Monday, 30 July 2012

Muhasabah Diri #1

Bila aku nak memulakan hidup baru ni?
Asyik duduk di takuk lama saja?
"Sekarang pun boleh!" *DUSH*

Terlalu sibuk memikirkan masalah dunia sedangkan amalan akhirat senipis sehelai rambut.
Aku ingin cari jalan keluar dari kelalaian dan masalah manusia.
Bagaimana boleh ku bercinta dengan-Nya?
Jauhnya aku...jauhnya aku tersasar.
Kenapa semua perkara lain aku jadikan lebih penting berbanding-Nya?
Aku seorang hamba Allah, seorang hamba berkhidmat untuk Tuannya.
Di manakah khidmat aku?
Cukupkah sekadar solat 5 waktu yang terkadang terlepas juga atas kelalaian-kelalaian yang tidak pula ku tolak?
Cukupkah? Sedangkan yang fardhu itu belum cukup sempurna, sudah tentulah tidak mencukupi...
Ya Allah...tunjukkan aku jalan keluar dari belenggu ini.
Ilmu, mungkin aku harus lebih menimba ilmu. 
Buku dalam rumah serupa perpustakaan tapi tak baca buat apa kan?

No comments:

Post a Comment