Thursday, 29 December 2011

12 hari

Pada 25 haribulan 12 yang lalu, penulisan ilmiah ku siap. Siap di alam komputer, masih dalam Microsoft Word Document. Aku sudah rasa agak berpuas hati. Aku harus cepat-cepat cetak dan buat 'hardcover' seperti yang telah diperintahkan oleh penasihatku. Mama membawa aku ke Shah Alam, kerana di sana aku sudah pasti ada kedai buat 'hardcover' yang hanya memakan masa selama 2 hari. Kerana apa? Kerana di sana memang ramai pelajar yang buat, dan kedai-kedai di Seksyen 2 dan Seksyen 7 Shah Alam memang dah bersedia memberi khidmat buat pelajar UiTM yang begitu ramai di sana. Eh, melalut lebih pula. Bukan apa, aku bengang dengan suara-suara sumbang yang menganggap kami bebal, nak 'bind' buku pun sampai ke Shah Alam, kat KL dah tak ada ke? Masalahnya bukan tak ada, tapi kami mahu cost effective, timely dan meyakinkan. Kalau tiba waktu anak kalian harus buat projek ini kalian akan faham juga. Masa itu mulut mungkin terkunci, kalaulah bila tiba waktu itu kamu ingat lagi pada kata-kata dan kritikan kamu terhadap kami sekarang =.="

Baiklah, sambung kepada cerita tadi. Mula-mula aku ke Kolej Melati dan Mawar untuk memeriksa adakah kedai yang mencetak buka. Tutup habis semuanya, kat DC pun tutup. Aik, sambutkah mereka perayaan Krismas? Maka mama pun membawa aku ke Pusat Komersial Seksyen 7. Nasibku baik, ada juga kedai yang buka. Kebetulannya, kedai buat hardcover pun buka juga. Alhamdulillah, memang rezeki. Tapi katanya, siap paada hari Selasa jam 4 petang??? Sedangkan sebolehnya aku mahu menghantar pada Selasa pagi!!!

- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -  - - - - - - - - - -
15/12/11
Aku kena lahar. Pada aku macam teruk gila. Dan pada hari ini juga aku jadi putus asa. Aku macam nak mengalah. Aku keluar dari biliknya, aku call rumah. Aku nak bercakap dengan mama, tapi mama tak ada di rumah. Aku termenangis sebab bauran perasaan bahawa aku akan gagal. Aku putus asa. Aku sudah tidak ada masa, dan pengetahuanku sekelumit cuma. Aku ingin melangkah pulang ke hostel. Seperti adegan drama tipikal, hujan pun turun. Separa lebat. Aku sudah tidak memikirkan payung yang tidak kubawa. Tidak juga aku fikirkan basah yang menimpa. Aku mengharung hujan berjalan pulang ke hostel.

Dalam aku berjalan, mama call. Mama sudah tahu, kaklang beritahu mama. Mama empati, memujuk aku, jangan putus asa katanya. Masih punya 11 hari lagi, kenapa mahu berhenti bila disuruh? Kenapa mahu ulang pada semester hadapan sedangkan masa masih ada? Teruskan, perbaiki, jangan berhenti di pertengahan jalan. Tambah ilmu, tekun berusaha.

Hampir 2 jam handphone terlekap di telingaku. Mendengar sokongan dan nasihat dari mama yang berbakul-bakul. Setelah selesai perbualan, aku terus tidur dengan baju yang berhujan tadi.

Dalam pada aku tidur, berduyun-duyun call dan mesej masuk. Semua tanya tentang ujian TV Directing esok. Masuk apa, ujian di mana, blablablablabla. Dengan hempapan konkrit di dalam fikiran, aku merasakan semua pertanyaan tersebut umpama debu yang bertebaran. Ada yang terlayan, ada yang tidak. Maaflah, tetapi jika aku bukan dalam keadaan tertekan sekalipun, lokasi ujian, masa dan sebagainya adalah penting untuk setiap pelajar mengetahuinya.

Bajet nak tidur satu jam, aku tidur sampai 4 jam. Amboi sedapnya tidur walaupun dah nak kena repeat paper pun masih boleh relax ya? *dush*

Petangnya aku belajar untuk ujian TV esok. Dan malamnya aku perbetulkan questionnaire aku yang salah itu. Aku mesti jumpa dia esok, untuk memastikan bahawa aku akan dapat kelulusan mengedar questionnaire secepat mungkin. Aku sudah kesuntukan masa!

