Monday, 30 April 2012

Luahan praktikal #1

Dengan disedari tetapi sukar dipercayai, hari ini genaplah 2 bulan aku habis berpraktikal. Ada lagi sebulan setengah. Cuma, hari ini merupakan hari terakhir berada di ofis itu, iaitu di Subang Jaya.

Fikiranku jadi menerawang ke masa lampau, dah memang aku suka sangat kenangkan waktu dulu-dulu kan? Ingat lagi masa aku baru dihubungi dulu, aku sungguh yakin ofis terletak di KL Sentral, tup2 En. Faisal kata kat Subang Jaya.

"Encik Faisal, tolonglah merayu untuk saya kat MedikTV tu, saya nak praktikal kat KL Sentral"

"Eh mana boleh, kat KL Sentral tu pejabat dia, pengurusan, yang production studio semua kat Subang. Awak jangan buat hal ok, buat baik. Ok?"

"Ya ok, ok"


Bila aku call orang yang call aku boleh pula lupa nama dia

"Hello, ni En. Amir ke apa ntah yang call saya dari MedikTV Jumaat lepas tu kan? Saya A----" <-- kurang ajar gila, ntah apa yang aku fikir masa cakap ni.

Setelah melawat MedikTV di Subang Jaya buat pertama kali menyerahkan surat, lebih kurang 5 kali lagi aku datang membuat survey. Naik kenderaan awam dan juga beberapa kali cari rumah sewa. Sesat itu perkara lumrah. cari rumah sewa semua tak berbaloi.

Bila nak mula tu rasa macam hati berat sangat. Rasa takut gelisah bercampur baur. Sebab ilmu-ilmu penyiaran tu memang sungguh tak cukup. Semua pun tak reti buat. Datang bajet formal, pakai baju kurung, sekali first day dah kena main kamera dan tripod. Lepas tu ambik kau, setiap hari seluar. Kadang-kadang rindu skirt dan baju kurung, curi-curi pakai juga.

Banyak sangat yang aku dah belajar sepanjang tempoh praktikal ni. Dah tu, semua rakan sekerja baik-baik belaka. Bukan senang kita nak dapat persekitaran yang membina macam tu. Perjalanan jauh pun tak mengapa, setiap hari bangun jam 5.30 pagi naik LRT 6.30 pagi pun aku sanggup. Alhamdulillah, memang ini pilihan yang tepat. Aku tidak tahu apakah mungkin nasibku jika aku menolak untuk menjalani praktikal di sini, di production house itu memang tidak tentu masa, Mama pun tidak merestui. Lagipun baiklah jika kita mengambil pilihan pertama bukankah begitu?

Kenangan, kenangan memang terlalu banyak. Banyak yang menggembirakan tak kurang yang memalukan dan tidak suka untuk aku ingat kembali. Ok boleh lupakan.

Hm, eh tadi rasa macam banyak nak tulis, tapi sekarang...

No comments:

Post a Comment