Bukan cuba untuk menyembunyikan tapi cuba untuk menjadikan diri kuat.
Cuba menerima takdir, belajar untuk menetapkan aksi dan reaksi pada masa hadapan.
Kalau nak sedih pun, buat apa?
Kenapa mesti bersedih jika orang yang ingin digembirakan sudah gembira? :)
Terima kasih 'awak', kerana dah gembirakan dia.
Dulu saya ada terfikir untuk membahagiakan dirinya.
Tapi saya tak pandai dan pantas mengambil hati.
Langkah saya perlahan, walau saya sedar masa tidak pernah menunggu kita.
Awak, jaga 'dia' baik-baik.
Jangan pernah lukakan hati dia,
Setia pada dia,
Sayangi dia,
Selalu ada untuk dia,
Prihatin pada dia,
Senyum pada dia,
Layankan dia,
Jangan pernah tinggalkan dia,
Jagakan dia...untuk saya.
Kalau ada apa-apa masalah, jangan cepat mengambil jalan pintas.
Dia terlalu 'fragile', terlalu 'precious', terlalu 'special'.
Dia 'one of a kind'
Semoga 'awak' dan 'dia' bahagia dan kekal selamanya sampai syurga :')
No comments:
Post a Comment