16/12/11
Pagi ini ujian TV Directing. Aku buat setakat yang termampu. Ada rasa macam yakin semasa menjawab maka tidaklah menambah tekanan dalam jiwa. Setelah selesai aku pergi ke biliknya di tingkat 5. Kulihat ada seorang rakan yang juga di bawah penasihatku itu untuk Penulisan Ilmiah, turut menunggu di hadapan biliknya. Kami menunggu dan berborak sedikit. Tadi aku sudah SMS dia mengatakan aku mahu berjumpa untuk tunjuk questionnaire yang telah diperbetulkan, tetapi dia tidak menjawab. Satu mesej sampai ke handphone rakanku itu, oh dia sibuk rupanya hari ini.

Aku sudah tahu fakta itu, tetapi aku tetap juga pura-pura tak tahu. Aku SMS dia, merayu bahawa aku tetap harus berjumpanya. Dia balas pula kali ini, katanya berada di luar kampus. Aku mohon maaf dan merayu dirinya memeriksa questionnaire aku melalui e-mail, dan untuk memberi komen adakah aku boleh meneruskan pengedaran. Dia tidak membalas. Aku sudah nekad. Pulang ke hostel aku hantar e-mail kepadanya bersama attachment dokumenku. Sejam. Dia tidak membalas. Aku hantar sekali lagi. Aku nekad, aku akan menghantar setiap jam sehingga dia membalas.

Setelah sejam berlalu lagi, aku buka email, ingin ku hantar sekali lagi. Tetapi apa yang mengejutkanku ialah dia sudah membalas!

17/12/11
Mama ambil aku dari hostel hampir jam 11. Kami akan ke Universiti Malaya kerana pelajar institusi itu merupakan population dan sample aku. 375 responden semuanya yang aku perlukan. Bunyi memang teramat berat. Rakan-rakanku hanya mampu mengatakan good luck tetapi tidak mampu untuk percaya dan mengatakan bahawa aku akan berjaya melakukannya. Tidak mengapa. Aku tolak reaksi negatif ke tepi. Yang penting sekarang, aku harus berjaya mengedar semua menjelang Isnin.

Hari ini juga merupakan hari ulangtahun kelahiran kakakku yang ke-26. Petang itu bangah memesan Domino's Pizza. Kami makan dengan gembira dan lega. Aku? Bagaimana boleh lega? Kerana aku telah berjaya mengedar 156 questionnaire pada hari ini. :)

18/12/11
Rehat sahaja di rumah. Di Universiti Malaya mungkin tidak begitu ramai, menurut firasat kakakku yang dahulunya menuntut di situ. Tak mengapa, Isnin akan aku habiskan semuanya.

Aku ke Shah Alam pada petang itu, menyiapkan rakaman video Mandarin dan install SPSS dalam komputer riba. Tapi aku dapat SPSS 16.0, aku mahu edisi 17.0 :(

19/12/11
Inilah hari untuk menghantar projek TV Directing. Em, iyalah, yang kami sibuk-sibuk rakam dan edit sampai semua benda lain terbengkalai hahah~ Kumpulan aku yang pertama persembahkan. Ada komen seperti kamera goyang dan bahagian ustazah agak lama. Tapi aku rasa agak puas hati. Sebab kami dah berpenat lelah buat benda ni. Walaupun tak chun tapi ok laaaa ok laaaaa~

Habis sahaja kelas TV Directing aku terus meluru ke perhentian bas. Nak terus ke Universiti Malaya. Kakakku membantu edar untuk sesi pagi. Aku tiba kira-kira jam 1 tengah hari. Dan sambung mengedarkan sehingga selesai. Wah, hari ni memang aku rasa rekod aku berjalan paling jauh. Mari kita lihat.

