Sunday, 5 August 2012

Apa Artinya Cinta

Petang tadi TV3 siarkan filem Indonesia Apa Artinya Cinta dengan teraju utama Shandy Aulia dan Samuel Rizal. Sebelum berlakon dalam filem ni diorang dah pernah berlakon sebagai pasangan dalam filem Eiffel, I'm In Love yang di-release pada tahun 2004. Ok, tanpa membuang masa, aku nak sambung apa yang nak sangat aku tulis pasal Apa Artinya Cinta ni.



3 tiga suku bintang aku kasi filem ni. Sebab nilai-nilai romantik dia yang memang tak boleh nak disangkal. Cerita ni awal-awal aku tengok ialah mak kepada Aliza (Aliza watak dilakonkan oleh Shandy Aulia) suruh Aliza bertegur sapa dengan anak jiran depan rumah diorang yang baru balik dari Amerika. So diorang pun pergi jamuan kat rumah jiran ni. Mak-mak mereka dah tinggalkan anak-anak diorang untuk berbual. Dara (lakonan Samuel Rizal) merupakan anak jiran tu. Aliza rasa kekok gila sebab Dara ni tak cakap apa-apa langsung. Aliza memulakan perbualan berharap dorang dapat jadi kawan dan berborak lebih rancak tapi end up si Dara ni semua jawab sepatah je dan tak tanya balik apa-apa langsung. Kebosanan, Aliza pulang ke rumah dan mulalah nampak Dara ni mesra dengan seorang lelaki. Dia sangka Dara ni gay.

Untuk tau samada firasat dia betul atau tak, Aliza dan kawannya pura-pura nak pinjam printer kat rumah Dara sebab sebenarnya diorang nak tengok dalam bilik tidur Dara tu ada apa-apa klu yang menunjukkan dia gay atau tak. Tak jumpa apa-apa bukti, lepas tu si Dara ni tanya pasal abang Aliza, dan dia kata mau keluar sama? So Aliza ingatkan dia ajak date, rupanya dia kata nak keluar dengan abang Aliza. Malu bukan main, dah siap salin baju lawa. Dah lah Shandy Aulia ni comel kan, hiks.

Setelah occasion lain dan beberapa babak yang pada aku kurang menarik, si Dara ni pun ajaklah Aliza keluar. Itu pun setelah Aliza macam dah malas nak layan dia lagi. Kemudian sepanjang filem ni kita dapat lihat cara gentleman si Dara ni sampai dia luah perasaan pada Aliza. Pada akulah, memang every girl's dream ok kalau ada lelaki macam ni. Jom kita tengok kualiti-kualitinya~

1# Si lelaki pemalu
- Kebanyakan gadis suka lelaki pemalu (pada hemat akulah). Sebab sifat pemalu ni semacam bagi rasa yang selamat pada gadis. Lelaki ni mungkin bukan player, mungkin akan setia, mungkin tak pernah bercinta, mungkin sangat romantis sebab jarang keluar perkara-perkara buruk dari dirinya. Dia terlalu pemalu! Dalam cerita ni Dara adalah lelaki yang sangat pemalu, nak ajak keluar pun takut-takut, nak bukakan pintu kereta untuk perempuan tu pun macam hesitate sikit. So macam sweet. Nak luahkan perasaan pun praktis kat depan abang sendiri, kurang keyakinan diri, tak ambil kesempatan pada Aliza walaupun hantar dia pada waktu malam. Baik, thumbs up sangat.

2# Lagu istimewa
- Setiap kali Aliza naik kereta dia, mesti dia pasang lagu Apa Artinya Cinta. Ok ye aku tahulah itu sebab tajuk filem ni tapi cuba bayangkan kalau dalam situasi sebenar. Pasang lagu itu sebagai hint bahawa dia menyukai perempuan itu. Pastu nak cakap dan pandang mata pun dah malu-malu. Sebab satu lagu tu duduk dalam kereta sama-sama pun jadi lebih bermakna. Oh my, cheesy sungguh~ Oh ye, dan akhirnya dia menghadiahkan CD lagu tu pada Aliza. Nampak sangat nak mengatakan itu lagu mereka. *faint*

3# Perhatian pada perkara-perkara kecil
- Perempuan suka sangat kalau dia tiba-tiba dapat benda yang memang dia suka tanpa dia beritahu. Kadang-kadang dia tak pernah cakap pun tapi lelaki tu tahu. Macam mana tu? Mestilah sebab dia sudah observe dan meneliti kegemaran dan kebiasaan gadis idaman dia. Dalam scene filem ni, pada ulangtahun Aliza, Dara masakkan dia mi yang nampak cam biasa je. Aliza terkejut dan tanya, Dara kata Aliza juga pernah cakap pasal ulangtahun dia nak mi macam ni je (aku tak dapat tangkap sangat apa dia cakap secara tepat lagipun tak ada subtitle dengan bahasa Indonesia dia yang kurang jelas). The dialog dia camni.

Em...dengar dan tengoklah sendiri. Serious, romantik gila. Klik sini

Hihi. Aku nak share benda ni pun segan. Kalau terjumpa boleh baca dan tengoklah ya. Haha~

Enjoy this video~


No comments:

Post a Comment