Selepas 10 hari tak tentu arah, susah hati, berjaga malam, menaip, data blablabla akhirnya aku selesai buat Academic Writing maka hari ini aku pun pergilah ke Shah Alam nak buat hardcover.
On the way pergi, aku nampak di hadapan 7eleven berdekatan rumah aku, ada sebuah gerai baru. Orang jual lauk. Ada la seorang perempuan yang aku tak perasan lingkungan umur dan seorang abang cam besar2. Aku pandang dari dalam kereta je. Banyak lauk dia jual, semua dalam bekas bertutup. Makcik yang biasa jual pisang goreng dan kuih2 lain tu tak ada pula hari ni.
Malam, dalam jam 10 camtu, aku tiba di sini balik. Dan nampak gerai tadi masih buka. Lauknya pun ada lagi. Aku rasa :'|
Entah kenapa. Sebenarnya macam normal la, orang baru jual, bukan senang dapat pelanggan. Mama pun cakap macam tu. Orang tak biasa lagi, dia pun baru buka. Lepas2 ni kalau dah selalu nampak mesti ada orang nak cuba.
Tapi aku masih macam :'| macam ada satu keperluan yang amat, oleh itu mereka berhasrat untuk berniaga. Kalau tak mendapat keuntungan, pasti mereka sedih kan? Aku sendiri tak pernah ada pengalaman macam tu tapi...masih rasa nak nangis bila fikir.
Mungkin aku yang emosional lebih tapi harap usaha mereka akan membuahkan hasil :')
No comments:
Post a Comment