Tuesday, 14 August 2012

Mahu yang sempurna saja...

Orang kata kita carilah yang soleh dan solehah untuk menjadi jodoh kita.
Tapi seberapa soleh dan solehahkah diri kita ini?

Kita inginkan lelaki yang dapat mengimamkan solat kita.
Tapi mampukah kita sendiri kalau nak mengajar anaknya nanti mengaji Al-Qur'an?
Kita inginkan lelaki yang kaya, banyak duit boleh provide harta kereta rumah dan sebagainya.
Tapi seberapa bagus kita untuk melengkapi hidup dia tanpa membeban diri dia yang dah susah payah kumpul harta untuk kita tu?
Kita inginkan lelaki yang solat penuh 5 waktu, memang impian setiap wanita. Kalau tak bangun Subuh tu, kira 'reject'lah konon.
Tapi seberapa kerap kita sendiri bangun pagi solat Subuh 'on time'? Atau sedar pukul 9 pastu qadha' dan kadang-kadang tak qadha' pun.
Kita inginkan lelaki sempurna, penyayang, penyabar, romantik, suka senyum, layan kerenah kita tanpa jemu.
Tapi kita sendiri suruh mereka terima semua keburukan diri kita, terima semua kekurangan kita. Kita lupakah yang dia itupun ada penuh dengan kekurangan macam kita ni? 

So, dia sahaja yang kena terima semua? Kita tak payah?

Come on sayang, kita nak kahwin ni, dengan manusia. Lelaki-lelaki itu semua bukan malaikat yang sempurna. 

Kenapa tak kita cari orang yang boleh sama-sama perbaiki diri dengan kita?
Sama-sama mencari jalan ke syurga?
Mungkin perkahwinan kita tak sempurna bak serambi Makkah yang kita harapkan.
Tapi kaji diri kita dulu, tengok lompong dan kekurangan diri.
Kalau masih tak sempurna, dan ingin memperbaiki diri, pastilah si dia itupun yang ingin memperbaiki diri juga.
Rasanya kalau macam itu pun boleh bahagia kan?
Belajar mengaji sama-sama, pergi masjid berjemaah, dia di bahagian lelaki, kita di bahagian perempuan, solat mengikut imam. Baca buku-buku ilmiah, pergi ke majlis ilmu yakni taman-taman syurga, kalau tak kerap pun, sebulan 2 kali jadilah.
Macam itu pun bahagia kan? Saling bersama perbaiki diri.
Kita tebas lalang nan tinggi, dalam mencari redha Ilahi. :)

*Nota Tambahan* Entri ini untuk diri aku juga yang selama ni cuma sibuk nak mencari orang bagus serba serbi, tapi diri sendiri haru biru. Dan yang banyak sangat share kat Facebook pasal kesempurnaan tu semua. Aku tahu, ia impian semua orang, tapi entri aku ni sengaja nak mengejutkan kita semua dari mimpi kita dan mula berpijak di bumi nyata. :)

No comments:

Post a Comment