Baiklah, kita pergi terus kepada titik sahaja (straight to the point)
Tadi aku menonton TV2, ada drama bertajuk 'Puteri Salamia'.
Dia tayang jam 4 pagi, sebab aku dah tengok semalam dan kebetulan tadi tak dapat tidur, sambil makan sahur aku pun tengoklah sambungannya hari ni.
![]() |
credit to blog jejariruncing |
Semalam Ben (lelaki hero tak hensem yang dah nak kahwin dengan Elia) ajak Salamia keluar makan dengan dia. Lepas tu mereka jadi mesra. Sebenarnya memang Ben dan Salamia ni ada perasaan aneh pada diri masing-masing. Rasa macam kenal, rasa macam mesra, rasa macam cinta...eh? *dush* Ya, begitulah. Sebab Salamia ni sebenarnya seorang Puteri dari sebuah kerajaan pada zaman dulu. Dia ada kekasih yang rupa sebijik macam si Ben tu. Aku tak tahu macam mana dia tiba ke zaman sekarang (sebab tak menonton drama ni dari awal) tapi secara semulajadi bila dia terjumpa Ben ni dia dah rasa macam suka la. Ben pun sama. Macam telepati lah kan.
Maka dalam episod hari ni, si Ben ni pergi makan dengan tunangnya, Elia bersama-sama ibu Elia. Ibu Elia ni memang dah tak sedap hati dan tak suka dengan Ben, sebab semenjak dua menjak Ben pun macam tak sungguh-sungguh bila uruskan hal perkahwinan dia dengan Elia. Bila makan malam tu pun macam layan tak layan, acuh tak acuh.
Tiba-tiba, Salamia dengan kak angkat dia sampai kat restoran tu. Kakak angkat memang kenal dengan Ben, Elia dan ibu Elia sebab dia uruskan kedai bunga. Memang pernah bertemu sebelum ni, dan dia memang tahu Ben dan Elia akan berkahwin. Kakak angkat ni dah pun pesan si Salamia jangan menaruh harapan kat Ben, mamat tu dah nak kahwin. Ok, pastu si kakak angkat bertegur dengan ibu Elia, perkenalkan Salamia sekali. Lepas tu dengan tidak semena-mena si Ben tu tarik tangan tunang dia, panggil sayanglah, nak cium-cium tanganlah tunjuk seolah-olah mesra kat depan si Salamia.
Ok, part ni aku memang dah memaki-maki dalam hati. Bila diperhalusi bunyinya beginilah
"Eh apahal mamat ni memula tunjuk suka si Salamia, dah lah ada tunang. Bila perempuan tu dah suka pada dia, nak tunjuk seolah sayang tunang konon. Dah tak hensem tu takpe la, tapi hipokrit pulak aiyo"
Dah selesai kat meja tu, Salamia dan kakak angkat pun pergi la duduk kat meja lain, dorang tengah tunggu orang lain. Tapi Salamia dah rasa lain macam, mungkin kecewa tengok perangai Ben macam tu. Dia asyik toleh ke meja Ben tu sampai akhirnya dia pun minta izin tunggu kat kereta je. Malas nak duduk situ dah. Bila si Salamia ni bangun dan berlalu dari situ, si Ben tu pun meliar lah matanya mengekori Salamia.
Akhirnya Salamia dah keluar dari tempat tu dan terus menangis. Yelah, dia sedih sangat, rasa tertipu dengan Ben. Jantan tak guna (ni aku tambah). Tup-tup muncullah si Ben ni dekat tempat Salamia dok nangis tu. Dia terus kata
"Salamia, aku cinta sama kamu"
*pang* Salamia bagi dia penampar (bagus gila kena tampar, puas hati aku hoho)
"Nanti Salamia dengar dulu. Aku cinta sama kamu. Tadi itu aku sengaja buat begitu untuk mengetahui adakah kamu cinta sama aku. Sekarang ternyata kamu juga cinta sama aku."
End of Story. Mari kita lihat apa aku nak cakap pasal tu. Di sinilah mulanya penerangan taktiknya yang kurang pandai tu.
Kau nak menguji perempuan itu suka kau atau tak, kau pergi tunjukkan kat dia yang kau suka dan sayang perempuan lain. Depan-depan dia kau langsung tak kisah nak jaga hati dia. Tapi dalam hati kau sendiri, kau suka dia, ingat tu! Kau nak tengok, nak uji dia cemburu atau tak. Sebenarnya apa yang kau nak? Kau nak dia termenangis depan kau dan melutut merayu sambil kata yang dia cintakan kau? Atau kau memang tunggu dia luahkan yang dia cemburu? Supaya kau boleh perangkap perasaan dia? Senanglah kan kalau macam tu. Lelaki sekarang cuma gunakan kuasa ego tinggi dia untuk rasa power, untuk pastikan perempuan datang menyerah diri dan hati macam tu saja.
Kau tahu tak itu perkara kurang pandai yang paling kurang pandai kau boleh buat untuk mendapatkan perempuan kesayangan kau? Cuba fikir camni. Kau nak buat dia cemburu. Kau mesra dengan perempuan lain. Kau tunjukkan yang dia langsung tak penting dan tak ada tempat sikit pun dalam hati kau. Kau cuba berteka-teki. Kau harapkan dia akan tunjukkan perasaan dia kalau dia sukakan kau. Come on man, kau tak terfikir ke dia akan terima semua sandiwara kau? Kau tak terfikir mungkin dia akan tersenyum dan doakan kebahagiaan kau walaupun hati dia remuk redam? Sebab apa? Sebab dia sayang kau dia akan biar kau dengan perempuan yang kau sayang meskipun itu bukan dia. Dia cuma nak kau bahagia sebab tu dia kuat menahan diri depan kau supaya tak terzahir rasa kecewa dia.
Amboi, emosi betul aku ni dek adegan drama Puteri Salamia ni. Tapi memang pun, kalau dalam kehidupan sebenar para pria gunakan taktik macam Ben guna tu, jangan salahkan perempuan tu kalau dia tak tunjuk dia cemburu, dan berakhir dengan pria lain. Kalau nak bermain perasaan dalam bayang-bayang, memang kau takkan dapat menggenggam apa-apa sampai bila-bila.
p/s: aku pun pernah guna taktik macam Ben tu, end up dia tak luahkan apa-apa tapi dia buat aku sakit hati gila-gila sebagai balasan. itu zaman dulu la, masa aku bodoh lagi.
"Lelaki sekarang cuma gunakan kuasa ego tinggi dia untuk rasa power, untuk pastikan perempuan datang menyerah diri dan hati macam tu saja"
ReplyDeleteTHUMBS UP! :)
agreed 100%!
haha gimme 5! geram gila~ thanks sudi baca XD
Delete