Sewaktu tiba, bas berhenti terlajak di luar. Aku berjalan kaki masuk pintu pagar hadapan Universiti Malaya hingga ke bangunan perpustakaan, Mengedar ke setiap tingkat kemudian ke Perdanasiswa. Ini berhadapan perpustakaan sahajalah, hehe. Aku pun meneruskan perjalanan ke Perpustakaan Peringatan Za'ba di belakang Fakulti Perniagaan dan Perakaunan. Seterusnya ke Fakulti Kejuruteraan, Fakulti Undang-undang dan terus berjalan keluar dari pintu pagar ke stesen LRT Universiti untuk menunggu bas U80. Aku tiba di Shah Alam semula hampir 8 malam. Haa pada hari inilah aku pertama kali beli nasi lemak yang umpama sambal berlauk nasi tu. Dek keletihan yang amat, aku tertidur pada jam 10 malam.

20/12/11
Pagi-pagi sudah ada pembentangan, kelas Komunikasi Keorganisasian (amboi melampau bunyi bila diterjemah) atau nama Inggerisnya Organizational Communication. Pembentangan terakhir. Aku bentang macam selamba katak. Bila dah macam terkaku, campur bahasa Melayu. Kalau dapat pensyarah tegas ya amat, memang habislah daku.

Habis kelas, aku belajar SPSS dengan Daus. Daus seorang sahajalah yang yakinkan aku bahawa aku pasti akan berjaya siapkan walaupun responden aku banyak melampau. Aku rasa bersemangat sikit. SPSS ni nampak rumit, banyak sangat kotak kena isi. Aku tahu ada SPSS 17.0 tapi Daus kata sama saja. Tapi petang itu aku tetap pergi install SPSS 17.0 di kedai dots. Hahahahaha abang kedai dots tu tertekan sangat. Siap cakap

"lepas ni aku dah tak mau install SPSS, kalau orang tanya kau mana kau install kau kata tak tahu"

XDD Muahahahaha ni aku bagitahu dalam blog ni. Marilah kita semua install SPSS di kedai dots Seksyen 2 Shah Alam!!!

Dan memang tepat tindakan aku, SPSS 17.0 lebih mudah dari edisi sebelumnya :) Sewaktu malam masih muda aku mengedit chin chai video Mandarin, esok sudah kena hantar. Dah siap edit Movie Maker tak boleh publish. Memang aku maki-maki. Habis kempen bahasa sopan aku. Cuma alhamdulillah, ada jalan keluar dari masalahku itu. Rakanku di tingkat bawah, Ariana membantu aku dan video aku pun siap. Alhamdulillah.

Malam yang semakin tua menyaksikan bermulanya waktu key in data!!! Key in key in key in dan key in!!! Aku tidur lebih kurang jam 5 lebih pagi. Banyak soalan yang dijawab dengan cara yang gila. Tak faham soalan, tak baca arahan dan sebagainya. Tapi ada juga kesilapanku. Mungkin arahanku kurang jelas. Mungkin juga...

21/12/11
Aku tersedar hampir jam 8. Shima call, video Mandarin mereka ada masalah. Katanya ingin meminjam komputer ribaku. Aku dalam sedar dan tidak mengatakan bahawa aku ingin menyambung buat SPSS. Kalau sebentar sahaja bolehlah. Tapi aku knock-out kembali. Jam 11 baru aku sedar semula dan terus menyambung SPSS. Jam 1:50 kelas Mandarin siap ada ujian mendengar. Aku berazam nak tiba antara yang paling awal supaya dapat balik awal dan sambung buat SPSS. Alhamdulillah, berjaya juga.

Bila pulang ke hostel aku menyambung key in data. Masih banyak lagi. Padahal esok harus berjumpa dia. Aku jadi terlalu tertekan. Nak siapkan Finding dalam hari ini juga cadangnya. Tapi macam mustahil. Aku call rumah kerana teringat tawaran mama semalam. Katanya kakakku menawarkan diri untuk membantu key in data, sementara itu aku boleh perbetulkan Chapter 3 yang aku sudah salah buat tempoh hari. Aku menelefon rumah, tetapi tidak dapat memutuskan adakah aku ingin pulang ataupun tidak. Aku tidak mahu terus-terusan menyusahkan orang yang aku sayang. Dan aku bertanya, manakah jalan yang terbaik? Mama menyatakan bahawa dia merasakan adalah terbaik jika dia datang mengambil aku dan membawaku pulang ke rumah. Aku tidak boleh dibiarkan seorang diri pada waktu-waktu begini.

