Monday, 6 August 2012

Menghargai takdir kita :)

"Kadang-kadang benda yang kita nak sangat-sangat tu tak semestinya baik untuk kita."

Ayat itu pernah terbukti dalam satu fasa hidup aku. Dulu aku pernah menyertai program orientasi universiti, sebagai pembantu mahasiswa yang menyambut pelajar-pelajar baru. Aku pernah terdengar, siapa masuk jadi PM ni, confirm dapat kolej untuk semester hadapan. Waktu tu aku berada dalam penghujung semester 2, memang permohonan kolej aku gagal. Maka aku ingat ini memang peluang baik untuk dapat menduduki kolej. 

Bila keluar borang untuk rayuan, waktu ni masih dalam minggu orientasi tu lagi. Aku pun sibuklah terus pergi ambil borang dan buat rayuanlah. Semua PM lain yang juga tak dapat kolej langsung tak beritahu aku bahawa tak payah nak sibuk-sibuk buat rayuan, bilik akan confirm diberi bila habis nanti. Selepas sehari, nama aku naik kat notice board, berjaya rayuan. Aku pun happy gila.

Tapi yang tak bestnya, bila naik sem, semua PM lain dapat bilik tingkat 00, iaitu tingkat bawah sekali. Aku dapat tingkat 04! Aku pun hangin kenapa aku tercampak jauh walhal aku pun salah seorang PM. Pergi naik turun pejabat nak jelaskan kat makcik tu tapi siapa pernah tinggal Melati tahulah kan makcik dia kadang stuck up gila dan cakap tak serupa bikin. Aku time tu macam serious tak boleh nak terima apasal aku dapat tinggal tingkat tinggi sangat, ni tak adil~

Rupa-rupanya sebab aku dah buat rayuan awal-awal. Yang depa semua tu dok tunggu untuk bagi nama pada MPP untuk uruskan. Oh...patutlah...baru aku paham, tapi still aku rasa tak adil bila macam tu. Haha...

Mujur ada Mama cuba sabarkan aku bila dah nangis-nangis tak dapat nak settle + kena herdik dan hina tak tentu pasal dengan makcik Melati. Mama kata 

"Sabar na, kau terima sajalah bilik yang dah ditetapkan tu. Mungkin itu yang terbaik untuk kau, siapa tau. Kadang-kadang yang kita tak dapat tu mungkin memang bukan untuk kita. Kalau kita nak paksa-paksa pun kita mungkin dapat tapi end up tak happy. Yang dah ditetapkan ni, kalau kita terima dengan sabar dan redha, insyaAllah Allah akan tolong kita hadapi apa pun dugaan yang bakal tiba. Jangan sedih lagi, terima je :)"

Maka aku pun cuba...cuba tarik napas dalam-dalam dan cuba untuk nak terima ketidakadilan ni (masih rasa tak adil tu, isk2). Aku pun bawa beg segala bagai menuju ke bilik tingkat 4 yang dan ditetapkan tu. Naik tangga tak sudah-sudah, akhirnya sampai. Itu bilik berempat, masa aku masuk, dah ada seorang penghuni sedang bermain laptop atas katil dia. Lagi seorang pun dah masuk tapi tak ada di bilik. Aku menyapa yang ada tu, mula-mula macam rasa ralat dan tak biasa, nampak dia macam sombong, gaya cakap melayu pun ada slang mat saleh sikit. Tapi tak kisahlah, macam itulah kalau nak duduk kolej, setiap semester kita akan sebilik dengan kawan-kawan baru yang pelbagai ragam. Bila lagi seorang tu masuk, dia pun macam kelam kabut dengan benda dia je, tegur pun macam sapa tak sapa gitu. Tak apalah, ini baru permulaan kan. Yang lagi sornag tak masuk lagi. Jadilah kami bertiga dalam bilik tu.

Tapi pandangan pertama kan, pertemuan pertama kadang-kadang sungguh menipu. Tak sampai berapa lama kami jadi mesra. Bila seorang tak ada rasa sunyi. Kira kitorang ni kalau nak cakap topik apa pun cakaplah. Oh ya kebetulan sebab semuanya geng single so tak ada yang terlebih occupied dengan pakwe ke apa. Berbual, bergurau, makan sama, buka puasa sama, tengok tv sama bila cerita Asmara hari Selasa malam. Tinggalkan lauk bila aku balik lewat buat assignment Radio Broadcasting kat Studio Radio fakulti, hewhew rindunyaaaaa. 

Walaupun bila masuk sem seterusnya kitorang tidaklah lepak-lepak sama atau plan buat twtup ke apa, bila terserempak kemesraan tu masih ada. Sekurang-kurangnya, kita ada kenangan dan masa-masa yang sangat best semasa jadi rakan sebilik dulu. 

Bersyukur sangat...bilik yang aku benci dan tak mahu menjadi benda paling best bagi diri aku. Bila terserempak balik kawan-kawan PM yang selesa menetap di tingkat bawah, tak perlu panjat tangga tinggi setiap hari, kadang terdengar keluhan mereka *laki banyak lalu kat bawah ni, susah nak pergi toilet* dan kadang bila hujan banjir teruk depan pintu, kucing berkeliaran dan najis mereka 'harum' semerbak. Aku rasa bersyukur sangat, bilik aku di tingkat atas sekali itu tidak berdepan dengan masalah begitu langsung. Alhamdulillah...

Moral of the Story:
Kalau ada benda tu, kita dah fight dan still tak dapat jugak, jangan gedik-gedik nak jugak sampai sanggup buat perkara-perkara tak sepatutnya (bayar undertable ke apa-apa yang haram dan menutup peluang orang lain). Terimalah yang kita dah dapat tu, mungkin itu yang terbaik untuk diri kita, mungkin awalnya kita tak berapa gembira tapi lama-lama insyaAllah kalau kita percaya dan stay positive, semuanya akan menjadi baik dan lebih membahagiakan lagi :). Umpama mutiara di dalam tiram, tiram bersalut selut yang kotor. Kalau kita sibuk nak mengangkut karang yang kelihatan cantik dan lembut di dalam laut, bila naik ke darat ianya keras dan tidak bermaya lagi. Tetapi tiram berselut lagi kotor, mungkin kita menyampah nak ambil tapi itulah yang mengandungi mutiara yang indah :)




No comments:

Post a Comment