![]() |
gambar credit to Ngerumpi.com~ |
Maksud hamba, bosan dengan cara pemakanan yang sungguh tak sihat sebelum ini dan juga tabiat banyak minum air manis yang sangat berbahaya untuk kesihatan.
Dan juga bosan dengan gaya hidup yang kurang bergerak, memanglah hamba tidak pandai bersukan apa-apa pun tetapi tak boleh hamba jadikan alasan. Banyak lagi senaman lain seperti jogging, menari dan berbasikal kan? (err...basikal tak gerak yang duk satu tempat tu je~)
Hamba takut kalau kembali ke zaman gelap hamba, overweight gila-gila, tak jaga makan, tak bersenam. Terlalu tak best, terlalu tak sihat, baju cantik semua tak boleh pakai, sedih dan gundah gulana hati hamba.
Semoga dengan semangat baru ni hamba dapat jadi lebih sihat, menurunkan lebihan berat badan dan lemak dan kemudian maintain sahaja gaya hidup sihat. Harus mengawal nafsu makan dan nafsu malas bersenam. Doakan kejayaan hamba.
Kamu juga mulakan gaya hidup sihat ya! :)
oh lupa lupa lupa!!!! Impian lama hamba hampir terlaksana. Setelah 16 tahun memendam rasa dan tidak meminta, akhirnya mama telah membeli sebuah keyboard dan pada masa sama dapatlah hamba bermain lagu-lagu yang indah dengan keyboard itu. Sungguhpun tak dapat belajar dan bermain piano, tetapi keyboard pun ok lah kan. Guitar hamba terpaksa duduk di tangga kedua kerana cinta pertama telah datang menjenguk hamba. Akan tetapi akan hamba belajar kedua-duanya! =D
wohaaaa!!!
ReplyDeletedah ade keyboard!!!!
XD dah boleh main lagu Madu & Racun ngan Bagaikan Langit (ceyceyh nak berlagak ni!) haha...
Deletewarghhh...gempak la kau..aku da lama ade keyboard pon still x reti main..guna tgn kanan saje ke ataupon dua2 tangan???
Deleteeish...dop la gempak sgt, sikit je XD
Deletehaha ini masalahnya, aku main tangan kanan je.
tp lagu madu dan racun aku main tangan kanan utk bunyi utama, kiri untuk bunga2 dia bahagian bass tu. kalau guna 2 tangan asyik tersasul-sasul je..adoii hehe