Aku yang menjauh, aku yang meninggalkan, aku yang mengunci diri, aku yang menyimpan, aku yang sukar memaafi, aku yang kurang....menghargai???
Ya, boleh jadi. Cikgu terlalu baik pada kami, dan pada aku, terlalu baik. Sehingga berani aku katakan terlalu baik berbanding sesetengah saudara yang berpertalian darah. Terlalu baik.
Cuma manusia itu kan takkan pernah dapat menjadi sempurna. Kesilapan yang cikgu lakukan kulihat seperti gunung beratus tan. Memang agak serius pada asasnya tetapi jika hendak dihitung dengan neraca tahap kebaikan cikgu kepada aku dan juga kesilapannya sekali itu, rasanya neraca itu akan berat menyembah tanah pada bahagian kebaikannya
Aku tahu cikgu berasa bersalah, aku juga begitu. Tetapi kerana keegoan tinggi apabila berada di pihak yang benar, aku membisu. Aku terlalu bersimpati kepada diri. Padahal itu kesilapan sayang, kesilapan! Aku juga pernah melakukan kesilapan. Malahan semua umat manusia juga. Haruskah aku terus menghukum cikgu dan diriku sendiri?
Tapi tak tahulah apa yang akan aku buat sekarang. Cuma...bila aku rindu, terlalu rindu seperti hari ini, aku melihat kembali kenangan itu. Kenangan kami. Kenangan aku. Aku rindu, sejujurnya, rindu kamu semua, dan juga cikgu. Maafkan aku...kerana telah membuat kita terlalu jauh, dan sukar mendekat kembali. Semoga berbahagialah kamu semua dan sentiasa hidup dalam keberkatan dariNya...
![]() |
masa bahagia...rindu gila...team Gamelan Konvokesyen ke-73 UiTM |
![]() |
masih mampu tersenyum. terakhir ku bersama kamu :') |
No comments:
Post a Comment