Showing posts with label buku. Show all posts
Showing posts with label buku. Show all posts
Tuesday, 3 April 2012
Nasihat buat wanita :)
Today I wanna share a chapter of the book I'm reading right now.
The book title is Jangan Bersedih: Jadilah Wanita Yang Paling Bahagia.
Well, some chapters in this book left a big question mark in my head,
nonetheless, many other chapters provide great insight and motivation to keep you going.
This chapter that I'm gonna share is about the advice of a mother to her bride-to-be daughter.
Enjoy.
- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -
Ada sebuah wasiat yang paling baik di antara wasiat-wasiat yang diriwayatkan dari wanita Arab, iaitu wasiat Umamah binti Al-Harith untuk puterinya Ummu Iyyas binti 'Auf pada malam majlis perkahwinannya. Dalam wasiatnya dia berkata:
Wahai puteriku, sesungguhnya engkau telah memisahkan dirimu dari lingkungan yang darinya engkau keluar. Engkau telah meninggalkan kehidupan yang darinya engkau berkembang. Seandainya seorang perempuan tidak memerlukan seorang suami kerana kecukupan dari orang tuanya dan keperluan orang tua terhadap anaknya, maka engkau menjadi orang yang sangat tidak memerlukan suami.
Namun, wanita diciptakan untuk lelaki dan baginya lelaki tercipta.
Nasihat yang pertama dan kedua:
Patuhlah kepada suami dengan apa adanya dan mendengar kata-katanya dengan baik disertai ketaatan.
Nasihat yang ketiga dan keempat:
Sentiasalah engkau menjaga pandangan mata dan bauan hidung suami, jangan sampai matanya memandang darimu sesuatu yang buruk dan jangan sampai dia mencium darimu melainkan wangi yang paling sedap.
Nasihat yang kelima dan keenam:
Sentiasalah engkau menjaga waktu tidur dan makannya, kerana kelaparan akan membuatnya garang dan kekurangan tidur akan membuatnya mudah marah.
Nasihat yang ketujuh dan kelapan:
Jagalah hartanya dan peliharalah keluarga dan anak-anaknya. Adapun perkara terpenting berkaitan dengan hartanya adalah mengaturnya dengan baikdan yang berkaitan dengan anak-anaknya adalah memelihara mereka dengan baik.
Nasihat yang kesembilan dan kesepuluh:
Jangan sekali-kali melanggar perintahnya dan jangan menyebarkan rahsianya, kerana bila engkau melanggar perintahnya, maka engkau telah menyempitkan dadanya, dan bila engkau menyebarkan rahsianya, maka engkau mengkhianati amanatnya. Dan jangan sekali-kali engkau bersukacita di hadapannya bila dia sedang bersedih dan jangan pula engkau menampakkan kesedihan dan wajah masam ketika dia sedang gembira.
- - - - - - - - - - - - - - - - - -
Taklah susah sangat jadi perempuan ni kan?
Semoga Allah menemukan kita dengan jodoh yang baik,
yang dapat memberikan kebahagiaan di dunia dan akhirat, insyaAllah.
Amin...
Monday, 23 January 2012
Sebuah perenggan yang 'best'
Hari ini aku mula membaca, kononnya sebagai langkah permulaan ke arah kebaikan *ceyceyh~*
Buku yang aku baca, baru beberapa bab, bertajuk 'Meniti Lautan Gelora-sebuah memoir politik' karya Said Zahari. Siapa Said Zahari? Itu tokoh wartawan. Namanya biasa didengari semasa aku duduk dalam kelas Undang-undang Media, Peraturan dan Etika (Media Law, Regulation and Ethics) semasa dalam semester 4 dahulu.
Satu bahagian yang sangat menarik aku jumpa dalam pembacaan yang serba sedikit itu ialah...
"Namun zaman kanak-kanak itulah yang paling menyeronokkanku, walaupun kehidupan keluarga kami dalam serba kekurangan. Sebulan sekali, keseronokan itu agak menonjol, iaitu pada 'hari gaji', pekerja-pekerja di Kebun Bunga. Pada petang hari itu, kampung kami akan didatangi Wak Sate, Mamak Rojak, Wak Mi Rebus dan penjual air batu bola. Pada hari itu jugalah aku berpeluang makan sate, tiga atau empat cucuk dan sebiji ketupat yang dipotong-potong kecil supaya tidak cepat habis dimakan. Harga sate, satu sen secucuk. Sepiring rojak mamak atau mi rebus, tiga sen harganya yang aku makan berkongsi piring dengan adikku, Yatim. Ditambah sebiji satu air batu bola seorang, satu sen sebiji, lengkaplah keseronokan kami untuk hari itu. Emak sentiasa bersyukur kepada Ilahi kerana rezeki daripada-Nya cukup untuk memberikan keseronokan kepada anak-anaknya, walaupun cuma sekali dalam sebulan." -halaman 12, bahagian pertama-
Hihii~ seronok kan?

Subscribe to:
Posts (Atom)