Hari ini pun aku menangis lagi, kepala dan perutku rasa tidak sihat. Makan dan rehat tidak menentu. Pemikiran dibebani gunung beratus tan umpamanya.

Tapi apabila tiba di rumah aku jadi lega. Semangat di sini membuatkan aku rasa yakin dan mampu. Kakakku membantu aku key in data dengan tekun sehingga jam 2 lebih pagi. Aku menyiapkan perkara lain yang perlu disiapkan seperti Chapter 3 dan report En. Apiz. Hari ini aku tidur lebih kurang jam 3.30, eh awal sedikitlah dari sebelumnya :)

Esok harus jumpa penasihat. Perasaan aku bercampur baur tetapi semua ini tidak dapat dielakkan.

22/12/11
Aku membawa komputer riba sahaja untuk ditunjukkan. Tidak perlulah cetak lagi kali ini. Entah sudah berapa banyak kertas aku bazirkan demi kursus ini. Tetapi pada hari ini anginnya lain macam. Dia tidak bersemangat untuk marah, untuk meninggikan suara, dan untuk meminta kesempurnaan dari kami pelajar-pelajar Penulisan Ilmiah di bawah pengawasannya. Akhirnya dia hanya suruh kami hantar sahaja, dia akan menilai, dia sudah malas mahu menyusahkan kami. Itu katanya. Leganya hati aku. Alhamdulillah.

Pada hari inilah aku dengar rakan seperjuanganku itu bersembang tentang hardcover perlu berapa hari untuk siap. Sudah aku pahat dalam kepala.

23/12/11
Hari ini aku agak relax. Buat kerja pun macam lambat-lambat saja. Ish, tak guna punya kaki. Tapi hari ini aku sudah mula buat Finding, maksud aku apabila selesai key in data dalam SPSS kita akan harus analyze mengikut kekerapan dan peratusannya. Nanti banyaklah jadual dan graf mengikut pilihan akan keluar. Dan memandangkan aku kata aku relax tadi kan, aku berjaga sampai lebih kurang jam 4 lebih pagi sebelum tertidur.

24/12/11
Bangun pagi macam bukan pagi. 11:30 baru nak bangun, dah tu pergi makan. Terus sambung Finding yang semalam tu. Masalah timbul bila ada bahagian yang tak seragam. Pening mata aku kena cari balik dalam 375 data yang dah key in tu, hahaha. Masuk jadual, masuk graf, carta pai, huraikan, kaitkan, buat crosstabs pada beberapa bahagian. Bila hilang idea, buat bahagian Acknowledgement, Abstract dan sebagainya. Bila idea muncul nak menggoreng sambung balik Finding dan terus ke Conclusion dan Recommendation.

Hari ni aku tidur pukul berapa? Hari ni aku tak tidur.

25/12/11
Mama bangun pagi terkejut tengok aku masih buat benda tu. Dia tanya aku tak habis lagi kah? Sebenarnya semasa dia bangun pagi itu aku sudah 99.8% siap. Cuma tinggal menamakan semula carta dan jadual dalam Findings. Tetapi kepala dan mataku sudah terlampau penat. Bila mama suruh makan, semuanya aku balas dengan jawapan entah apa-apa. Tak rasa nak makanlah. Bila mama tanya nak makan nasi lemak? Aku kata tak boleh makan berat nanti tak dapat tidur. Adalah beberapa lagi yang akhirnya mama give up dan kata makanlah apa yang aku nak. Aku minum milo cicah biskut segi empat.

Aku tidur pada jam 9:30 pagi.

Hampir jam 2:30 petang aku tersedar. Kononnya nak bangun jam 12:30 tadi tapi hampeh. Setelah bersiram aku terus sambung buat nama untuk semua jadual dan carta. Dan akhirnya aku siap jam 4 lebih kurang yayayyyyy~

Setelah apa yang telah aku tulis pada awal entri ini, mama dan kaklang merasakan bahawa aku patut pulang ke rumah, duduk di Teratai buat apa. Mama akan hantar aku untuk ambil Penulisan Ilmiahku siap hardcover pada hari Selasa nanti apabila telah siap. Aku yang memang berbelah bahagi bersetuju sahaja untuk pulang walaupun aku rasa tak sedap hati kerana terlalu banyak susahkan mama. Akan aku call kedai itu hari Selasa pagi untuk memeriksa status siap dokumenku itu.

