Sunday, 12 August 2012

Mera Naam Joker


Em, cerita ni memang dah lama gila tak pasang. Dan aku tiba-tiba nak tulis ni bukanlah atas kecelaruan yang tiba-tiba menerjah otak. Ada kronologinya yang akhir sekali membawa aku kepada Mera Naam Joker ni.

KRONOLOGI PEMIKIRAN DALAM OTAK~

1.) Aku menonton cerita Amar, Akbar, Anthony di TV3 jam 2 petang semalam (11 Ogos 2012). Yang aku tahu si Anthony ialah Amitabh Bachchan, Amar tu memang aku tak tahu siapa dan Akbar ialah salah seorang Kapoor, tapi lupalah pula aku dia itu Kapoor yang mana. Maklumlah muka pun tak cam, Kapoor lama yang aku cam cuma Raj Kapoor seorang~


2.) Selesai menonton, aku pun Google cerita itu, nak juga tahu si Akbar dilakonkan oleh siapa Kapoor. Rupa-rupanya dia ialah Rishi Kapoor! Selama ni aku tahu Rishi Kapoor berlakon cerita Bobby dan Raju Chacha sahaja. *dush*

ya, aku memang tak cam. Inilah Rishi Kapoor itu~ (scene filem Amar, Akbar, Anthony)
3.) Teruja, aku pun terus click link nama Rishi Kapoor di Wikipedia itu dan keluarlah Wikipedia Rishi Kapoor. Rupa-rupanya baru aku tahu Rishi Kapoor ialah anak Raj Kapoor! Dan Ranbir Kapoor ialah anak Rishi Kapoor! (Ranbir Kapoor ialah si 'handsome' zaman sekarang)

Ranbir Kapoor
4.) Kemudian aku click pula link nama Raj Kapoor kerana dia seoranglah hero lama Bollywood yang memang aku kagum sangat-sangat setelah menonton cerita-cerita lakonannya seperti Sangam dan Mera Naam Joker. Yang lagi buat aku kagum ialah rupa-rupanya Raj Kapoor juga mengarah dan menerbitkan kedua-dua filem tersebut! Dia juga merupakan pengarah dan penerbit cerita Bobby lakonan anaknya Rishi Kapoor.

5.) Setelah aku menelan semua info yang baru aku jumpa tu, aku pun teringatkanlah cerita Mera Naam Joker. Cerita sedih. Bisa bikin nangis dong.

Maka begitulah kronologinya kenapa aku tiba-tiba nak blog pasal ni. Eh macam lah korang kisah pun kan? *dush* Haha whatever.

Dah lama gila cerita Mera Naam Joker ni tak keluar TV. Dulu aku ingat lagu cerita ni. Sekarang lagi ingat lagu 'Dhost dhost na raha' cerita Sangam. Isk isk...TV2 atau TV3 please tayang cerita Mera Naam Joker ni. Nak nangis-nangis lagi sambil menonton. Sobssss. Siapa lupa boleh baca sikit sinopsis kat sini

Aku nak cerita pun panjang gila. Tapi aku yakin korang semua tahu cerita ni. Lakonan Raj Kapoor memang superb. Lagunya pun superb. Superbly sedih. Comedic at the same time. Bak kata kak aku, satu cerita tu akan betul-betul sedih bila ianya gabungan komedi dan melankoli. How can he be so smart making stories like that? Sedikit gambar-gambar ya.





Kalau kat Malaysia ni kira yang dapat buat cerita komedi pada masa sama dapat memeras kesedihan dari cerita komedinya ialah tak lain tak bukan Mr OS. Atau nama sebenarnya Mohd Yusof Abdul Hamid. Siapa tak ingat cerita Hero dan Adik boleh pergi cari dan tonton sekarang :) Confirm keluaq ayaq mata.

No comments:

Post a Comment