credit to KakiWayang |
Itu tajuk filem. Arahan Pierre Andre. Aku pergi menonton tadi. Angkut teman baik aku Ety. Huhu, thanks kawan. Firasat aku mengatakan panggung tu akan jadi kitorang punya. Which means takde orang lain lagi. Dan itu memang betul. Cuma untuk sepuluh minit pertama. Kemudian ada 2 orang makcik dan satu pasangan muda. Jadinya berenam kami menonton cerita ini.
Cerita Melayu, kalau bukan komedi slapstik yang kadang sampai nak muntah tengok, mesti tak mendapat sambutan. Tapi tak apalah, aku pun memang sukakan suasana yang aman tenang macam ni.
Aku perlu akui yang cerita ini agak slow, lebih-lebih lagi pada bahagian awalnya di mana Mia asyik teringatkan kisah sedih dia bersama arwah tunangnya. Ada beberapa bahagian yang mengganggu fikiran aku yang kadangkala ultra-modest, seperti babak mereka bergelak ketawa bersama dan tiba-tiba getaran melanda dan mereka menghampirkan muka seperti ingin bercium gaya mat saleh. Aku tak boleh terima sebab...ada banyak lagi cara lain untuk tunjukkan romantik. Bukan bercium sahaja. Untuk cerita mat saleh aku rasa bercium itu ringan, tetapi maaf, untuk cerita Melayu aku lebih prefer adegan yang subtle, yang halus, romantika yang tidak disogok dengan perlakuan explicit begitu. Mungkin lebih menarik kalau mata yang difokus, mata yang berkata, mungkin aku lebih tergetar.
Aku juga kurang sukalah dengan pemakaian Mia, terlalu banyak mendedahkan bahu. Cuma tidaklah aku benci sehingga memaki-maki. Aku rasakan kalau mendedah bahu itu sudah terlalu banyak, kerana aku sendiri boleh rasa *wao seksinya* kalau nampak bahu perempuan, apa lagi kalau ditonton lelaki. Tapi mungkinlah cerita ini ingin menunjukkan personalitinya yang manja dan selalu memakai gaun bertali yang comel.
Watak Izlan, disampaikan dengan bersahaja. Aku akan kagum gila kalau benar wujud lelaki macam ni. *walaupun awalnya tunjuk macam Izlan ni pengotor gila siap korek-korek hidung dan bau-bau ketiak aduhaiii*. Rupanya dalam cerita tu pun Izlan ni tak wujud, cuma imaginasi Mia sahaja. Mungkin sebab tu dia perfect. Well, tak lah perfect dari segi harta, dia cuma pemuzik jalanan yang main guitar di depan Maju Junction~ *dalam cerita ni dia bilang dia main di Bukit Bintang*
Tapi dia kira sempurnalah. Sangat-sangat nak gembirakan hati si Mia tu. Siap bawa pergi ke pesta di tengah taman yang semua orang pakai baju putih, ada tiup buih yang air sabun macam yang kecik2 dulu kita suka main tu kan. Pastu siap ada melamar guna KAD YANG BESAR GILA. yang bila aku tengok awal-awal macam *adoi la, u serius?* but in the end aku sendiri rasa, *oh man, best gila camni macam fairytale*
credit to KakiWayang |
Okeylah, cerita dia sebenarnya macam ni. Mia yang telah kematian tunang terus-terusan bersedih sehingga walaupun sudah setahun berlalu, dia tetap suka mengurung diri dan menangis. Main piano pun beberapa not je pastu pergi. Satu hari dia keluar berjalan, berselisih bahulah dengan si Izlan (lakonan Remy Ishak). Lama dorang saling pandang. Rantai perempuan ni dah jatuh masa berselisih tadi, tapi dia tak perasan. Dia dah jalan terus dan Izlan pun kutiplah rantai tu. Tiba-tiba Mia ni dilanggar dengan kuat dan dah masuk hospital. Sedar-sedar ada Izlan dalam bilik dia, pulangkan rantai. Untuk setengah jam kemudiannya banyak scene berkisar Izlan yang asyik ada di sekeliling Mia, dan kebetulannya Mia sudah mula bekerja di kedai guitar Pak Man (lakonan Nash). So tahu-tahulah kan, kalau Mia kerja di kedai guitar dan Izlan guitarist jalanan, maka, em...gitulah iye betul fikiran korang *clap clap clap*.
Mereka ni baru kenal tapi Izlan beriya sangat nak gembirakan Mia sebab dia nak melihat Mia ni senyum. Satu hari tu dia dah sampai depan rumah Mia dan dengan selamba ajak si Mia keluar dengan dia untuk sehari. Dia janji kalau dia tak berjaya buat perempuan tu happy/senyum, dorang tak payah keluar bersama lagi. Dan mestilah perempuan tu senyum kalau dibawa ke taman yang penuh dengan tiupan buih yang cantik, belon, orang bermain muzik dengan guitar, biola dan sebagainya~ lagi lamaran yang comel dengan kad besar gila ada gambar kartun-kartun kan? Haih.
Mereka pun mesra. Ada la gaduh sikit lepas tu. Yang membuatkan Mia lari balik rumah dan tiba-tiba menemukan arwah tunangnya sedang duduk di pianonya. Oh ye, Mia dan Izlan gaduh sebab Mia sebut pasal arwah tunangnya di depan Izlan dan yeah, jealouslah kan. Entah apa dia berpusi yang sungguh puitis, yang mengharapkan Mia bahagia kerana dia juga akan bahagia. Last-last Mia bangun bila dikejut adiknya. Dia macam dah dapat menerima kehidupannya, lalu berjalan dengan gembira ke area Maju Junction dan nampak Izlan di seberang jalan. Mia lambai, panggil, Izlan lintas jalan dan boom~ kena langgar kereta, sama macam cara arwah tunangnya mati.
Tapi Izlan ni tak matilah. dan jeng-jeng-jeng, rerupanya dia orang lain. Namanya Harris. Abangnya Pierre Andre. Izlan selama ni khayalan Mia selepas accident dulu. Imaginary friend camtulah. Akhirnya mereka berkenalan kembali. Tapi ada cara Harris yang sama macam khayalan Mia pasal Izlan dulu. Lepas tu Mia terus peluk Harris aww so sweet.
-The End- (enjoy the video)
p/s: oh lagi satu, aku tonton filem ini tanpa sebarang perasaan dan attachment. Tiket free pula tu yang awalnya nak bagi kawan sbb malas nak pergi tonton tapi kawan pun takmau, haih... Bila aku cuba letak diri pada watak Mia ada rasa sedih sikit, tapi masih tak cukup nak buat air mata bergenang :)
No comments:
Post a Comment