- - - - - - - - - - - - - - - - -  - - - --  - - -- - - - - - - - - - - - - - -
26/12/11
Jam 4 petang aku dapat call, bila nombor tak kenal memang saspen habis nak jawab. Aku jawab juga. Rupa-rupanya itu kedai yang aku hantar buat hardcoverlahhh! Mula-mula aku kata kat mama nak pergi ambil buku tu pagi-pagi esok tapi aku rasa tak sedap hati je bila fikirkan benda dah siap tapi tak ada dalam tangan aku. Akhirnya aku buat keputusan drastik nak juga pergi ambil hari ini. Aku pun pergi ke Shah Alam dengan menaiki kenderaan awam. Komputer riba pun tak bawa. Beratlah nak pikul. Cuma agak terkilanlah sedikit. Dalam perjalanan pergi memang tak dijangka. Aku terjumpa pensyarahku Prof Ame. Kebetulan sungguh dia duduk sebelah aku. Oh.......*speechless*

Bila Penulisan Ilmiah itu sudah siap ada dalam tanganku, aku rasa bahagia sangat. Bersyukur sangat-sangat dan paling best bila teringatkan 11 hari lepas aku hampir putus asa dan hari ini aku sudah menyempurnakannya.

Aku berjalan masuk ke UiTM, malas nak tunggu bas lagi. Malam itu macam-macam aku dapat buat dan perkemaskan tempat aku yang sebelumnya macam tongkang pecah terbalik. Biskut kacang aku pun rupanya habis jual dah sepanjang waktu aku duduk di rumah menyiapkan kerja itu. :) Suddenly everything fall into their place XD

Cuma aku terkilan. Mama tak dapat tengok hasil kerja aku itu. Dah lah komputer riba tak ada tak dapat ber-webcam. Aku pun meminta bantuan rakan untuk mengambil gambar. Macamana pun mesti mahu tunjuk mama walaupun dalam gambar. Esok pagi sudah mahu hantar.

27/12/11
Aku tersedar hampir jam 8. Memang hidung sudah ala-ala ketat kerana selsema. Sebelum ke fakulti aku makan pisang dan minum susu. Dalam pukul 9 pagi, aku secara rasminya telah menghantar tugasanku itu yayayyyy~~ Tapi masih ada lagi perkara lain yang nak diselesaikan. Hahaha, surat tunjuk sebab tak datang perjumpaan pengetua kolej dan surat tunjuk sebab lari dari kokurikulum PBSMM. Memandangkan aku tidak membawa komputer riba maka aku pun pergi ke kedai dots untuk menyiapkannya.

Niat hati memang nekad nak siapkan 2 surat tu saja, terus print kemudian hantar. Tapi memang bukan aku lah kalau tak jenguk Twitter sebentar, dah jenguk malas nak tuit pada waktu begitu, masuk FB pula. Tengok la status update kawan-kawan. Rata-rata pasal Penulisan Ilmiah, dan pelbagailah benda-benda lain. Ada satu status ni menarik juga, komen-komen pun menarik juga tapi bila aku nak tengok balik hari ni dah hilang pula XD

Aku nak habiskan entri hari ini di sini.
Terimalah gambar ini sebagai penutup.

Credits gambar to Ezy :)

3 comments:

  1. cter ko ni sama macam FYP aku time diploma dulu..sgt2 susah..tp alhamdulillah...semuanye selesai..siap menang tempat ke-3 lagi utk system terbaik..(ok aku rasa itu x perlu XD)

    ReplyDelete
  2. hahaha waaa tahniah best gila pandai wat system ni *benda yg aku langsung taktahu~*
    susah tapi bila dah siap rasa cam berbaloi sgt hidup yg tak tentu hala berapa hari tu.
    :') eh ko baca habis ke? hahaha XD

    ReplyDelete
  3. tau xpe...bila da siap tu...rase mcm seronok gler kot...aku bce sikit2..sbb ade yg ko da cter kat twitter..hehehe...tp bce abis gak la kan~ XD

    ReplyDelete