Friday, 20 April 2012

Best Friend = Kawan Terbaik

Kawan terbaik. Bukan senang nak jumpa kan?
Nak cari memang senang. Kalau ikutkan ramai yang boleh menjadi calon pada pertemuan awal.
Kononnyalah semuanya pun boleh jadi kawan terbaik kita.
Bermula dengan pertemuan yang tanpa disengajakan, pertemuan demi pertemuan.
Dapatkah kamu bayangkan bagaimanakah itu dapat terjadi.
Paling mudah, di sekolah, di kuliah. (di sekolah lebih-lebih lagi)

Walaupun duduk macam buat benda sendiri, tak kisah pun apa yang orang lain buat, tapi kadang-kadang kita mesti bertegur juga. Nak pinjam pemadam, nak pinjam water colour. Nak pergi jumpa cikgu tapi takut dan ternampak dia kita terus ajak teman. Kita nampak dia pun selalu duduk senyap-senyap, macam kita (cewah).

Kita pun mula tanya dia tinggal kat mana. Mungkin sebab kebetulan hari tu kita jalan seorang diri. Andaikata satu hala, kita boleh jalan sama. Ataupun kita tanya sebab hari ni mak kita ambil, mungkin boleh tolong hantarkan. Atau mungkin juga sebab tadi dia bagi kita minyak kapak masa kita mengadu sakit perut lepas makan nasi lemak kat kantin.

Sebenarnya...sebenarnya lah, itu semua alasan semata. Sebenarnya kita memang dah rasa seolah nak rapat sikit dengan dia.

Tapi proses ni bukan senang. Sebab mencari dan mendapatkan kawan terbaik tidak semudah membeli sayuran. Kawan terbaik...sejenak terasa dialah kawan terbaik kita. Semakin lama kenal semakin masak dengan dirinya. Kadang-kadang terkecil hati, kita menjauh diri. Tetapi jika saat itu kita merasakan lohong yang menjerat, seakan memanggil dia tetapi mulut tidak terucap, mungkin dialah yang kita inginkan menjadi kawan terbaik itu. Bukan didorong rasa bersalah, cuma rasa itu muncul sahaja.

Lalu kita rapat kembali. Kadang-kadang kalau sudah terlalu lama, kalau terasa bahawa hati kita dan hati dia sudah tersasar jauh, saat rapat kembali itu mungkin hadir bersama air mata kesyukuran, memikirkan akhirnya kita tidak kehilangannya. Akhirnya kita dapat bersama semula, seakan berseri kembali dunia kita dengan harapan yang baru.

Segala kekurangannya sudah tidak lagi menjadi masalah. Macamlah kita tak ada kekurangan kan? Maka kita menerima dia. Kerana kelebihannya dan keserasian bersamanya melebihi segala kekurangannya. Jarang kita berkecil hati dengannya lagi. Kerana apa? Kerana kita tidak lagi takut memberi pendapat dan pandangan dengannya. Dan kita tahu, bahawa jika kita berkecil hati dengan kekurangannya, bagaimana pula dia dapat menerima kekurangan kita? Kehidupan bukanlah semata-mata taman bunga yang subur dengan hujan yang ideal dan cahaya matahari yang sekali-sekala diteduh awan. Kadang hidup kita dilanda kemarau, itulah waktu yang menguji.

Bagaimana pula kalau...kalau rupanya kita tersilap dalam percaturan inginkan seseorang menjadi kawan terbaik kita? Hm, kadang-kadang sedih kan? Sebab awalnya kita rasa kita serasi bersamanya, selalu menghubungi bila kita saling memerlukan. Mungkin semasa ingin memilih baju untuk ke jamuan, semasa tak ada kawan nak makan sama, semasa merancang jamuan untuk...untuk...cikgu atau pensyarah mungkin.

Tiba-tiba kita cepat percayakannya. Tiba-tiba kita rasa kita 'meant to be together' kononnya. Dan tiba-tiba juga kita kecewa bila dia tidak berlaku jujur, tidak amanah, mengata buruk tentang kita,

Kenapa? Kita berfikir.
Lalu kita menjauhkan diri, tidak terasa untuk menjadikannya kawan terbaik. Kita lupa, kerana keseronokan dan kegembiraan tanpa isi yang dibawanya telah membuai perasaan. Bila kita fikir kembali, tak seronok pun berkawan dengannya. Wang banyak terbazir kerana hiburan-hiburan kosong yang dirancangnya untuk mendekatkan persahabatan, beli baju yang tidak perlu, masa terbuang, menunggu dia muncul pada hari yang kita paling tidak bersemangat untuk keluar, tetapi kita keluar juga kerana pada masa itu fikiran bodoh menyuruh kita untuk mengorbankan perasaan dan firasat demi mendapat seorang kawan terbaik. Pathetic sungguh kita pada waktu itu. Bila fikir macam sedih, tapi bila tidak bersamanya kita lebih gembira.

Kesimpulannya?
Kawan terbaik, tidak dirancang siapakah dia. Lazimnya adalah orang yang kehadirannya tidak disedari pun semasa awalnya. Keberadaannya di persekitaran membuatkan kita jadi lali. Mungkin masa yang diperlukan sebulan, 6 bulan, setahun, 2 tahun mahupun 3 tahun untuk akhirnya kita mendapati dialah kawan terbaik kita. Dan sebenarnya, tidaklah dapat terhitung waktu untuk ianya menjadi rasmi. Kerana menjadi seorang kawan terbaik itu bukanlah satu perjanjian sumpah setia, tetapi satu kehidupan yang diisi dengan hati rela, bilamana mereka saling merasai kesedihan di lubuk hati, bilamana kegembiraan datang pastilah wajah dia antara yang pertama terbayang di minda, bilamana diri terpisah jauh, kadang tidak berhubung 2 minggu mungkin, tetapi kita tidak pernah berasa jauh, kerana hati itu sudah ditaut rapat.

Adakah engkau sudah menjumpai kawan terbaik itu? Jika sudah, tahniah hamba ucapkan. Hamba sendiri sudah menjumpai kawan terbaik hamba, dan sejujurnya bukan mudah untuk kita mendapat kawan yang terbaik itu :) Ianya tidak semudah mengajak bermain boling dan karaoke setiap hujung minggu, kerana lama-kelamaan, hati itu akan letih untuk memenuhi setiap permintaan semata-mata kerana mengingini status "kawan terbaik".

2 comments:

  1. Waktu skrg mcm da xsesuai nak berbuat baik dgn org even yg kita anggap kawan..dlm sekelip saat kwn tu berubah jd org asing dr kt..kt tolong ckit lgsg x dihargai apatah lg yg bsar..Susah nk jmpa org yg phm apa erti sahabat sbnr..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeap, jalan pencarian itu terlalu berliku, dalam seribu belum tentu dapat menjumpai satu..hehee thanks membaca dan mengomen, hamba terharu :')

      Delete