Tengah-tengah malam sedang aku mencuba untuk tak tidur ni aku terasa macam nak buat satu entri bergambarlah. Dah lama sangat tak dapat buat entri disertai gambar kerana wayar kabel kamera yang dah hilang dan juga card reader hampeh yang tak dapat digunakan. Maka entri aku memanglah selalu nampak botak sekadar tulisan sahaja. Tapi tak apalah ala-ala diari gitu cuma tidaklah sesulit sebuah diari kandungannya.
Apakah gambar yang aku nak upload hari ni?
Jom tengok...
![]() |
Picture 1 |
Inilah cahaya utara, atau lebih dikenali dengan nama Aurora Borealis. Entah sejak bila aku teringin sangat nak pergi melawat Alaska semata-mata sebab nak melihat Aurora ni. Bagaimana cahaya ini boleh terhasil? Kuasa Allah lah sayang, hehehe. Sebenarnya kamu bolehlah buat sedikit pembacaan di sini. Aku nak terangkan pun boleh tergeliat jugalah lidah dan otak kerana terma-terma sains yang terlalu banyak, gugugu~
![]() |
Tengok tu, cantik kan? *credit to GettyImages* |
Lebih kurang 4 tahun yang lalu, aku ada sebuah blog. Aku namakan blog itu .A.u.r.o.r.A.. Tapi akhirnya aku dan delete blog tersebut kerana sebab-sebab yang tak dapat aku kemukakan. Selepas pelupusan blog tersebut, aku membuka beberapa lagi tetapi sudah aku delete juga kerana rasa dah tawar hati nak meneruskan. Dahulu aku tak matang, isi blog macam hampeh, kutuk-kutuk orang, lepas geram, dendam macam-macam lagi. Bila aku lihat aku jadi mual, semua tu tak ada maknanya. Buat apa mempunyai blog dengan nama yang sebegitu indah tetapi kandungannya menjelikkan. *dah insaf la ni konon*
Apa-apa pun, semoga hari kamu lebih bermakna dan doakan semoga aku akan dapat menjejak kaki ke sana cukuplah sekali untuk melihat cahaya ini secara terus. Amin...
![]() |
Imagine rowing a boat in a lake with this background...<3 |
![]() |
Purposely make this the final picture. Really magnificent :) |
No comments:
Post a Comment