Thursday, 10 November 2011

"Eh, sama dengan nama I" :)

Semalam pagi aku ke NSTP (M) Berhad di Jalan Riong, Bangsar.
Aku dan seorang rakan merangkap ahli kumpulan Organ Comm iaitu Shima.
Dia sudah mengaturkan proses temubual untuk dimuatkan ke dalam projek kami.
Aku tak buat apa sangat pun, katanya aku tumpukan pada TV Directing sahaja, yang lain dia boleh uruskan.
*dies*

Sedang kami melintasi jejantas, Shima kata temujanji kami ialah dengan Datuk Noraini Abdul Samad.
Aku teruja sedikit dengar Abdul Samad tu, tapi itu sahajalah kerana ini bukan orang yang aku bayangkan.

Bila sampai di lobby NSTP, Shima pun berurusan di kaunter.
Rupanya dia tersilap sebut.
Orang yang akan kami temubual ialah...
Datuk Nuraina Abdul Samad!!!

Aku rasa teruja gila. Rasa macam

"Fuyoh betul ke aku nak jumpa Datuk Nuraina Samad ni???"

Macam-macam perkara datang dalam kepala aku.
Rasa macam nak bagitahu yang aku follow blog dia, yang aku baca buku pasal ayah dia
dan sejak itu aku mula berminat tentang perjalanan hidup wartawan-wartawan zaman pra-merdeka.
Rasa macam nak tanya samada betul ke semua yang ditulis Bachtiar Djamily dalam bukunya
yang bertajuk A. Samad Ismail.
Rasa macam nak tanya kenapa ayahnya dituduh sebagai komunis? Bagaimana ayahnya boleh begitu berani
dan lantang menyuarakan pendapat, yang membuatkan Utusan Melayu menjadi penggerak menuju kemerdekaan.
Rasa nak tanya, rasa nak cakap itu semua.
Rasa sukar membayangkan Datuk Nuraina yang aku lihat setakat dalam gambar di internet akan muncul depan mata aku.

Dan akhirnya dia tiba *gasp*

Dia menjawab semua soalan yang kami telah kirim sejak awal.
Dia menjawab dengan sangat ramah,
Aku kelu bila dengar dia cakap, betapa matangnya wanita ini
Yang dapat berkomunikasi dengan sesiapa sahaja, lebih-lebih lagi golongan pelajar
universiti yang macam kami ni.
Teruja dengar dia bercakap, sampai akhirnya aku tak cakap apa-apa pun yang aku nak cakap tadi.
Cuma yang aku katakan

"I followed your blog :)"

Sebelum balik dia tanya nama siapa?

"Shima"

You?

"Ainaa"

Eh sama dengan nama I. *aku boleh pengsan keterujaan*

<3 hee sukanya :)

2 comments:

  1. tahniah la sbb nama sama~
    hahaha..
    "I followed your blog :)"
    XD

    ReplyDelete
  2. x)
    hehehe yelahh sukalahh~
    eh lawak ke weh aku ckp kat dia cenggitu?
    X))))

    ReplyDelete