitu keluar, aku nak cuba jawapan ini pula. Jawapan jujur dari hati tetapi pada masa sama meyakinkan mereka atas potensi kita. Pembaca blog kalau nak jadikan panduan pun boleh, tapi tak ada jaminan akan berjaya diambil bekerja tau

"Saya tak boleh menjanjikan bulan dan matahari. Encik/Puan pun tahu yang sesiapa sahaja boleh mengaku mereka pasti boleh buat semua perkara yang Encik/Puan katakan tadi. Tapi apa yang berlaku selepas tu Encik/Puan lebih mengetahui. Apa pun, saya berani katakan saya akan melakukan yang terbaik dalam setiap tugasan saya, dan saya akan memberikan yang terbaik semampunya. 

Rasa-rasanya berani tak cuba balas macam itu dalam interview? Cubalah. Mana tahu berkesan, boleh bilang pada hamba :)

p/s: doakan kejayaan dan keharmonian penulis dengan tanggungjawab baru yang bakal digalas (-_^)

No comments:

Post a Comment