Semakin kita tidak berkata, semakin banyak cerita tentang kita.
Kadang-kadang hidup ini rumit. Tetapi itulah hakikat yang lazim.
Semakin kita menyimpan, semakin banyak yang terurai.
Semakin kita sayang, semakin kita dekat kepada menyakiti.
Semakin kita ingin, semakin hancur budi pekerti.
Semakin kita cinta, semakin hilang pertimbangan tara.
Kenapa?
Persoalan yang takkan ada jawapannya.
Tak bolehkah kita menerima yang cinta itu tidak bererti memiliki?
Memiliki itu tidak bererti selamanya pasti.
Jika aku ingin membuat engkau gembira, dan aku yakin engkau akan gembira jika bersama aku, aku memang telah melakukan silap yang nyata. Kerana itu bererti aku akan memaksa engkau sedangkan mungkin ada orang lain yang dengan sendirinya telah membuatkan hati engkau bahagia. Aku tidak boleh memaksa, aku hanya mampu melihat engkau dari kejauhan. Jika aku benar-benar ingin kebahagiaan engkau, aku sepatutnya berdoa agar engkau dikurniakan dia yang engkau sayang, yang engkau ingin dan yang engkau cinta, bukannya aku yang cuma satu fasa pendek dalam hidup engkau. Aku terima dan aku redha, bukan kerana aku tidak mencintai engkau, malahan aku amat-amat inginkan engkau kerana aku fikir aku akan boleh membuat engkau bahagia. Tetapi keinginan aku tidak bererti aku harus memaksa engkau bersama aku. Aku pernah terbaca pantun ini:
Indah bunga bakawali,
Diusik, dipetik jangan.
Hati loba merangkuli,
Hati kasih melepaskan.
Dan kerana aku seorang perempuan, perasaan hati aku hanya perlu terzahir kepada yang halal bagi aku. Aku tidak berminat untuk bermain cinta tanpa apa-apa ikatan dan tanpa restu orang tua. Aku doakan engkau bahagia. Dan aku percaya ada orang lain yang boleh aku bahagiakan dan membuat aku bahagia.
(nampak sangat poyo macam novel ke madah berhelah. sebenarnya yang paling penting bila kita jadi kita punya true self, means kena berkawan dulu dan kenal tanpa sebarang intention cinta. nampak baik buruk semua barulah real)
No comments:
Post a Comment